LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 5 April 2018

5 Cara Untuk Kembali 'On Track'!


Assalamualaikum dan hi semua. Baiklah, setiap orang daripada kita pasti akan alami hari yang baik dan jugak mesti tak akan terlepas dari mengalami hari yang buruk betul tak? Hidup kita ni tak selalunya indah, langit pun tak selalunya cerah. Dalam kehidupan kita, ada satu hari kita akan selalu merasa positif dan yakin kita seorang yang hebat tetapi akan ada masa satu hari kita akan rasa sangat 'down' atau tertekan. Perasaan bersemangat hari ini mungkin takkan sama dengan perasaan yang kita pernah rasa semalam.

Perasaan ini sangat normal kepada kita yang digelar manusia. Ini ialah namanya hari-hari "dorongan rendah" yang kita perlulakan dos motivasi kecemasan. Kita perlu serap balik semanagat tu supaya kita akan kembali on track dan terus berusaha. Namun, apabila sumber motivasi tidak digunakan dengan betul atau menggungakan cara yang salah, kita mungkin akan lagi kurang motivasi dan akhiranya memakan diri sendiri. Jadi bagaimana kita nak halang perkara ini daripada berlaku?

Ini ialah 5 cara untuk kita kembali 'On Track': 

1. Mempunyai visi yang TEPAT


Kita perlu mempunyaai satu visi yang betul-betul tepat. Kita tidak boleh menetapkan sesuatu visi dengan hanya berangan atau tidak serius. Visi yang tepat ni boleh membawa banyak maksud. Maksudnya ialah mungkin visi yang sesuai dengan diri kita, tidak terlalu tinggi sehingga memudaratkan atau visi yang betul-betul memberi manfaat kepada kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Apabila kita tiba-tiba tidak rasa bersemangat atau lemah dan letih (perasaan ini normal kepada semua manusia), cepat-cepat kita ingat balik visi kita itu. Kita dah melangkah sejauh ini, takkan nak berhenti sekerat jalan kan?Jadi terus melangkah untuk menggapai visi  yang satu dan betul-betul tepat.



2. Persekitaran positif


Kita kena sentiasa letakkan diri kita di tempat  yang kita akan paling banyak berkembang. Bila datangnya perasaan malas, tak bermaya dah atau rasa letih teramat, cepat-cepat kita bergerak ke tempat yang boleh menaikkan semangat kita.

Contoh, jika kita ingin menjadi pereka fesyen muslimah yang berjaya, kita boleh pergi ke butik-butik muslimah yang paling kita suka dan kita capaikan impian satu hari nanti kita sendiri akan ada butik sendiri. Ataupun jika kita nak menghasilkan buku sendiri, pergi ke kedai buku tengok buku-buku yang ada di rak dan bayangkan satu masa nanti akan ada buku kita dengan nama kita sendiri dekat atas rak tu. Sambil kita mencari persekitaran yang positif, sambil tu kita berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.

Persekitaran yang positif juga ialah kita bersama dengan kawan-kawan yang menyokong impian kita. Jika kita ada kawan yang selalu mempersoalkan macam" Betul ke kau nak buka butik ni? Macam dah banyak sangat jee sekarang,," atau " kau nak kurus? Iyyeeekeeee??" Bila kita ada kawan yang tidak memberi apa-apa semangat kepada kita ni, nasihat aida jangan putus persahabatan kepada mereka tetapi eloknya jika kita menjauhkan diri. Kita tak nak berada bersama-sama kawan yang akan tarik kita kebawah. Dan aida percaya kawan yang baik pasti akan sama-sama memberi sokongan terhadap impian kita.

3. Bersama dengan kawan yang produktif



Aida sangat tertarik untuk berkongsi dari salah satu bacaan aida iaitu pengasas kepada Clever Talks, Chris Soriano memberi satu aktiviti yang ringkas. Beliau menyuruh kita untuk melihat contact details kita dalam telefon kita dan menyemak senarai kenalan kita. Kita pilih sahaja mana-mana huruf dan kita baca semua nama dalam bahagian huruf itu. Siapakah mereka ini dan apa yang mereka dah lakukan sekarang? Jika tiada antara kenalan kita yang melakukan perkara yang lebih baik daripada kita, maka kita perlu mencari rakan yang baru. Seperti yang dikatakan oleh Jim Rohn, "Kita adalah seperti lima orang yang paling banyak kita menghabiskan masa". Jika kita ada kenalan yang hebat, in shaa Allah kita akan terus bersemangat untuk terus usaha. Tetapi jangan pula cemburu sehingga memakan diri. Jadilah mereka ini sebagai persaingan yang sihat untuk menjadikan kita lebih berjaya. In shaa Allah.

4. Cari hiburan yang membangunkan


Dalam masa keadaan kita tengah down, otak kita sebenanrya masih boleh menerima maklumat.Pastikan kita sentiasa mendidik minda kita dengan perkara-perkara yang boleh memberi motivasi. Pasti antara kita ada yang suka tengok video-video motivasi atau ada suka mana-mana pakar motivasi pilihan sendiri. Pada masa inilah kita pergi balik ke video-video mereka ataupun boleh sahaja kita dengar podcast. Kita boleh dengar apabila dalam kereta atau pengakutan awam ketika nak ke tempat kerja. Atau mungkin kita boleh berehat sekejap dan ambil masa mendengar kata-kata mereka.  Jika semua perasan segala motivasi dari dalam diri kita adalah sebenarnya kita sudah tahu. Tetapi sebagai manusia kita selalu lupa dan sentiasa terpengaruh dengan hasutan syaitan atau nafsu yang membuatkan kita lemah seketika. Kerana itu kita perlu pertolongan Allah dan juga dari orang lain untuk bangunkan kita.


5. Penggunaan media sosial yang positif


Menurut kajian yang aida baca, kita selalu menghabiskan lebih dari dua jam sehari di media sosial. Itu sebenarnya kira-kira 1/8 dari waktu bangun kita setiap hari. Salah satu punca kita jadi tidak bersemangat ialah kerana media sosial itu sendiri. Kita perlu pastikan kita melabur masa dengan bijak apabila menggunakan media sosial dan orang yang kita 'follow' di media sosial seharusmya menambah nilai kepada kehidupan harian kita, bukan menambah tekanan ataupun "drama." 

Kita boleh 'follow' pages atau account yang memberi motivasi atau ayat-ayat yang boleh memberi inspirasi kepada kita. Kita boleh jugak ikut orang yang sudah melakukan apa yang kita ingin lakukan. Kita boleh untuk follow keluarga atau kenalan kita tetapi jangan jadikan mereka membuat semangat kita lagi rendah dan nak berputus asa. Tidak salah untuk kita 'unfollow' mereka jika kita rasa boleh menjatuhkan diri kita atau membuat kita tidak lagi positif. Disini juga kita tidak perlu untuk cemburu apabila melihat kawan kita berkongsi kejayaan di media sosial. Jadikan kejayaan mereka sebagai pemangkin semangat kita. In shaa Allah.

Bukan sahaja kepada kenalan tetapi diri kita sendiri juga. Kita perlu tunjuk sikap yang positif dan jangan menimbulkan apa-apa masalah di media sosial. Aida selalu fikir, apa yang kita tunjuk di media sosial juga boleh menunjukkan diri kita yang sebenarnya. Selain itu, jika kita tak suka apa orang lain buat, kita pun tidak perlu untuk buat benda yang sama.

Jadi ini ialah 5 cara untuk kita kembali 'On Track' tetapi apapun sentiasa  ingat kepadaNya. Kerana Allah jugalah Pemberi semangat dan kekuatan kepada diri kita. In shaa Allah. ๐Ÿ˜Š








Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig