LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Sunday, 4 March 2018

A SFRNFZL Giveaway


Assalamualaikum dan hi semua! Jadi kali ini aida nak join giveaway dari seorang rakan blogger kita iaitu SFRNFZL! In shaa Allah, siapa yang tak join lagi, jom lah kita join ramai-ramai memeriahkan GA ini! Senarai hadiah pun menarik!

Jadi salah satu syarat untuk join giveaway ni ialah untuk kita tulis kenapa kita suka berblogging, and this time around, I will share mine!

[click banner to knoow more!]

Saya suka berblogging kerana.... 3M!!
Haaa apa 3M ni? 


Motivasi


M yang pertama ialah MOTIVASI. I really LOVE MOTIVATION! Blog aida ni pun, selain dari berkongsi kisah hidup, aida juga gunakan blog aida untuk medan motivasi dan memberi inspirasi. Blogging ialah salah satu platform untuk aida berkongi cerita dan juga perkongisan yang dapat memberi motivasi dan inspirasi bukan sahaja kepada rakan blogger tetapi juga kepada diri aida sendiri. 

Selain itu, motivasi dan inspirasi bukan sahaja boleh dapat di blog aida, tetapi aida pun boleh dapat motivasi dan juga pengajaran dari mana-,mana rakan blogger lain melalui tulisan dan juga perkongisan mereka. Seronok membaca kisah mereka sehingga perkongsian mereka juga  memberikan aida inspirasi in some ways. Alhamdullilah..

Memori


M yang kedua ialah MEMORI. Aida pernah cakap yang blog is like a GOOGLE DRIVE OF OUR LIFE. Dekat sini bermaksud, kenagan yang kita cipta di sekeliling kita, mesti kita nak abadikan somewhere for future references, nak bagi cucu-cucu baca nanti. hehe. Jadi bagi aida blog ialah tempatnya! Aida nak simpan semua memori ni, supaya aida sendiri pun boleh baca untuk tengok sejauh mana kehidupan aida dah melangkah that can get to "me" now! In shaa Allah..

Aida ada jugak consider nak tulis dekat buku atau journal tapi buku nanti satu masa boleh jadi tak convenient untuk simpan banyak. Kalau kita berkongsi dekat social media, dia macam lain sikit. Tak sama dengan blog. Sebab itu aida ambil keputusan untuk berblogging! Lagipun bagi aida, blog ni "special in its own way".  Blogger mesti faham maksud aida ni kan.. 

Menyeronokkan


M yang terakhir ialah MENYERONOKKAN! Semestinya blogging ini memang menyeronokkan. Kita dapat blogwalking ke blog orang lain. Baca coretan mereka, perkongsian atau info yang bermanfaat. Memang best! Macam-macam aida dapat dari blog! Percaya atau tidak, aida akan makan dekat restoran tu selepas aida dapat review dari blogger yang tempat tu sedap. Atau aida terus layan satu movie ni sebab direview dari rakan blogger yang movie tu superb! Banyak lagi sebenarnya. Berada dalam dunia blogging, kita akan dapat banyak benda kalau kita sedar sebenarnya. And it is FUN! 

Bukan tu sahaja, support dan kata-kata dari rakan blogger yang tak putus-putus bagi sokongan dekat aida melalui comment section, Allah je tahu betapa gembiranya aida. Walaupun tak pernah bertentang mata, tapi rasa macam dah kenal lama. Untuk ada rakan blogger yang supportive jugak sangat menyeronokkan! Terima kasih rakan-rakan! Oh.. psstt join giveaway pun menyeronokkan! hehehe 

Jadi itulah sedikit sebanyak aida kongsi kenapa aida suka berblogging! Korang macam mana pulak??

                             


Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig