LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Friday, 16 February 2018

South Korea Trip: Nami Island


๐Ÿ“ Nami Island 


Dua hari lepas, 14 Febuari ialah birthday mama  dan dulu aida ada share entri pasal Pulau Nami Malaysia.. Jadi hari ni, aida masih dalam mood birthday mama, aida saja nak sembang santai pasal  my awesome trip  ke Nami Island, South Korea bersama mama tercinta! Sebenarnya masa ni ada kembar aida sekali, tetapi atas sebab tak dapat dielakkan, dia tak dapat nak join ke Nami Island. Jadi, orang lain pergi dengan suami isteri, dengan kawan atau kekasih, tetapi aida dating berdua je dengan mama. ๐Ÿ’“

Dengan mama tersayang!
Mula-mula bila nak pergi ke Nami Island, pastikan keluar rumah airbnb atau hotel awal pagi. Haaa tempat bukan dekat jadi kena lah rancang perjalanan. Kalau tak, tak sempat nak bergambar dekat Nami Island tu. Lepastu check cuaca okey tak? Nanti kang sakit pulak kena berjalan dalam hujan. Bila semua dah cun, dah boleh pergi! 

Nak pergi ke Nami Island, aida dengan mama naik feri sebab feri ialah tambang yang paling murah nak ke Nami Island! Hanya 8000 won tak silap ( itu lebih kurang RM 29 ) termasuk dengan naik feri dan entri Nami Island.

Naik feri ft kpop sunglasess tuu
Jadi bila dah sampai Nami Island, apa yang kita perlu buat? Bergambarlah! ๐Ÿ˜

Benda pertama kita nak pergi bergambar ; tipikal tourist mestilah dekat sign board dia ataupun dekat peta tempat tu. Jadi aida dengan mama pun bergambar lah dekat depan peta Nami Island sambil tengok-tengok besar mana Nami Island ni?

Nami Island ni memang besar! Bila kami datang, kebanyakan orang-orang Korea dekat sini bukan macam kita, bergambar depan peta. ๐Ÿ˜† Tapi mereka ni, berjoging! Datang Nami Island untuk bersenam. Hebat-hebat lah dia orang ni. Paling aida kagum dengan satu kumpulan ahjumma bersenam dekat sini. Tabik springg lah!

Okey done tangkap gambar depan peta!
Jadi bila jalan-jalan masuk Nami Island, kita akan jumpa banyak port cantik untuk tangkap gambar. Jadi aida nak kongsi sikit tempat-tempat yang korang boleh terjah nanti bila sampai Nami Island.  Salah satunya tempat yang ada macam gantung-gantung lampu ni. Memang cantik!

Tempat cantik di Nami Island nak tangkap gambar!
Ermm.. tak silap yang tergantung tu lampu-lampu kot.. XD
Selain dari 'lampu-lampu' ni, Nami Island pun banyak tasik, mungkin tasik buatan tapi sangat cantik dengan teratai dan jugak jambatan. Sebab masa ni aida datang waktu summer, jadi nampak hijau je pokok-pokok dihiasi pulak dengan teratai bunga indahh! Jadi, aida pun tak lepaskan peluang untuk bergambar dekat jambatan-jambatan dekat sini.

Boleh shooting filem hindustan kat sini.. Boleechuriyaa..
Selain dari itu, Nami Island ni pun ada banyak bunga-bunga cantik, statue atau patung kayu yang korang boleh rehat sebentar bersama kitkat sambil ambil gambar sebelum meneruskan perjalanan korang untuk pergi ke tempat paling cantik dekat hujung sana. Tempat paling cantik mesti hujung-hujung. Jadi kena sabar sat..

Aida dan hati bunga (Part 1)
Aida dan hati bunga (Part 2) tapi bunga sebelah ai lagi cantkk.. ๐Ÿ˜œ
Bye, ai nak berbasikal dengan hubby patung ai, alhamdullilah anak kami ikut bapaknya.
Tahukan anda?? Haaa.. siapa peminat drama korea ni, mesti tahu yang Nami Island ni sebenanrya adalah tempat castingnya drama popular korea ,'Winter Sonata' !! Jadi untuk aida yang minat kdrama ni, mestilah terlebih teruja dah sampai sini. Jadi sesiapa yang peminat kdrama macam aida, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dekat sini:

Korang boleh bergambar depan sign board ni!
Boleh jugak bergambar dekat statue famous ni!
(ai nak jad penghalang tapi cinta mereka terlalu kuat)
Boleh bergambar dengan snowman comel-comel ni!
Dan setelah jalan, jalan dan jalan akhirnya,sampai jugak tempat paling aida suka, dan tempat paling favourite bila aida datang Nami Island!  Nak ke sini, memang kena jalan jauh sikit. Tetapi for a good picture, aida dengan mama sanggup! hahaha Memang cantik dan sangat lawa dalam gambar. ๐Ÿ˜

Haaa.. ni aida nak cerita, masa dah sampai tempat ni, disebabkan kami berdua je datang, memang kena suruh orang tolong tangkapkan gambar, Jadi kami mintak seorang mak cik ni, mungkin dia dari China kot. Kami mintak dia tangkap gambar kami dan suruh ketengah sikit. Agaknya tak faham kot, dan hasilnya gambar tu senget. hahaha.. mula-mula sedih jugak tapi tak apalah, thank you mak cik!

Inilah gambar senget kami. ๐Ÿ˜‚
Masa ni jugak, memang ramai orang, jadi nak dapat gambar lawa memang kena cepat supaya tak nampak orang lain dekat belakang kita. Tapi sedih, masa time aida nak tangkap gambar, ramai dah orang dekat belakang aida. Tapi aida berjaya hasilkan gambar cantik untuk mama! Boleh jadi professional photographer tak? ๐Ÿ˜†

Talent : mama tersayang
๐Ÿ“ธ: sharifah aida hana
(boleh pm ye siapa nak hired aida, hoho)
Nami Island ni pun terkenal dengan kecantikan 4 musim dia. Masa aida pergi ni tengah summer, jadi hajat di hati in shaa Allah ada rezeki nak jugak jejakkan kaki ke sini masa musim yang lain, macam winter ke, autumn ke atau spring. Mesti cantik jugak!

Aida memang tak akan lupa kenangan datang tempat ni, dan jugak kenangan bersama dengan mama aida. Mama aida pun jenis suka travel dan bergambar, jadi memang macam berjalan dengan bestfriend. Hehehe. Nanti kita jalan lagi ye maa..  ๐Ÿ˜˜

Okey, ini ialah salah satu tempat aida pergi di South Korea! Nanti aida cerita lagi. ๐Ÿ˜Š

Nanti kita dating lagi mamaa.. 





Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig