LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 22 March 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!



[ click banner untuk tahu lebih lanjut dan join!]

Assalamualaikum.. alhamdullilah ada kesempatan ni, aida nak join satu segmen dari blogger comel kita, Azah Rahaman! Jom kita join ramai-ramai!

Aida mula menulis blog ketika aida tingkatan dua tidak silap, pada tahun 2009. Itu pun kerana blog tengah ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ waktu tu. Tetapi aida tak aktif pun sebab selalu kena berebut komputer dengan adik lelaki yang suka main game. Dulu kita pun mana ada laptop sendiri,. Hehehe.. Lagi-lagi time tu aida aktif terox myspace dan friendster! ๐Ÿ˜‰ 

Ketika tahun 2013 aida kembali aktif. Waktu tu pun blog aida macam tak ada tujuan sangat, jadi banyak benda merapu je. URL merapu, isi entah apa-apa. Hahaha. (Bila aida sebut merapu tu memang seriuss merapu!)  No jokes. Dan aida pun stop macam tu je. 

Pada akhir tahun 2017, aida mula fikir yang aida nak berblogging secara serius dan ada tujuan yang bukan sahaja beri manfaat dekat aida, tapi dekat orang lain jugak. Mungkin kerana masa mematangkan aida kot. Jadi aida kembali dengan url baru dan blog baru tahun 2018. URL lama biarlah rahsia dan aida dah tak pakai dah. Walaupun sedih followers mungkin hilang tetapi aida macam nekad untuk start fresh. 
In shaa Allah..

Jadi URL aida dengan nama blog ni memang ambil dari nama aida sendiri iaitu Sharifah Aida Hana.  Tak ada benda istimewa aida pilih nama sendiri untuk url atau tajuk. Cuma aida rasa blog akan menjadi lebih sentimental value dengan letak nama sendiri. 

Pahit manisnya sebagai seorang blogger ini ialah komitmen.Macam mana aida on off berblogging sebab aida tak beri komitmen atau tujuan yang betul-betul kukuh kenapa aida tulis blog at the first place. Jadi sekarang in shaa Allah, dengan tujuan yang lebih kuat, aida akan cuba untuk beri lebih komitmen untuk tulis blog. In shaa Allah.

Jadi ini pun akan terus kepada nasihat kepada rakan blogger yang lain, jangan berhenti berblogging dan marilah kita cari sesuatu tujuan yang kukuh kenapa kita nak tulis blog? Tujuan tu mungkin boleh beri manfaat kepada diri orang lain dan jugak kepada diri kita sendiri. Kita juga mungkin mendapat pahala jika dapat sebarkan banyak perkara baik atau membantu orang lain sekaligus mengingatkan kita kepada Allah S.W.T. Yang paling best bila tulisan blog kita akan mendapat saham bukan sahaja di dunia tetapi jugak di akhirat. In shaa Allah..

Jadi itu sahaja dari aida! Jom kita join segmen ni ramai-ramai! 





Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig