LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 12 February 2018

R.I.P Little Snowa


Kisah hari ni ialah kisah sedih.
Apa yang berlaku? 
Aida sebagai orang yang selalu menjaga, bagi makan, 
kemaskan tempat dia yakk atau cingg, setiap hari tengok dia ni. 
Dan akhirnya dia pergi. ๐Ÿ˜ข

Aida dan Snowa!
Hari ni, aida ingat nak abadikan Snowa dalam blog aida sebab snowa pun part of my family jugak. Cerita dia mula-mula mak kepada Snowa ni ialah kucing luar yang selalu datang rumah aida untuk makan. Dulu mak snowa pernah lahirkan anak, tapi yang tak bestnya, mak kucing ni tak pandai jaga anak-anak dia. Tak bagi susu, main tinggalkan je anak dia sampai semua mati. 

Jadi yang ni ialah kali kedua mak kucing ni (kita orang panggil dia Chiki) bunting dan lahirkan anak. Jadi aida dengan mama aida tak sampai hati tengok anak-anak kucing ni lapar susu pastu mati. Jadi kami kurung Chiki dengan anak-anak dia dalam satu sangkar besar. Alhamdullilah mula-mula Chiki bagi susu, tapi lama-lama mak dia pun tak kisah kan anak dia. Siap kuis dengan pijak anak lagi tu. SMH. ๐Ÿ™€

Lama-lama bila dalam sangkar, tengok-tengok dua ekor anak dia dah mati. Jadi tinggal dua ekor je lagi. Sebab takut mati jugak anak dia yang lain, kita orang keluarkan mak dia dan tinggal anak dia je. Dekat sini silap aida. Masa ni aida tengok macam semua dah putus susu, dah boleh makan sendiri. Tengok berselera je. Tetapi rupa-rupanya anak kucing ni boleh jadi TAK PANDAI MINUM AIR.


Pergi klinik sebab nampaak Snowa macam tak larat je..

Satu hari nampak Snowa macam tak bermaya. Makan tak nak, minum pun dia tak ambil sebab tak pandai minum.  Jadi aida bawak dia ke klinik dan doktor bagitahu

"kucing ni tak cukup air, lagi-lagi vitamin susu ni perlu untuk anak kucing.. mak dia tak jaga ke?"

"Tak doktor.. mak dia tak bertanggugjawab.."

Jadi doktor tu pun cucuk masuk air dalam badan Snowa dan bagi vitamin sikit. Doktor pun pesan untuk bagi minum susu dekat Snowa. Jadi sejak hari tu, aida akan suapkan susu dekat dia. Kepada semua yang jaga anak kucing, make sure pakai shringe kecik je dan bagi susu perlahan-lahan dan usap bawah tengkuk kucing tu, untuk bagi susu dapat flow dengan tenang. Kalau tak, boleh tercekik atau termuntah kucing tu.

Sentiasa bagi susu dekat Snowa! Lepas ni dah tak dah.. TT
Tapi sedih, akhirnya Snowa pergi jugak. Tak sempat lagi merasa jadi kucing dewasa. Tetapi tak apa, inilah satu cabaran kepada pecinta kucing dan seorang tuan yang banyak pelihara kucing. Bila kucing mati, kita akan menangis paling teruk. Aida rasa kawasan rumah aida dah banyak dah kubur kucing. Dan hari ni perginya seekor Snowa yang kecil comel.

Masa ni, nangis paling teruk TT


Bye Snowa! RIP ( January 2018-12 February 2018)
Apepun aida happy dapat main, bermanja, bergambar dan jaga Snowa walaupun sekejap. 


Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig