LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 8 February 2018

Victoria Bridge Kuala Kangsar



๐Ÿ“ Victoria Bridge Malaysia



Kalau singgah ke Perak, tak sah kalau kome semua tak pergi ke Victoria Bridge yang terletak di Pekan Karai, Kuala Kangsar! Tempat ini ialah salah satu tempat terkenal di Perak dan sangat sesuai untuk instagrammers nak bergambar masuk instagram korang dengan hashtag #visitperak atau #iminperak #jangancakapabangtakpayung dan macam-macam lagi jenis hashtag korang boleh letak.๐Ÿ˜œ


play tourist sat!

#jangancakapsistakpayung

Aida pun dapat tahu ramai yang akan pergi ke tempat ni untuk wedding photoshoot. Jadi sesiapa yang duduk Perak ke atau nanti jodoh, dapat kahwin dengan orang Perak kan (ehem), boleh lah datang sini buat photoshoot. 


sakan bergambar dekat pintu gerbang

Cikgu Sejarah anda hari ini.
Haa ni aida nak cerita sejarah sikit pasal Victoria Bridge berdasarkan aida  tanya orang Perak sendiri dan ada baca sikit-sikit. Victoria Bridge ni dibina pada tahun 1897 dan masih kekal utuh sehingga ke hari ini. Victoria Bridge ni jugak diberi nama sempena nama Ratu Victoria yang merupakan pemerintah waktu tu di Tanah Melayu. Sebenarnya Victoria Bridge ni ialah landasan kereta api lama yang menghubungkan bandar diraja Kuala Kangsar dan jugak pernah diiktiraf oleh Sir Frank Swettenham sebagai landasan terbesar di bahagian timur luar India.

Pada tahun 2002, landasan kereta api ni dah tak digunakan sebab adanya jambatan konkrit tapi penduduk sini masih lagi gunakan jambatan ini untuk pejalan kaki atau penunggang motosikal. (Fuhh, boleh jadi cikgu sejarah ni)

Jadi apa yang aida boleh cakap, tempat ni bukan sahaja dapat buat gambar kita cantik bila bergambar. Tetapi tempat ni jugak penuh dengan sejarah Melayu yang menjadi warisan negara Malaysia yang boleh menjadi tarikan kepada pelancong terutama pelancong asing.

Jadi sesiapa yang ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah ke Victoria Bridge!


Thank you Shidah bawak kami jalan-jalan Kuale..




Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig