بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ | In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

Friday, 30 March 2018

Lagu Inspirasi: One Step At a Time


Assalamualaikum dan hi semua, alhamdullilah kita diberi nafas untuk teruskan hidup hari ini. Aida harap hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya kepada semua. Semalam aida ada berkongsi mengenai 1 Matlamat Pada 1 Masa. Aida harap kita semua dapat sama-sama tetapkan 1 matlamat yang besar dan kita fokus serta kecapi bersama.

One Step At a Time

Jadi hari ini aida nak berkongsi salah satu lagu inspirasi yang ada kaitan dengan tajuk semalam, in shaa Allah. Lagu ini mengingatkan aida kepada seorang bayi kecil yang sedang belajar untuk berjalan.👶Aida tengok bayi juga akan bermula satu perkara pada 1 masa. Pada mulanya bayi akan bergerak dengan mengengsotkan punggung, kemudian akan pandai merangkak. Selepas itu bayi sudah berani untuk berdiri tetapi perlu sokongan seperti pegang tangan ibunya atau memegang apa-apa sahaja yang boleh dicapai. Kemudian, bayi akan lebih berani untuk berjalan perlahan-lahan tetapi akan jatuh. Dan akhirnya bayi akan pandai berjalan sehingga menjadi dewasa. Marilah kita mengambil contoh bayi ini dan aplikasikan kepada segala perkara yang kita lakukan dalam hidup kita sekarang. In shaa Allah.

Baiklah,Aida rasa kebanyakan pernah dengar lagu ini tapi kali ini aida nak kita fahami lirik sama-sama. 😊Jom,kita sama-sama kekal semangat dan ambil satu langkah pada satu masa. in shaa Allah. Mari kita sama-sama dengar lagu di video sambil tengok lirik di bawah video. untuk

Song: One Step At a Time

Singer: Jordin Sparks



One Step At a Time Lyric


Hurry up and wait
So close, but so far away
Everything that you've always dreamed of
Close enough for you to taste
But you just can't touch

You wanna show the world, but no one knows your name yet
Wonder when and where and how you're gonna make it
You know you can if you get the chance
In your face as the door keeps slamming
Now you're feeling more and more frustrated
And you're getting all kind of impatient waiting

[Chorus:]
We live and we learn to take
One step at a time
There's no need to rush
It's like learning to fly
Or falling in love
It's gonna happen when it's
Supposed to happen and we
Find the reasons why
One step at a time

You believe and you doubt
You're confused, you got it all figured out
Everything that you always wished for
Could be yours, should be yours, would be yours
If they only knew

You wanna show the world, but no one knows your name yet
Wonder when and where and how you're gonna make it
You know you can if you get the chance
In your face as the door keeps slamming
Now you're feeling more and more frustrated
And you're getting all kind of impatient waiting

We live and we learn to take
One step at a time
There's no need to rush
It's like learning to fly
Or falling in love
It's gonna happen when it's
Supposed to happen and we
Find the reasons why
One step at a time

When you can't wait any longer
But there's no end in sight
(when you need to find the strength)
It's your faith that makes you stronger
The only way you get there
Is one step at a time

One step at a time
There's no need to rush
It's like learning to fly
Or falling in love
It's gonna happen when it's
Supposed to happen and we
Find the reasons why
One step at a time

One step at a time
There's no need to rush
It's like learning to fly
Or falling in love
It's gonna happen when it's
Supposed to happen and we
Find the reasons why
One step at a time

...................

Share:

Thursday, 29 March 2018

Fokus 1 Matlamat Pada 1 Masa


Masalah yang kita semua alami termasuklah dengan diri aida ini ialah kita cuba untuk buat semua perkara sekaligus dalam satu masa.Tetapi membuat semua sekaligus dan juga 'multi-tasking' ialah dua perkara yang sangat jauh bezanya. 

Apa yang menyedihkan apabila kita tak mampu untuk capai apa-apa pun. Kita terlalu nak semua berhasil dan tercapai sampai akhirnya tiada apa pun yang berjaya dan tiada apa yang betul-betul ikut apa yang kita nak. Dan kita pun mula marah pada diri sendiri dan kita mula untuk berputus asa. Yang ini kita tak nak sebenarnya.

Berputus asa ialah bukan jawapanya.

Ini ialah sebab kenapa kita perlu untuk FOKUS 1 PERKARA PADA 1 MASA:

Fokus kepada 1 GOAL yang besar!


Daripada kita mempunyai banyak goal kecil yang tidak bermakna, kita pergi kepada tujuan yang lebih besar. Kita boleh cuba untuk mendapat '1 GOAL' untuk setiap bulan atau bahkan satu tahun jika perlu. Mempunyai 1 GOAL juga sebenranya bagus dan senang diingat. Strategi ini membuatkan kita hanya  memberikan tumpuan besar kepada satu atau dua tujuan yang lebih bermakna dan in shaa Allah mendapat hasil dengan lebih cepat.


Sesi 'deep thinking' akan menjadi lebih bermakna


Aida menggalakkan semua untuk menghabiskan sedikit masa setiap hari melakukan pemikiran yang mendalam atau lebih dikenali sebagai 'deep thinking'. Tetapi, apabila kita mempunyai terlalu banyak GOAL, sesi ini akan dibazirkan macam tu je. Oleh itu, dengan mempunyai hanya 1 matlamat besar pada 1 masa, kita dapat menggunakan masa pemikiran kita yang mendalam (deep thinking) untuk benar-benar merenungkan apa tindakan yang betul-betul akan diambil untuk mencapai matlamat kita.

In shaa Allah hasil dari sesi pemikiran yang mendalam ini boleh meningkatkan prestasi kita kepada dua atau tiga kali ganda. Berdasarkan pengalaman, setiap kali aida buat  pemikiran yang mendalam ni, aida dapat tengok yang aida  lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu masalah aida sendiri kerana aida boleh berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang sedang berlaku dan dapat fikirkan jalan penyelasain dengan lebih waras. In shaa Allah.

Menjauhkan diri dari perasaan TAKUT yang banyak


Perasaan takut ini normal apabila kita ingin mencapai sesuatu yang kita nak. Yang menjadi masalahnya ialah apabila kita terlalu banyak goal dan ini membuatkan perasaan takut kita pun akan ikut menjadi banyak. Sebaik sahaja kita menambah semua ketakutan yang kita ada, secara tidak langsung kita dengan mudahnya akan terjatuh dan menjadi lumpuh.Oleh itu,  dengan memberi tumpuan kepada 1 matlamat besar, kita hanya mempunyai 1 ketakutan untuk ditangani.

Kita memang tidak boleh menyekat ketakutan dan berpura-pura perasaan ini tidak wujud. Kita perlu bekerja dengan ketakutan yang datang bersama dengan  matlamat kita supaya ketakutan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan jangan mengharapkan sesuatu perkara terlalu tinggi. Jika goal kita tidak tercapai, kita bangun balik dan kembali berusaha. 

Kurang mencabar untuk mencari JAWAPAN


Apabila kita mempunyai banyak matlamat, semua maklumat yang kita dapat mungkin akan cepat hilang. Namun, jika kita hanya  mempunyai satu matlamat besar dapat membuat minda kita menjadi lebih fokus kepada jawapan yang lebih penting. Semua jawapan yang kita cari telah diberikan kepada kita. Masalahnya ialah apabila kita tidak dapat mendengar atau melihat jawapannya yang ada di depan mata. Ini kerana kita ada terlalu banyak tujuan yang telah menyebabkan kekurangan tumpuan kepada satu jawapan yang betul-betul penting.

Contohnya, impian aida sendiri untuk pandai bercakap depan orang ramai terutamanya orang Australia. Benda ini ialah  sesuatu yang selalu aida fikir yang akan hampir mustahil untuk tercapai. Jadi bila aida ada goal pada waktu itu untuk memberanikan diri. Aida search dan baca, dengar dan melihat video, dan alhamdullilah akhirnya aida boleh kerana aida mendapat jawapan yang aida nak. Dengan lebih banyak tumpuan, aida tidak hanya mendengar tip mereka, tetapi aida betul-betul faham dan melakukan pemikiran yang mendalam mengenai idea mereka. Jadi mungkin semua boleh cuba nanti.

Sederhana itu lebih baik


Perkara ini sama ada matlamat kita, rutin kecergasan, perniagaan, dan juga lain-lain. Lebih sederhana akan menjadi lebih mudah. Bila lebih mudah kita akan menjadi lebih fokus. Apabila kita lebih fokus kita akan mendapat kuasa atau tenaga untuk melakukan sesuatu dan sekaligus memberi motivasi untuk kita terus berusaha kearah 1 perkara yang kita inginkan.

Kita boleh menjadi orang yang cemerlang apabila kita fokus untuk satu matlamat besar dan bukannya satu senarai  matlamat yang sangat besar yang kita susah untuk ambil tindakan.

Macam mana nak tahu apa yang kita nak? Apakah 1 GOAL kita yang besar tu? Goal ini ialah apa yang betul-betul kita mahukan perkara ini lebih daripada apa-apa pun? Haaa.. itulah matlamat besar kita.

Jadi, sekarang jom laksanakan 1 matlamat kita! In shaa Allah 😉




Share:

Wednesday, 28 March 2018

Segmen : Cari Bloglist Sebulan by Airah Syahirah


Assalamualaikum semua, kali ini aida berminat nak join segmen dari lagi salah seorang rakan blogger kita juga iaitu sis Airah. Terima kasih sis untuk segmen ni. Syaratnya pun cukup senang dan kita dapat berada dalam bloglist sis Airah sepanjang bulan 4 ni!

Jadi jom ramai-ramai kita join segmen ni! 
Boleh tekan banner untuk tahu info dengan lebih lanjut!



Ayuh lah kitaaa!!


Share:

Segmen Bloglist By Zati


Assalamualaikum semua, hari ini aida nak join satu segmen dari rakan blogger kita iaitu sis Zati! Terima kasih sis untuk segmen ni! Jom kita join beramai-ramai untuk merapatkan lagi hubungan kita sesama blogger. Dan yang paling best boleh boleh ada dalam bloglist selama 3 BULAN!

Jom ramai-ramai kita join! Syarat penyertaan pun mudah sahaja! 
Jom click banner untuk tahu info lebih lanjut!




Jom!!
                                  


Share:

Monday, 26 March 2018

Review Kimi Wa Petto 2017 (JDrama)


Assalamualaikum semua, aida baru habis tengok satu drama jepun ni. Jadi aida nak kongsi dan nak bagi personal review pasal drama ni!

Name : Kimi Wa Petto 2017
Genre: Romantik Komedi
Episode: 16 episodes
Kimi Wa Petto 2017


Sinopsis Kimi Wa Petto 2017:


Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berkerjaya dan sangat berdedikasi tinggi iaitu Sumire Iwaya (Noriko Iriyama). Beliau belum lagi berkahwin walaupun sudah menjangkau usia yang  sangat sesuai untuk berkahwin. Sumire Iwaya ni terlalu sempurna sehingga digelar 'elite' oleh rakan sekerja. Padahal semua tidak tahu, hatinya sangat lembut dan sentiasa menangis seorang diri.

Satu hari, Sumire Iwaya bertemu dengan Takeshi Goda (Jun Shison), seorang pemuda yang kacak yang bersembunyi  di dalam sebuah kotak di depan apartmenya - kenapa dia dalam kotak ini? (Haa tu kena tengok cerita ni!) Ketika ini, Takeshi lari dari rumah dan meminta untuk tinggal di rumah Sumire tetapi Sumire ni pada mulanya tak nak. Dia tak kenal lelaki itu dan tiba-tiba je nak tinggal bersama. Jadi Sumire kata, boleh nak tinggal di rumah dia tetapi kena jadi haiwan peliharaan. Masa ni Sumire bergurau je tetapi Takeshi guna kan peluang ni dan terus bersetuju sehingga diberi gelaran Momo, (haiwan peliharaan Sumire ketika kecil).

Hubungan mereka menjadi semakin rapat apabila Takeshi mula nampak sisi perempuan tu yang orang lain tak nampak. Dia sentiasa di sisi Sumire seperti seekor haiwan peliharaan yang setia disisi tuanya. Tetapi adakah hubungan mereka boleh kekal sahaja sebagai tuan dan haiwan peliharaan ataupun ada seuatu yang mereka tak sedar?


Plot and Tone


Bagi aida jalan cerita dia tak heavy dan simple sahaja. Plot cerita dia pun  sangat menarik. Cerita dia walaupun simple tetapi cerita dia tak slow. Banyak unsur lawak dan comel yang membuatkan cerita ni sangat seronok untuk ditonton sepanjang episode. Cerita ni mebuatkan aida personally tertunggu-tunggu apa akan berlaku lepas tu? Satu bintang ⭐ untuk plot cerita!

Actor or Casting



Jon Shison dan Narika Iriyama
Chemistry antara Jon Shison dan Narika Iriyama sangat hebat! Bila tengok dua orang ni berlakon, mampu buat kita rasa sweet sangat dua orang ni dan pada yang sama boleh buat kita menangis. Jadi main actor dia orang ni memang berjaya membawa watak masing-masing dan menjadikan cerita ni lagi menarik! Tak lupa juga kepada supporting actor. Memang terbaik! Kalau ada drama lagi dan mereka yang berlakon, aida mesti nak tengok! Satu bintang ⭐untuk pelakon!

Cinematography or Animation


Cerita ni tak ada sangat mengunakan tempat-tempat yang cantik atau perlukan animation yang lebih. Jadi kurang bintang dekat sini. Disebabkan cerita dia simple jadi tak ada sangat pun semua tu. Tempat dia orang pun selalunya tempat yang sama, kalau tak di rumah Sumire, akan ada venue dekat tempat kerja Sumire. Tetapi disebabkan cerita dia menarik jadi aida personally tak perasan pun tempat-tempat yang dia orang berlakon. Ada jugak dia orang akan berlakon di luar negara iaitu di Korea. Apapun, cerita ni dapat membawa perasaan kita bersama bila dia fokus muka-muka pelakon yang boleh buat kita sedih atau happy bersama. 

Music and Sound


Cerita ni memang music dia best! Aida memang suka lagu-lagu OST dia. Jadi kat sini aida tak boleh cakap apa, satu bintang ⭐ untuk muzik dia! 


Rainbow Rain (Kimi Wa Petto OST)


Recommended?


Of course recommended! Satu bintang! ⭐ Cerita ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang minat cerita Jepun macam aida. Sesiapa yang tak suka cerita berat-berat dan simple je, cerita ni pun sangat sesuai untuk korang. 


Jadi overall 4/5 aida bagi!
⭐⭐⭐⭐

Share:

Sunday, 25 March 2018

Lagu Inspirasi : Fight Song





Assalamualaikum, hari ini aida nak kongsi salah satu lagu yang memang memberi semangat dekat aida dan in shaa Allah kepada semua juga. Bila rasa macam letih sikit, terjatuh sekejap kita bangun pergi satu tempat, kita solat sunat dua rakaat kemuadian baca Al-Quran. 

Lepas itu, pergi keluar hirup udara segar sambil pakai earphone dan dengar lagu "Fight Song- Rachel Platten" ni. Tutup mata dan fahami betul bait-bait lirik ni. In shaa Allah akan menjadi semakin kuat. Kalau bukan terus kuat tetapi perlahan-lahan kita akan menjadi semakin kuat. In shaa Allah. 😊

Jom kita dengar sambil tengok lirik di bawah video!



Fight Song Lyric


Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion
Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

And all those things I didn't say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?

This is my fight song
Take back my life song
Prove I'm alright song
My power's turned on
Starting right now I'll be strong
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me

Losing friends and I'm chasing sleep
Everybody's worried about me
In too deep
Say I'm in too deep (in too deep)
And it's been two years
I miss my home
But there's a fire burning in my bones
Still believe
Yeah, I still believe

And all those things I didn't say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?

This is my fight song
Take back my life song
Prove I'm alright song
My power's turned on
Starting right now I'll be strong
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me

A lot of fight left in me

Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion
Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

This is my fight song (Hey!)
Take back my life song (Hey!)
Prove I'm alright song (Hey!)
My power's turned on
Starting right now I'll be strong (I'll be strong)
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me

No I've still got a lot of fight left in me

......................

In shaa Allah, aida harap perkongsian lagu ni dapat menguatkan semangat lagi sesiapa yang mungkin dalam kesusahan atau mencari lagu yang dapat menguatkan semangat. Aida berdoa kepada sesiapa yang baca ini akan sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa kuat dan terus FIGHT dalam hidup ini. In shaa Allah.

Ada juga di dalam Al Quran:


Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya  (Al-Baqarah: 286)



Dan kita kena sentiasa ingat bila diuji sebenarnya Allah meninggikan darjat kita disisiNya.


“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)



In shaa Allah, mungkin nanti semua boleh kongsi apa lagu-lagu yang menjadi inspirasi semua, aida nak tahu jugak. Okey, harap semua jadi suka dengar lagu ini! in shaa Allah. 😊


Share:

Thursday, 22 March 2018

Kaella Beloved Fellas


[click banner untuk tahu lebih lanjut dan join!}

Assalamualaikum semua, okey kali ini aida nak support seorang rakan blogger kita ni iaitu Kaella! Jadi jom kita follow segmen Kaella ni! Syarat penyertaan pun senang, bukan boleh ada sebagai bloglist Kaella selama 3 bulan (April- Jun), tetapi jika ada rezeki boleh dapat hadiah lagi!

Jadi jom kita join segmen ni ramai-ramai!



Share:

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!



[ click banner untuk tahu lebih lanjut dan join!]

Assalamualaikum.. alhamdullilah ada kesempatan ni, aida nak join satu segmen dari blogger comel kita, Azah Rahaman! Jom kita join ramai-ramai!

Aida mula menulis blog ketika aida tingkatan dua tidak silap, pada tahun 2009. Itu pun kerana blog tengah 🔥🔥 waktu tu. Tetapi aida tak aktif pun sebab selalu kena berebut komputer dengan adik lelaki yang suka main game. Dulu kita pun mana ada laptop sendiri,. Hehehe.. Lagi-lagi time tu aida aktif terox myspace dan friendster! 😉 

Ketika tahun 2013 aida kembali aktif. Waktu tu pun blog aida macam tak ada tujuan sangat, jadi banyak benda merapu je. URL merapu, isi entah apa-apa. Hahaha. (Bila aida sebut merapu tu memang seriuss merapu!)  No jokes. Dan aida pun stop macam tu je. 

Pada akhir tahun 2017, aida mula fikir yang aida nak berblogging secara serius dan ada tujuan yang bukan sahaja beri manfaat dekat aida, tapi dekat orang lain jugak. Mungkin kerana masa mematangkan aida kot. Jadi aida kembali dengan url baru dan blog baru tahun 2018. URL lama biarlah rahsia dan aida dah tak pakai dah. Walaupun sedih followers mungkin hilang tetapi aida macam nekad untuk start fresh. 
In shaa Allah..

Jadi URL aida dengan nama blog ni memang ambil dari nama aida sendiri iaitu Sharifah Aida Hana.  Tak ada benda istimewa aida pilih nama sendiri untuk url atau tajuk. Cuma aida rasa blog akan menjadi lebih sentimental value dengan letak nama sendiri. 

Pahit manisnya sebagai seorang blogger ini ialah komitmen.Macam mana aida on off berblogging sebab aida tak beri komitmen atau tujuan yang betul-betul kukuh kenapa aida tulis blog at the first place. Jadi sekarang in shaa Allah, dengan tujuan yang lebih kuat, aida akan cuba untuk beri lebih komitmen untuk tulis blog. In shaa Allah.

Jadi ini pun akan terus kepada nasihat kepada rakan blogger yang lain, jangan berhenti berblogging dan marilah kita cari sesuatu tujuan yang kukuh kenapa kita nak tulis blog? Tujuan tu mungkin boleh beri manfaat kepada diri orang lain dan jugak kepada diri kita sendiri. Kita juga mungkin mendapat pahala jika dapat sebarkan banyak perkara baik atau membantu orang lain sekaligus mengingatkan kita kepada Allah S.W.T. Yang paling best bila tulisan blog kita akan mendapat saham bukan sahaja di dunia tetapi jugak di akhirat. In shaa Allah..

Jadi itu sahaja dari aida! Jom kita join segmen ni ramai-ramai! 





Share:

Wednesday, 21 March 2018

Henley Beach, South Australia!


📍 Henley Beach

Assalamualaikum semua, lama dah tak berkunjung sini, sibuk sibuk sesibuknya beberapa minggu ni, dan banyak betul aida nak cerita kat korang! 

Okey, bila kita bercakap mengenai Australia, semestinya negara kangaroo ini terkenal dengan pantainya! (Fun Fact: Australia ada 10, 685 pantai dan di South Australia sahaja dah nak masuk 20 pantai!) Jadi kali ini aida nak kongsi salah satu pantai yang ada dekat South Australia.

 Pantai itu ialah Henley Beach!


Pantai Henley ini terletak di antara pinggir bandar West Beach dan Grange. Jadi kalau semua datang ke Adelaide, dan nak pergi ke pantai Henley Beach cuma mengambil masa 24 minit memandu je. Kalau nak naik public transport pun boleh sangat. (Australia ni terkenal dengan public transport yang sangat menepati masa dan efisien). Korang boleh ambil bas H32 dari City of Adelaide dan terus ke Hanley Beach. Senang jee!

Henley Beach ni tersangat lah cantik dan sangat sesuai untuk ambil angin dan berjalan-jalan dengan kawan. Kami datang ke sini pun sebab aida dengan housemate dah pening kepala dengan kelas dan assignment, jadi kami datang ke pantai untuk terapi sikit. Hehehe. 

Salah satu benda menarik Henley Beach yang aida nak kongsi dengan semua, Henley Beach ni merupakan tempat pertama tertubuhnya Kolam Renang Olimpik di South Australia. Ini jugak menjadikan salah satu sebab pelancong nak datang ke sini!

First Olympic Pool in South Australia

Selain dari itu. apa yang aida suka pasal Henley Beach ni, bukan sahaja kecantikan atau kebersihan yang dia orang akan tengok tetapi keselamatan pun menjadi keutamaan bagi dia orang. Bila aida sampai dekat mana-mana, mesti ada lifeguard yang tak pernah berhenti tengok sekeliling. Paling yang aida kagum hampir setiap tempat akan ada macam signboard keselamatan atau undang-undang untuk pelancong sentiasa berhati-hati dan ambil perhatian. Yang bestnya OZ people memang akan ikut! 👍
Undang-Undang di Henley Beach

Signboard ada dimana-mana..

Jadi, kalau korang nak pemandangan yang lebih cantik, datang lah ke Henley Beach ni bila dah nak dekat sunset. Masa aida datang ni tengah autumn tapi macam ada vibe summer lagi sebab autumn macam datang lambat sikit. Jadi tak terlalu sejuk dan sunset pun lebih kurang pukul 7. 30 pm macam tu. 

Jadi kami sambil tunggu matahari terbenam tu, jalan-jalan dekat tepi pantai sambil tangkap gambar dengan kawan-kawan. Bila jalan-jalan dekat pantai, kurang sikit beban yang ada atas kepala masa ni. Memang seronok dan kerja asyik bergambar je... Hehe.. 

Aihh kenapalah kawan-kawan aku ni cantik sangat (Part 1)

Aih.. Kenapalah kawan-kawan aku ni cantik sangat. (Part 2)
Selfie sikitt Part 1!

Selfie sikitt.. Part 2!
Bila aida datang ke pantai ni, aida selalu terfikir "aku mesti rindu tempat ni." Ye lah, dah tak sangka dah nak habis dan tak tahu bila pulak boleh sampai sini. Jadi kita orang pun berpakat untuk tulis dekat pasir (tipikal student pergi pantai.. haha) Bukan tulis "we are here" hahaha tapi kami tulis sesuatu yang menunjukkan mungkin ini kali terakhir akan sampai ke pantai ni dan kalau ada rezeki lagi, mungkin boleh sampai lagi ke sini. Sekarang ni pun, dengan banyak kerja dan projek, macam susah dah nak sampai. Jadi, apa yang kita orang tulis? Kita orang tulis:

Senior Year 2018!!
Bila dah sampai Henley Beach ni, pastikan korang tangkap gambar jugak dekat bawah jeti. Haaa ni kiranya spot yang aida paling suka sebab sangat cantik. Jadi in shaa Allah ada peluang datang sini, tangkap gambar dekat bawah jeti ni!

Dekat bawah jeti.
Tadi kita cerita bawah jeti, sekarang atas jeti pun cantik untuk tangkap gambar! Lagi-lagi bila tengah matahari terbenam. Jalan sampai hujung. Memang cantik! Kalau nak memancing dekat sini pun boleh. Aida tengok ramai OZs memancing je dekat sini, lagi-lagi dekat hujung jeti.

ketika sunset..
Love ft sunset

Memancing di hujung jeti ft sunset
Salah satu sebab aida suka Henley Beach ni jugak. sebab tempat ni memang cantik sangat dan memang bersih, bersih sebersihnya. Bersih dia sampai kita rasa tenang sangat untuk baca buku sambil dengar bunyi ombak tanpa ada sampah-sampah yang menyakitkan mata. Jadi tak hairan kenapa kebanyakan locals sini suka lepak-lepak dekat pantai!

Boleh baca buku dekat sini!
Sangat tenang..
Alhamdullilah, memang best dapat berjalan-jalan di pantai. Siapa tak suka pantai kan? Jadi in shaa Allah, ada rezeki semua dapat datang Adelaide, datang lah ke Henley Beach ni! Memang cantik dan sangat tenang. Alhamdullilah aida diberi peluang ini. Memang best dapat pergi tempat-tempat macam ini untuk tenangkan fikiran selepas penat dan letih dengan segala macam perkara yang ada dekat universiti. 

Okey itu sahaja, nanti aida cerita lagi pasal pantai yang lain. In shaa Allah.. 😊


More days with these people!


Share:

Monday, 5 March 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

Assalamualaikum and hi everyone!

Today in this month of March (a special month for this beautiful blogger) 😉
 Happy Birthday Ray!! ⭐⭐⭐⭐⭐  

I would like to join her GIVEAWAY.. Yayy!! So come on everyone! 
Jom kita memeriahkan lagi GA ni! 

[click banner to know more!]

So what are you waiting for! Join now!! Jom! 

Click the banner to know more!





p/s: Psstt.. Ray,thank you for this lovely giveaway and..
 I already followed you! and seriously you
are B.E.A.U.T.I.F.U.L!! (serious) hahaha
Enjoy your trip and take a lot of pictures! 






Share:

Sunday, 4 March 2018

A SFRNFZL Giveaway


Assalamualaikum dan hi semua! Jadi kali ini aida nak join giveaway dari seorang rakan blogger kita iaitu SFRNFZL! In shaa Allah, siapa yang tak join lagi, jom lah kita join ramai-ramai memeriahkan GA ini! Senarai hadiah pun menarik!

Jadi salah satu syarat untuk join giveaway ni ialah untuk kita tulis kenapa kita suka berblogging, and this time around, I will share mine!

[click banner to knoow more!]

Saya suka berblogging kerana.... 3M!!
Haaa apa 3M ni? 


Motivasi


M yang pertama ialah MOTIVASI. I really LOVE MOTIVATION! Blog aida ni pun, selain dari berkongsi kisah hidup, aida juga gunakan blog aida untuk medan motivasi dan memberi inspirasi. Blogging ialah salah satu platform untuk aida berkongi cerita dan juga perkongisan yang dapat memberi motivasi dan inspirasi bukan sahaja kepada rakan blogger tetapi juga kepada diri aida sendiri. 

Selain itu, motivasi dan inspirasi bukan sahaja boleh dapat di blog aida, tetapi aida pun boleh dapat motivasi dan juga pengajaran dari mana-,mana rakan blogger lain melalui tulisan dan juga perkongisan mereka. Seronok membaca kisah mereka sehingga perkongsian mereka juga  memberikan aida inspirasi in some ways. Alhamdullilah..

Memori


M yang kedua ialah MEMORI. Aida pernah cakap yang blog is like a GOOGLE DRIVE OF OUR LIFE. Dekat sini bermaksud, kenagan yang kita cipta di sekeliling kita, mesti kita nak abadikan somewhere for future references, nak bagi cucu-cucu baca nanti. hehe. Jadi bagi aida blog ialah tempatnya! Aida nak simpan semua memori ni, supaya aida sendiri pun boleh baca untuk tengok sejauh mana kehidupan aida dah melangkah that can get to "me" now! In shaa Allah..

Aida ada jugak consider nak tulis dekat buku atau journal tapi buku nanti satu masa boleh jadi tak convenient untuk simpan banyak. Kalau kita berkongsi dekat social media, dia macam lain sikit. Tak sama dengan blog. Sebab itu aida ambil keputusan untuk berblogging! Lagipun bagi aida, blog ni "special in its own way".  Blogger mesti faham maksud aida ni kan.. 

Menyeronokkan


M yang terakhir ialah MENYERONOKKAN! Semestinya blogging ini memang menyeronokkan. Kita dapat blogwalking ke blog orang lain. Baca coretan mereka, perkongsian atau info yang bermanfaat. Memang best! Macam-macam aida dapat dari blog! Percaya atau tidak, aida akan makan dekat restoran tu selepas aida dapat review dari blogger yang tempat tu sedap. Atau aida terus layan satu movie ni sebab direview dari rakan blogger yang movie tu superb! Banyak lagi sebenarnya. Berada dalam dunia blogging, kita akan dapat banyak benda kalau kita sedar sebenarnya. And it is FUN! 

Bukan tu sahaja, support dan kata-kata dari rakan blogger yang tak putus-putus bagi sokongan dekat aida melalui comment section, Allah je tahu betapa gembiranya aida. Walaupun tak pernah bertentang mata, tapi rasa macam dah kenal lama. Untuk ada rakan blogger yang supportive jugak sangat menyeronokkan! Terima kasih rakan-rakan! Oh.. psstt join giveaway pun menyeronokkan! hehehe 

Jadi itulah sedikit sebanyak aida kongsi kenapa aida suka berblogging! Korang macam mana pulak??

                             


Share:

Thursday, 1 March 2018

First Day Of Class 2018 in Adelaide!


"FIRST DAY".. Bila cakap pasal first day, ada macam-macam perasaan betul tak? Ada yang teruja, ada yang tak sabar tapi bagi kes aida ni, first day adalah hari yang paling memenatkan! 😂 Kenapa sampai boleh jadi penat tu? Ini cerita 'first day' aida start kelas dekat adelaide!

Muka tak sabar nak balik rumah!

Okey this is my 'first day' story!  Pagi tu, aida ada 'lecture' pkul 9 pagi. Awal tu!! hahaha jadi aida dengan kawan aida siap-siap dan tunggu bas. Aida kalau ke uni aida naik bas je. Senang dan jimat. Jadi stesen bas yang aida akan selalu tunggu bas nak ke universiti ialah Stop 7 Magill Road! (Aida serius akan rindu bus stop ni!)

Bus stop yang banyak berjasa..
Bila dah sampai, macam biasalah kita cari tempat duduk dalam lautan pelajar yang mungkin datang masa first week je. Selalu macam tu, after that makin berkurang orang hahaha.. Jadi aida dengan kawan aida, Myja cari tempat duduk sebelum mula kelas.

Hampir tiga bulan aida tak masuk kelas, aida tak berinteraksi dengan orang lagi-lagi dalam Bahasa Inggeris. Ye lah, duduk Malaysia kan? Jadi macam mana boleh penat tu? Haaa.. bila otak kita mula lah cuba untuk memahami slang OZ dengan nak fahamkan apa yang lecturer cuba nak sampaikan dekat depan. hahaha. Serius berkarat otak. 

Nanti berkurang lah ni 😛
Bila habis lecture ada tutorial pulak, atau kita orang panggil 'tute' je. Haaa masa ni pun masa yang boleh tahan 'penat' jugak. Bukan apa, selalu bila first day of class kita ada apa? Kita akan ada SESI PERKENALKAN DIRI! Okey, ni nampak macam senang dengan simple je kan tapi, dia penat bila nak karang ayat nak kena present depan orang ramai dah dengan English aida yang berkarat dah. Tapi alhamdullilah dapat laksankan dengan berjaya lah jugak. Tapi macam banyak jugak kena baiki, hahaha.

Dalam tute lagi lah kena berinteraksi. Kena berinteraksi dengan tutor, kena berinteraksi dengan group mate. Memang hari tu, aida cuma cakap 100% English je. Nasib baik semua faham. Orang OZ ni tak kecam pun kalau kita English tak okey, dia orang lagi suka cakap dengan kita sebab dia tengok kita cuba usaha nak cakap bahasa dia orang. Jadi kalau korang datang study ke atau bercuti, jangan segan! Cakap je.

Sesi tute yang berlu banyak berinteraksi
Haaa, ni lah yang aida kena present depan orang ramai ni..
First day ni pun boleh jadi nightmare sebenarnya. Sebab selalunya masa kelas pertama ni, tutor akan perkenalkan assignment sepanjang sem. Mengucap je aida dengan Myja hahaha sebab banyak betul projek dengan assignment yang perlu buat sem ni! (Mestilah, dah nama studentt.. XD)

Jadi dari pkul 9 pagi sampai 8 malam aida ada dekat universiti. Kelas first day memang pack jadi memang sampai malam kelas aida. Lepas selesai semua, aida balik rumah macam biasa, aida terus call mama tercinta. Aida cerita how's my class dan aida manja-manja cakap letih, bagitahu macam mana kelas aida first day ni. Cerita segalanyalah dan akhirnya aida lega dapat lepaskan semua. Tapi tahu tak mama aida cakap apa sampai buat aida macam terus tenang dan fikir positif?

"Memang letih menuntut ilmu, lagi-lagi jauh dari rumah.. Ni jihad dan musafir untuk aida. Ambil peluang ni baik-baik. Jangan lupa solat dan sentiasa ingat Islam. Jaga diri ye Aida."


Dan teruslah sebak dan tenang hati seorang aida. 😭 Bila aida fikir balik, Yup! Ini ialah perjuangan jihad untuk menuntut ilmu. In shaa Allah. Semoga Aida akan terus tabah menempuhi sepanjang sem ni. Sikit je lagi Aida!

Korang pun mesti ada pengalaman 'first day' jugak kan? 😉

Jihad menuntut ilmu! In shaa Allah 💪

Share:

Wudhu: Cleansing while Talking to Allah

Assalamualaikum. Good day everyone, May all in good health, happy environment and bless by Allah S.W.T. Today I love to talk about wud...

Blogger Template Created by pipdig