LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 22 February 2018

South Korea Trip : FREE Hanbok Fitting!


Kalau pergi bercuti ke South Korea, tak akan lengkap kalau kita tak pakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok! Selalu kita dengar cerita, sesiapa yang nak pergi ke South Korea perlu sewa Hanbok tetapi kali ni aida nak bagitahu pengalaman aida dapat pakai Hanbok FREE OF CHARGE sahaja!!

Annyeonghaseyo!
Free fitting Hanbok ni ada di Cheonggyecheon Korea Tourism Centre atau dikenali sebagai KTO TIC! Dekat sini, korang boleh pilih mana je Hanbok yang korang berkenan dan pakai berapa lama yang korang suka. Korang jugak boleh bawak keluar hanbok dari bangunan untuk tangkap gambar outdoor. Memang best dan FREE!

Disini ada pelbagai jenis Hanbok kita boleh cuba. Ada untuk lelaki, untuk perempuan, untuk kanak-kanak pun ada jugak! Kita pun boleh pilih warna hanbok yang kita betul-betul suka dan selesa. Kita nak pakai eksesori pun ada disediakan. Contohnya seperti topi bagi lelaki, pin rambut atau beg tangan tradisional Korea.

Cari signbord ni untuk ke tempat ni!

Peluang mencuba Hanbok!

Pelbagai hanbok boleh cuba di sini!
Bagaimana untuk ke  Cheonggyecheon Korea Tourism Centre atau KTO TIC? Korang boleh pergi ke website utama ↩ dia ni atau KTO ni ↩ untuk tengok peta dan stesen yang perlu naik ke tempat ni. Sebenarnya ada 3 stesen untuk sampai ke tempat ni, jadi korang boleh pilih mana yang bersesuaian.

Masa ni, aida tak sempat nak bergambar dekat luar sebab aida berkejar ke tempat lain. Jadi aida sempat bergambar dalam studio je. Tapi apa pun, alhamdullilah dapat jugak merasa pakai pakaian tradisional Korea. In shaa Allah, mungkin next time? 

Jadi, bila korang datang ke South Korea, jangan lupa untuk datang ke Cheonggyecheon Korea Tourism Centre untuk cuba Hanbok secara percuma! 

Tua dan muda boleh cuba Hanbok disini!


Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig