LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Friday, 9 February 2018

Review: Yamadakun and The Seven Witches (Manga/Anime)


Assalamualaikum dan hai semua. Lama tak review manga! Bukan buah manga tapi komik. hehehe Okey aida nak review satu manga ni yang sangat best! Siapa peminat manga atau anime boleh try tengok cerita ni!





Ni koleksi komik Yamadakun and the 7 Witches

Nama cerita ni ialah Yamadakun and The 7 Witches. Cerita ni mengisahkan tentang percintaan budak sekolah, super natural dan banyak unsur komedi jugak. Jadi tak buhsan lah nak baca atau tengok cerita ni.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki ni, nama dia Yamada dan satu hari bila dia bangun tidur dia dapat tahu dia dalam badan seorang perempuan di sekolahnya, Shiraishi Urara. Yang lawaknya, dia berada dalam badan seorang perempuan yang sangat lembut dan rajin belajar dalam kelas. Yamada ni pulak sangat berbeza, seorang yang tak suka belajar dan selalu cari masalah dekat sekolah. Jadi dia orang cuba untuk cari sebab kenapa dia orang boleh bertukar badan semua dan rupanya dia orang tertukar badan disebabkan ciuman yang tak disengajakan masa jatuh tangga. Haaaa.. jadi kejadian tu jugak membawa dia orang kepada rahsia 7 identiti witches di sekolah dia orang. Nak tahu apa kelebihan witches tu, atau nak tahu apa kene mengena Yamada dengan 7 sihir tu, jadi kenalah baca dan tengok cerita ni!

Cerita ni sangat best, lawak, comel, romantik dan banyak lah rasa. Berita baik dia, manga dia dah habis dah , so korang tak perlu tunggu nak tahu ending.Semuanya ada 247 chapters. Anime dia, aida tak pasti pulak dah habis ke belum tetapi aida ada tengok season 1 dia, serius best sangat dan ost dia pun best!

Ost dia best sangat! ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡



 Kalau nak baca cerita ni boleh klik sini. Korang tak perlu tunggu buku, boleh baca online dah sekarang! Jadi ini ialah salah satu manga yang aida suka and highly recommended! hehe ๐Ÿ˜Š
Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig