LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 26 March 2018

Review Kimi Wa Petto 2017 (JDrama)


Assalamualaikum semua, aida baru habis tengok satu drama jepun ni. Jadi aida nak kongsi dan nak bagi personal review pasal drama ni!

Name : Kimi Wa Petto 2017
Genre: Romantik Komedi
Episode: 16 episodes
Kimi Wa Petto 2017


Sinopsis Kimi Wa Petto 2017:


Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berkerjaya dan sangat berdedikasi tinggi iaitu Sumire Iwaya (Noriko Iriyama). Beliau belum lagi berkahwin walaupun sudah menjangkau usia yang  sangat sesuai untuk berkahwin. Sumire Iwaya ni terlalu sempurna sehingga digelar 'elite' oleh rakan sekerja. Padahal semua tidak tahu, hatinya sangat lembut dan sentiasa menangis seorang diri.

Satu hari, Sumire Iwaya bertemu dengan Takeshi Goda (Jun Shison), seorang pemuda yang kacak yang bersembunyi  di dalam sebuah kotak di depan apartmenya - kenapa dia dalam kotak ini? (Haa tu kena tengok cerita ni!) Ketika ini, Takeshi lari dari rumah dan meminta untuk tinggal di rumah Sumire tetapi Sumire ni pada mulanya tak nak. Dia tak kenal lelaki itu dan tiba-tiba je nak tinggal bersama. Jadi Sumire kata, boleh nak tinggal di rumah dia tetapi kena jadi haiwan peliharaan. Masa ni Sumire bergurau je tetapi Takeshi guna kan peluang ni dan terus bersetuju sehingga diberi gelaran Momo, (haiwan peliharaan Sumire ketika kecil).

Hubungan mereka menjadi semakin rapat apabila Takeshi mula nampak sisi perempuan tu yang orang lain tak nampak. Dia sentiasa di sisi Sumire seperti seekor haiwan peliharaan yang setia disisi tuanya. Tetapi adakah hubungan mereka boleh kekal sahaja sebagai tuan dan haiwan peliharaan ataupun ada seuatu yang mereka tak sedar?


Plot and Tone


Bagi aida jalan cerita dia tak heavy dan simple sahaja. Plot cerita dia pun  sangat menarik. Cerita dia walaupun simple tetapi cerita dia tak slow. Banyak unsur lawak dan comel yang membuatkan cerita ni sangat seronok untuk ditonton sepanjang episode. Cerita ni mebuatkan aida personally tertunggu-tunggu apa akan berlaku lepas tu? Satu bintang ⭐ untuk plot cerita!

Actor or Casting



Jon Shison dan Narika Iriyama
Chemistry antara Jon Shison dan Narika Iriyama sangat hebat! Bila tengok dua orang ni berlakon, mampu buat kita rasa sweet sangat dua orang ni dan pada yang sama boleh buat kita menangis. Jadi main actor dia orang ni memang berjaya membawa watak masing-masing dan menjadikan cerita ni lagi menarik! Tak lupa juga kepada supporting actor. Memang terbaik! Kalau ada drama lagi dan mereka yang berlakon, aida mesti nak tengok! Satu bintang ⭐untuk pelakon!

Cinematography or Animation


Cerita ni tak ada sangat mengunakan tempat-tempat yang cantik atau perlukan animation yang lebih. Jadi kurang bintang dekat sini. Disebabkan cerita dia simple jadi tak ada sangat pun semua tu. Tempat dia orang pun selalunya tempat yang sama, kalau tak di rumah Sumire, akan ada venue dekat tempat kerja Sumire. Tetapi disebabkan cerita dia menarik jadi aida personally tak perasan pun tempat-tempat yang dia orang berlakon. Ada jugak dia orang akan berlakon di luar negara iaitu di Korea. Apapun, cerita ni dapat membawa perasaan kita bersama bila dia fokus muka-muka pelakon yang boleh buat kita sedih atau happy bersama. 

Music and Sound


Cerita ni memang music dia best! Aida memang suka lagu-lagu OST dia. Jadi kat sini aida tak boleh cakap apa, satu bintang ⭐ untuk muzik dia! 


Rainbow Rain (Kimi Wa Petto OST)


Recommended?


Of course recommended! Satu bintang! ⭐ Cerita ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang minat cerita Jepun macam aida. Sesiapa yang tak suka cerita berat-berat dan simple je, cerita ni pun sangat sesuai untuk korang. 


Jadi overall 4/5 aida bagi!
⭐⭐⭐⭐

Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig