LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Wednesday, 21 March 2018

Henley Beach, South Australia!


๐Ÿ“ Henley Beach

Assalamualaikum semua, lama dah tak berkunjung sini, sibuk sibuk sesibuknya beberapa minggu ni, dan banyak betul aida nak cerita kat korang! 

Okey, bila kita bercakap mengenai Australia, semestinya negara kangaroo ini terkenal dengan pantainya! (Fun Fact: Australia ada 10, 685 pantai dan di South Australia sahaja dah nak masuk 20 pantai!) Jadi kali ini aida nak kongsi salah satu pantai yang ada dekat South Australia.

 Pantai itu ialah Henley Beach!


Pantai Henley ini terletak di antara pinggir bandar West Beach dan Grange. Jadi kalau semua datang ke Adelaide, dan nak pergi ke pantai Henley Beach cuma mengambil masa 24 minit memandu je. Kalau nak naik public transport pun boleh sangat. (Australia ni terkenal dengan public transport yang sangat menepati masa dan efisien). Korang boleh ambil bas H32 dari City of Adelaide dan terus ke Hanley Beach. Senang jee!

Henley Beach ni tersangat lah cantik dan sangat sesuai untuk ambil angin dan berjalan-jalan dengan kawan. Kami datang ke sini pun sebab aida dengan housemate dah pening kepala dengan kelas dan assignment, jadi kami datang ke pantai untuk terapi sikit. Hehehe. 

Salah satu benda menarik Henley Beach yang aida nak kongsi dengan semua, Henley Beach ni merupakan tempat pertama tertubuhnya Kolam Renang Olimpik di South Australia. Ini jugak menjadikan salah satu sebab pelancong nak datang ke sini!

First Olympic Pool in South Australia

Selain dari itu. apa yang aida suka pasal Henley Beach ni, bukan sahaja kecantikan atau kebersihan yang dia orang akan tengok tetapi keselamatan pun menjadi keutamaan bagi dia orang. Bila aida sampai dekat mana-mana, mesti ada lifeguard yang tak pernah berhenti tengok sekeliling. Paling yang aida kagum hampir setiap tempat akan ada macam signboard keselamatan atau undang-undang untuk pelancong sentiasa berhati-hati dan ambil perhatian. Yang bestnya OZ people memang akan ikut! ๐Ÿ‘
Undang-Undang di Henley Beach

Signboard ada dimana-mana..

Jadi, kalau korang nak pemandangan yang lebih cantik, datang lah ke Henley Beach ni bila dah nak dekat sunset. Masa aida datang ni tengah autumn tapi macam ada vibe summer lagi sebab autumn macam datang lambat sikit. Jadi tak terlalu sejuk dan sunset pun lebih kurang pukul 7. 30 pm macam tu. 

Jadi kami sambil tunggu matahari terbenam tu, jalan-jalan dekat tepi pantai sambil tangkap gambar dengan kawan-kawan. Bila jalan-jalan dekat pantai, kurang sikit beban yang ada atas kepala masa ni. Memang seronok dan kerja asyik bergambar je... Hehe.. 

Aihh kenapalah kawan-kawan aku ni cantik sangat (Part 1)

Aih.. Kenapalah kawan-kawan aku ni cantik sangat. (Part 2)
Selfie sikitt Part 1!

Selfie sikitt.. Part 2!
Bila aida datang ke pantai ni, aida selalu terfikir "aku mesti rindu tempat ni." Ye lah, dah tak sangka dah nak habis dan tak tahu bila pulak boleh sampai sini. Jadi kita orang pun berpakat untuk tulis dekat pasir (tipikal student pergi pantai.. haha) Bukan tulis "we are here" hahaha tapi kami tulis sesuatu yang menunjukkan mungkin ini kali terakhir akan sampai ke pantai ni dan kalau ada rezeki lagi, mungkin boleh sampai lagi ke sini. Sekarang ni pun, dengan banyak kerja dan projek, macam susah dah nak sampai. Jadi, apa yang kita orang tulis? Kita orang tulis:

Senior Year 2018!!
Bila dah sampai Henley Beach ni, pastikan korang tangkap gambar jugak dekat bawah jeti. Haaa ni kiranya spot yang aida paling suka sebab sangat cantik. Jadi in shaa Allah ada peluang datang sini, tangkap gambar dekat bawah jeti ni!

Dekat bawah jeti.
Tadi kita cerita bawah jeti, sekarang atas jeti pun cantik untuk tangkap gambar! Lagi-lagi bila tengah matahari terbenam. Jalan sampai hujung. Memang cantik! Kalau nak memancing dekat sini pun boleh. Aida tengok ramai OZs memancing je dekat sini, lagi-lagi dekat hujung jeti.

ketika sunset..
Love ft sunset

Memancing di hujung jeti ft sunset
Salah satu sebab aida suka Henley Beach ni jugak. sebab tempat ni memang cantik sangat dan memang bersih, bersih sebersihnya. Bersih dia sampai kita rasa tenang sangat untuk baca buku sambil dengar bunyi ombak tanpa ada sampah-sampah yang menyakitkan mata. Jadi tak hairan kenapa kebanyakan locals sini suka lepak-lepak dekat pantai!

Boleh baca buku dekat sini!
Sangat tenang..
Alhamdullilah, memang best dapat berjalan-jalan di pantai. Siapa tak suka pantai kan? Jadi in shaa Allah, ada rezeki semua dapat datang Adelaide, datang lah ke Henley Beach ni! Memang cantik dan sangat tenang. Alhamdullilah aida diberi peluang ini. Memang best dapat pergi tempat-tempat macam ini untuk tenangkan fikiran selepas penat dan letih dengan segala macam perkara yang ada dekat universiti. 

Okey itu sahaja, nanti aida cerita lagi pasal pantai yang lain. In shaa Allah.. ๐Ÿ˜Š


More days with these people!


Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig