LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 1 March 2018

First Day Of Class 2018 in Adelaide!


"FIRST DAY".. Bila cakap pasal first day, ada macam-macam perasaan betul tak? Ada yang teruja, ada yang tak sabar tapi bagi kes aida ni, first day adalah hari yang paling memenatkan! ๐Ÿ˜‚ Kenapa sampai boleh jadi penat tu? Ini cerita 'first day' aida start kelas dekat adelaide!

Muka tak sabar nak balik rumah!

Okey this is my 'first day' story!  Pagi tu, aida ada 'lecture' pkul 9 pagi. Awal tu!! hahaha jadi aida dengan kawan aida siap-siap dan tunggu bas. Aida kalau ke uni aida naik bas je. Senang dan jimat. Jadi stesen bas yang aida akan selalu tunggu bas nak ke universiti ialah Stop 7 Magill Road! (Aida serius akan rindu bus stop ni!)

Bus stop yang banyak berjasa..
Bila dah sampai, macam biasalah kita cari tempat duduk dalam lautan pelajar yang mungkin datang masa first week je. Selalu macam tu, after that makin berkurang orang hahaha.. Jadi aida dengan kawan aida, Myja cari tempat duduk sebelum mula kelas.

Hampir tiga bulan aida tak masuk kelas, aida tak berinteraksi dengan orang lagi-lagi dalam Bahasa Inggeris. Ye lah, duduk Malaysia kan? Jadi macam mana boleh penat tu? Haaa.. bila otak kita mula lah cuba untuk memahami slang OZ dengan nak fahamkan apa yang lecturer cuba nak sampaikan dekat depan. hahaha. Serius berkarat otak. 

Nanti berkurang lah ni ๐Ÿ˜›
Bila habis lecture ada tutorial pulak, atau kita orang panggil 'tute' je. Haaa masa ni pun masa yang boleh tahan 'penat' jugak. Bukan apa, selalu bila first day of class kita ada apa? Kita akan ada SESI PERKENALKAN DIRI! Okey, ni nampak macam senang dengan simple je kan tapi, dia penat bila nak karang ayat nak kena present depan orang ramai dah dengan English aida yang berkarat dah. Tapi alhamdullilah dapat laksankan dengan berjaya lah jugak. Tapi macam banyak jugak kena baiki, hahaha.

Dalam tute lagi lah kena berinteraksi. Kena berinteraksi dengan tutor, kena berinteraksi dengan group mate. Memang hari tu, aida cuma cakap 100% English je. Nasib baik semua faham. Orang OZ ni tak kecam pun kalau kita English tak okey, dia orang lagi suka cakap dengan kita sebab dia tengok kita cuba usaha nak cakap bahasa dia orang. Jadi kalau korang datang study ke atau bercuti, jangan segan! Cakap je.

Sesi tute yang berlu banyak berinteraksi
Haaa, ni lah yang aida kena present depan orang ramai ni..
First day ni pun boleh jadi nightmare sebenarnya. Sebab selalunya masa kelas pertama ni, tutor akan perkenalkan assignment sepanjang sem. Mengucap je aida dengan Myja hahaha sebab banyak betul projek dengan assignment yang perlu buat sem ni! (Mestilah, dah nama studentt.. XD)

Jadi dari pkul 9 pagi sampai 8 malam aida ada dekat universiti. Kelas first day memang pack jadi memang sampai malam kelas aida. Lepas selesai semua, aida balik rumah macam biasa, aida terus call mama tercinta. Aida cerita how's my class dan aida manja-manja cakap letih, bagitahu macam mana kelas aida first day ni. Cerita segalanyalah dan akhirnya aida lega dapat lepaskan semua. Tapi tahu tak mama aida cakap apa sampai buat aida macam terus tenang dan fikir positif?

"Memang letih menuntut ilmu, lagi-lagi jauh dari rumah.. Ni jihad dan musafir untuk aida. Ambil peluang ni baik-baik. Jangan lupa solat dan sentiasa ingat Islam. Jaga diri ye Aida."


Dan teruslah sebak dan tenang hati seorang aida. ๐Ÿ˜ญ Bila aida fikir balik, Yup! Ini ialah perjuangan jihad untuk menuntut ilmu. In shaa Allah. Semoga Aida akan terus tabah menempuhi sepanjang sem ni. Sikit je lagi Aida!

Korang pun mesti ada pengalaman 'first day' jugak kan? ๐Ÿ˜‰

Jihad menuntut ilmu! In shaa Allah ๐Ÿ’ช

Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig