LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 29 March 2018

Fokus 1 Matlamat Pada 1 Masa


Masalah yang kita semua alami termasuklah dengan diri aida ini ialah kita cuba untuk buat semua perkara sekaligus dalam satu masa.Tetapi membuat semua sekaligus dan juga 'multi-tasking' ialah dua perkara yang sangat jauh bezanya. 

Apa yang menyedihkan apabila kita tak mampu untuk capai apa-apa pun. Kita terlalu nak semua berhasil dan tercapai sampai akhirnya tiada apa pun yang berjaya dan tiada apa yang betul-betul ikut apa yang kita nak. Dan kita pun mula marah pada diri sendiri dan kita mula untuk berputus asa. Yang ini kita tak nak sebenarnya.

Berputus asa ialah bukan jawapanya.

Ini ialah sebab kenapa kita perlu untuk FOKUS 1 PERKARA PADA 1 MASA:

Fokus kepada 1 GOAL yang besar!


Daripada kita mempunyai banyak goal kecil yang tidak bermakna, kita pergi kepada tujuan yang lebih besar. Kita boleh cuba untuk mendapat '1 GOAL' untuk setiap bulan atau bahkan satu tahun jika perlu. Mempunyai 1 GOAL juga sebenranya bagus dan senang diingat. Strategi ini membuatkan kita hanya  memberikan tumpuan besar kepada satu atau dua tujuan yang lebih bermakna dan in shaa Allah mendapat hasil dengan lebih cepat.


Sesi 'deep thinking' akan menjadi lebih bermakna


Aida menggalakkan semua untuk menghabiskan sedikit masa setiap hari melakukan pemikiran yang mendalam atau lebih dikenali sebagai 'deep thinking'. Tetapi, apabila kita mempunyai terlalu banyak GOAL, sesi ini akan dibazirkan macam tu je. Oleh itu, dengan mempunyai hanya 1 matlamat besar pada 1 masa, kita dapat menggunakan masa pemikiran kita yang mendalam (deep thinking) untuk benar-benar merenungkan apa tindakan yang betul-betul akan diambil untuk mencapai matlamat kita.

In shaa Allah hasil dari sesi pemikiran yang mendalam ini boleh meningkatkan prestasi kita kepada dua atau tiga kali ganda. Berdasarkan pengalaman, setiap kali aida buat  pemikiran yang mendalam ni, aida dapat tengok yang aida  lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu masalah aida sendiri kerana aida boleh berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang sedang berlaku dan dapat fikirkan jalan penyelasain dengan lebih waras. In shaa Allah.

Menjauhkan diri dari perasaan TAKUT yang banyak


Perasaan takut ini normal apabila kita ingin mencapai sesuatu yang kita nak. Yang menjadi masalahnya ialah apabila kita terlalu banyak goal dan ini membuatkan perasaan takut kita pun akan ikut menjadi banyak. Sebaik sahaja kita menambah semua ketakutan yang kita ada, secara tidak langsung kita dengan mudahnya akan terjatuh dan menjadi lumpuh.Oleh itu,  dengan memberi tumpuan kepada 1 matlamat besar, kita hanya mempunyai 1 ketakutan untuk ditangani.

Kita memang tidak boleh menyekat ketakutan dan berpura-pura perasaan ini tidak wujud. Kita perlu bekerja dengan ketakutan yang datang bersama dengan  matlamat kita supaya ketakutan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan jangan mengharapkan sesuatu perkara terlalu tinggi. Jika goal kita tidak tercapai, kita bangun balik dan kembali berusaha. 

Kurang mencabar untuk mencari JAWAPAN


Apabila kita mempunyai banyak matlamat, semua maklumat yang kita dapat mungkin akan cepat hilang. Namun, jika kita hanya  mempunyai satu matlamat besar dapat membuat minda kita menjadi lebih fokus kepada jawapan yang lebih penting. Semua jawapan yang kita cari telah diberikan kepada kita. Masalahnya ialah apabila kita tidak dapat mendengar atau melihat jawapannya yang ada di depan mata. Ini kerana kita ada terlalu banyak tujuan yang telah menyebabkan kekurangan tumpuan kepada satu jawapan yang betul-betul penting.

Contohnya, impian aida sendiri untuk pandai bercakap depan orang ramai terutamanya orang Australia. Benda ini ialah  sesuatu yang selalu aida fikir yang akan hampir mustahil untuk tercapai. Jadi bila aida ada goal pada waktu itu untuk memberanikan diri. Aida search dan baca, dengar dan melihat video, dan alhamdullilah akhirnya aida boleh kerana aida mendapat jawapan yang aida nak. Dengan lebih banyak tumpuan, aida tidak hanya mendengar tip mereka, tetapi aida betul-betul faham dan melakukan pemikiran yang mendalam mengenai idea mereka. Jadi mungkin semua boleh cuba nanti.

Sederhana itu lebih baik


Perkara ini sama ada matlamat kita, rutin kecergasan, perniagaan, dan juga lain-lain. Lebih sederhana akan menjadi lebih mudah. Bila lebih mudah kita akan menjadi lebih fokus. Apabila kita lebih fokus kita akan mendapat kuasa atau tenaga untuk melakukan sesuatu dan sekaligus memberi motivasi untuk kita terus berusaha kearah 1 perkara yang kita inginkan.

Kita boleh menjadi orang yang cemerlang apabila kita fokus untuk satu matlamat besar dan bukannya satu senarai  matlamat yang sangat besar yang kita susah untuk ambil tindakan.

Macam mana nak tahu apa yang kita nak? Apakah 1 GOAL kita yang besar tu? Goal ini ialah apa yang betul-betul kita mahukan perkara ini lebih daripada apa-apa pun? Haaa.. itulah matlamat besar kita.

Jadi, sekarang jom laksanakan 1 matlamat kita! In shaa Allah ๐Ÿ˜‰




Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig