LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Tuesday, 6 February 2018

Pnut Dah Kahwin! (Part 1)


2/2/2018


Tarikh dimana kawan rapat aida masa zaman diploma dah kahwin weyhh!! TT Kawan rapat aida ni namanya Nor Shafinas binti Rosli tapi lebih mesra dipanggil PNUT!



Kenapa aida nak cerita pasal pnut ni? 

Jawapannya: Sesiapa yang mengenali diri aida ni dan jugak pnut, of course akan tahu kat kolej aida dengan pnut ni tersangatlah rapat! Pnut ni bukan sahaja kawan rapat, dia ni BedMate (Tidur gabung katil masa asrama dulu), Roomate, Classmate, Sub exco aida dulu, banyak jadi groupmate assignment, banyak wat kerja pair dengan dia. Teman makan masa dekat cafe, teman lepak, teman gosip, teman pergi tandas, teman pillowtalk dan macam-macam lagi. So memang aida lah menjadi salah seorang insan yang terlampau happy bila dapat tahu dia dah nak kahwin! Lagi-lagi bila suami dia tu, aida kenal dan jugak rapat. Kiranya zaman kolej aida boleh dikatakan banyak jadi orang tengah bila dua orang ni bergaduh. hahaha Lagi-lagi bila suami dia ni, Mustaqim sambung study dekat Adelaide jugak!

Jadi mestilah kena cerita! ๐Ÿ’

Jadi majlis akad nikah diadakan di perak dan waktu tu aida tak kisah, sanggup travel jauh dari melaka demi hari yang bermakna buat salah seorang teman rapat aida. Jadi aida pakat dengan salah seorang kawan aida ni, meera untuk pergi Parit Buntar sama-sama. 

Kita flashback sikit, Meera ni berkawan dengan Pnut masa di MRSM Balik Pulau dan aida kenal Meera pulak masa kita sama-sama di MRSM TGB. (Buat pengetahuan semua MRSM TGB ni hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5, jadi Meera dapat masuk TGB selepas PMR) Jadi, masa aida masuk KPMIM lepas SPM, aida rapat pulak dengan Pnut ni. Jadi kami ni memang rapat bersama. Tak sangka kawan baik kami ialah orang yang sama. Betul lah kata orang, kawan satu kepala ni susah nak pisah. hahaha

Jadi aida dengan meera tolak bersama ke Parit Buntar, tapi kami singgah sekejap di Kuala Kangsar. Masa kat sini aida kenal Shidah pulak~ kawan diploma meera. (Kawan Baru yeeahh!) Nanti aida share apa kami buat di Kuala Kangsar ye. First time weyh jejak kuale..

Macam biasa kita orang sampai awal sebab member rapat kan, jadi kita orang follow lah pnut pergi fitting dengan make up! Aida pun jumpa jugak ex roomate lama dulu, Hannan dengan Iqa. Rindu sangat lama tak jumpa dia orang!


Excited tengok barang make up.. hahaha

Tunggu pnut siap mekap!
Setelah lama menunggu akhirnya dah siap. Cantik sangat pnut! First time tengok pnut dengan baju kahwin dengan lepas make up nya, adoi masa ni tak nangis lagi cuma rasa macam tak percaya dah nak kahwin kawan aida ni.

Sebelum make up!
Selepas make up!


She is so adorable! ๐Ÿ˜

Aida betul-betul menangis masa mus lafazkan akad nikah. I pulak yang menagis, rasa cam pengantin uolss. hahaha tapi aida menangis sebab ye lah dengan akad tu, mus dah sah menjadi suami pnut and status pnut bertukar menjadi isteri orang! Jadi, boleh kata aida ni, kawan yang menangis lah dekat bestfriend dia punya wedding. ๐Ÿ˜†

Nampak nervous je mus?hehehe


Alhamdullilah, mus berjaya melafazkan akad nikah dan sah bergelar suami kepada Nor Shafinas. Time ni, aida terus lari ke Pnut dan peluk dia. Nangis jugak sebab aida tahu penantian pnut selama ni dah terjawab. Alhamdullilah.

Bersama dengan pnut dan mus! Tahniah korang!


Apepun aida happy untuk mereka berdua. Aida cuma doakan semoga masjid yang dibina kekal dan diredhai Allah. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu dan in shaa Allah sehingga ke Jannah! Amin in shaa Allah.

I'm really happy for both of you! ๐Ÿ˜Š



Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig