LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Tuesday, 13 February 2018

Review: One Punch Man (Manga/Anime)


Kepada sesiapa yang suka shounen (action-filled plots) manga atau anime, One Punch Man ni adalah cerita yang korang takkan lepaskan!!





Cerita ni, manga dan juga anime masih lagi ongoing. So sempat lagi nak kejar. hahaha kalau setakat hari ini, manganya masih lagi chapter 84 dan anime masih lagi season 1, dan katanya season 2 akan keluar tahun 2018 ni! Tak sabar!!

One Punch Man ni mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Saitama yang boleh bunuh monster atau orang jahat hanya dengan ONE PUNCH je. Tu haa orang duk sebut One Punch Man tu. Saitama ni  bercita-cita nak jadi superhero sepenuh masa dan dia dah banyak tolong orang. Tapi orang tak pernah kenal dia masa dia jadi superhero for fun. Sebab apa? Sebab si Saitama ni tak daftar dekat Hero Association. Siapa yang daftar dekat organisasi tu akan dikitiraf sebagai superhero dan paling best akan diranking based on berapa banyak monster atau villian dah dikerjakan. Hero-hero di organisasi ni pun ada ranking popular dikalangan citizen. Saitama ni jugak mula ada satu benda pelik berlaku dekat diri dia. Sebab dia terlalu kuat, Saitama jadi tak ada perasaan takut atau puas bila berlawan dengan villians. Itu jugak salah satu sebab dia nak masuk organisasi tu.

Ni trailer! ๐Ÿ‘‡



Cerita dia jadi best sebab, semua orang tak tahu hebatnya Saitama ni sebab dia botak (ni pun ada sebab dia boleh jadi botak, haha), dah muka macam bukan muka superhero je, lepastu macam asyik main-main, macam tak serius. Tapi muka ni lah superhero hebat sebenarnya. Cuma kawan dia Genos je perasan kehebatan Saitama sampai nak jadikan dia 'master'. Cerita dia ni berkembang menjadi lebih hebat bila, Saitama ni mula dikenali rakyat dan juga hero-hero lain terutama 'hero S- Rank' (kena baca baru tahu siapa ni.,) tapi bukan sebagai superhero tetapi sebagai superhero yang ambil kesempatan terhadap superhero lain untuk naikkan rangking dia. Jadi apa yang Saitama buat bila jadi macam ni? Haa tu kena baca.

Kenapa aida suka sangat cerita ni? Cerita OPM ni bukan macam cerita-cerita shounen yang lain, macam Naruto atau Bleach tapi OPM ni lebih kepada double meaning iaitu banyak pengajaran dan juga motivasi dalam cerita ni dan of course JOKE dia! Serius JOKE dia memang superb! Memang aida pun gelak memang berdekah je baca manga dia. Siapa layan, mesti akan tahu ayat-ayat famous dari Saitama. 


Siapa tengok mesti berdekah bila Saitama bagi jawapan ni!

Benda serius pun dia akan jawap OK! Aduhh Saitama ni.

Dan yang palimg favourite line dalam cerita ni yang aida suka ialah: 


Sampai sekarang, aida suka ayat ni, korang akan lebih tahu apa maksud saitama bila korang baca manga dia atau tengok cerita dia! Hehehe.. OPM ialah anime baru yang aida paling suka setakat ni. Jadi siapa anime fans, tengok lah cerita ni!

Aida bagi 5 bintang!



Nah seperti biasa aida belanja OST dia yang aida suka!! Lagu dia cam rock-rock sikit tapi best nak buat lagu semangat. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ˜





Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig