LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Wednesday, 7 February 2018

Pnut Dah Kahwin! (Part 2)


3/2/2018


Ini ialah tarikh majlis kenduri  Pnut dan Mus di sebelah pihak perempuan dekat Parit Buntar. Hari tu berlangsungnya akad nikah (boleh baca kat sini siapa tak baca lagi tuu) dan tibalah masa pulak majlis kendurinya. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan pengantin tersangat lah cantik!
Sama lawa, sama padan bak hang!

aihhh segaknya depa!

Ini jugak ialah tarikh dimana aida buat pertama kalinya menjadi bridesmaids atau lebih hipster disebut 'The Dulang Girls!' 

The Dulang Girls beraksi!

Mula-mulanya cerita dia, pnut tak buat pun bridesmaids ni. Tapi disebabkan kami ni kawan rapat pnut dan pernah pulak jadi roomate pnut dulu, so kami ambil keputusan untuk berpakat pakai baju warna sama. Nak jugak merasa jadi bidesmaid masa hari bahagia pnut ni. Sweet tak kami? hahaha

Bila bagitahu plan kami yang kami nak pakai baju warna sama semua, pnut terharu sangat-sangat dan dialah orang yang paling gembira sekali. Jadi, kita orang rancang untuk pakai baju yang semua orang ada dan kita tak perlu risau sangat pasal warna baju. Dan paling penting tak perlu keluarkan duit. Jadi boleh je nak save budget even ada bridesmaid. Jadi of course kami pilih HITAM! ๐Ÿ˜Ž Jadi kami pakat nak pakai baju warna hitam dan pakai tudung pink.

Kami tengah bergambar, pengantin dok sweet-sweet pulak kat tengah. ๐Ÿ˜

"Okey semua pandang pengantin! " kata photogrpaher itu

Tujuan kita orang nak jadi bridesmaid pun bukan sebab kami nak ikut trend sangat.Pnut pun tak ada plan pun nak buat bridesmaid. Ini cuma suka-suka je.Cuma kami nak pnut tahu kami ni ada masa hari bahagia dia. Bonus dia jugak, gambar mesti lawa bila semua member kita pakai sama kan? Nak jadi special sikit.


Pink ladies gituu..

Freestyle kita nganga mulut sikit!

Tapi tak boleh kalahkan pengantin. Pengantin pun tersangatlah cantik masa majlis. MasyaAllah! Pnut sangat cantik pakai gaun warna golden mustard dengan make up yang sangat sesusai dengan muka Pnut. Uishh.. Pnut memang nampak macam seorang puteri waktu tu dan mus pun nampak macam putera raja! *ikhlas ni tapi p/s: kena belanja makan, dah puji melambung niee, hahaha

Tapi apapun , Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar. Muka Pnut dengan Mus pun berseri-seri. Seri pengantin katakan. Aida dengan mus dan pnut, dah berkawan lama. Jadi aida tahu naik turunya hubungan dia orang, tapi akhirnya diaorang ke jenjang pelamin. Aida mestilah gembira! Tak sabar untuk aida nak tengok pnut dan mus junior. Apepun seperti biasa aida akan tetap doa kebahagiaan mereka berdua.

Jadi melalui cerita cinta dua orang ni, aida boleh katakan mencari jodoh memang perlu usaha dan jangan berputus asa. Memang betul, bila kita nak kahwin, lagi-lagi bila dah bertunang memang akan ada banyak ujian tapi kita kena sentiasa bersabar. Haa macam kawan aida.  Dah kahwin pun! Alhamdullilah.


Princess of the day!

" Aucakkk" kata mus sambil memandang sayang kepada pnut. Ehem!
Nah aida belanja sikit outdoor photoshoot dia orang. Ni kawan aida sendiri dan jugak roomate aida masa zaman diploma yang tangkap gambar! Boleh lah nanti usya instagram dia kalau rasa nak photographer perempuan kan. Baru rasa tak kekok nak posing. Ni instagram owner dia, @hannanaaziz dan ni pulak instagram  koleksi photography dia , @hannanazizphotography.

  Okey itu sahaja. Sekian cerita pnut dah kahwin! Okey, next?? ๐Ÿ˜‰




Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig