LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Saturday, 10 February 2018

International Students Awards 2017 by StudyAdelaide


Malam semalam aida , dengan kawan lama berborak panjang. Lama dah tak berborak jadi macam-macam cerita keluar. Biasalah tu.. Tiba-tiba member aida ni tanya.

"Weyyyh kau dapat award kan dekat Adelaide!!? Tahniah!!" 

Thank you babe! *kiss sikit.. jadi aida macam tetiba teringat salah satu pengalaman yang aida tak boleh nak lupa jugak. Dapat menang International Students Awards 2017 yang dianjurkan oleh Study Adelaide. Alhamdullilah.. Jadi jom aida throwback sikit.

International Students Awards 2017: Community Engagement (Highly Commended)

Jadi cerita dia mula-mula, aida masa start belajar dekat Adelaide pada Julai 2016, aida tak tahu lagi pasal semua ni. Masih berjinak-jinak dengan tempat orang, dan aida baru tahu pasal satu organisasi StudyAdelaide ni. Masa tu jugak aida pun baru dapat tahu pasal International Students Awards 2016, dan aida macam tertariklah dan mulalah berangan.. "kan best aku dapat award gak??"  Haaaa masa tu lah aida dah tanam dalam diri nak join gak. Tapi jujur lepas tu aida lupa terus pasal award ni. Hahaha. ye lah sibuk dengan kelasnya, dengan assignmentnya jadi award tu memang aida lupa terus.

Lepastu, awal bulan Julai 2017 tiba-tiba StudyAdelaide tulis kat website dia dan jugak dekat facebook yang akan ada International Students Awards 2017 dan penamaan calon dah dibuka. Boleh lah korang nak tengok dekat sini. Masa tu, zupppp terus teringat angan-angan masa mula-mula sampai Adelaide. Ape lagi, aida terus tekan link dan aida cuba. Dia ada banyak kategori, dan kita boleh calonkan diri dekat mana-mana kategori yang kita nak, dan kita boleh masuk kategori lebih dari satu.

Click gambar nak tengok kategori yang diberikan!

Masa aida mula-mula tengok kategori, ada sports, academic,art and culture achievement dan paling best Interntional Student of The Year 2017. Perghh masa ni aida macam fikir, "Aduh macam tak layak ni..haha" Masa tu aida macam buat keputusan, baik aku join satu kategori yang aku rasa boleh promote diri tulis banyak-banyak sikit. Hahaha.. Jadi aida pun join satu kategori ni, "Community Engagement Award"

Kenapa aida pilih kategori ni? Sebab hampir setahun lebih aida duduk dekat Adelaide, jadi aida perasan aida banyak join volunteering. Aida memang suka join semua tu sebab dari situ aida dapat kenal orang, dapat lepaskan diri jap dari assignment yang bertimbun. Jadi aida fikir ada chance ni, kalau aida join kategori ni.

Aida pun mulalah tulis-tulis apa yang dia nak, bagitahu ape volunteering yang aida dah masuk dan aida kena bagitahu apa yang aida dapat melalui join volunteering ni. Haa masa ni ayat memang kena manis habis kalah gulalah, nak promote diri kan? Yang menakutkan, dia tanya jugak CGPA kita sebab nak make sure kita join banyak-banyak volunteering ni mengaggu tak study kita. Siap tanya siapa referee kita bahagian akademik lagi. Ye lahh.. takut tipu CGPA.

Aida pun hantar, dan dapat emel dari pihak studyadelaide yang awal bulan 10 dia akan bagitahu keputusan. Yang tak berjaya pun dia akan bagitahu. Jadi tarikh tutup dia 1 Sepetember 2017, masa tarikh tutup tu lah aida baru hantar.. hahaha saja lambat-lambat nak betul-betul puas baru hantar. Jadi diaorang ambil masa sebulan untuk tengok-tengok 'resume' kita tu. Sebelum Oktober tu jugak aida dapat emel yang akan ada orang call nak buat interview sikit. Perghh. kecut weyh! Tapi aida jawab je lah kan.. Lagi sekali promote diri kalah gula tapi kali ni kena bercakap. Dah selesai yang tu, jadi masa dan hari pun berlalu

Akhirnya!! Tibalah masa dapat emel!


Bila dapat emel ni, sujud syukur dan rasa happy sangat sebab benda ni aida tak jangka pun. Lagi-lagi bila masa interview tu aida ada tanya pihak dia berapa ramai participant and dia jawab beratus jugak. So, aida rasa sangat bersyukur. Alhamdullilah. Jadi 20 Oktober 2017, aida ajak housemates aida pergi ke Goverment House untuk ambil anugerah. Thank you korang sudi datang!


Jalan red carpet dulu sebelum terima award.

Minum jus je boleh erh.. bukan wine hahaha


Masa dia nak umumkan aida untuk naik pentas dan dapat award, nama "Sharifah Aida Hana Syed Osman Abadi" tu dipanggil, kawan aida cerita semua pandang sesama sendiri sambil tepuk tangan sebab panjangnya lah nama. Mana satu entah first name, hahaha. Award diberikan oleh the Honourable Hieu Van Le AC, Governor of South Australia


 Bersama dengan Governer South Australia, Hieu Van Le AC


Bersama para pemenang!

Psssstt.. Perempuan yang duduk tengah pakai baju purple tu dapat International Student of the Year!


Masa bergambar ni, penuh kamera depan mata. Rasa cam retis jap.. hahahaha. Apapun pengalaman yang tak dapat dilupakan. Cerita aida juga dah difeature dalam website rasmi StudyAdelaide. Ada kat sini kalau nak baca! Rasa happy dan tak sangka pun ada. 

Lagi satu untuk pengetahuan semua, goverment house ni jarang dibuka, memang dia akan buka bila ada event je dan cuma orang yang ada invitation card je boleh masuk. Jadi ni lagi satu aida rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang macam ni.

Aida jugak terharu sebab kawan-kawan aida datang terutama housemate yang disayangi. Walaupun penat dengan kelas dan assignment semua, mereka sanggup datang tengok aida dapat award. Terima kasih MaaHomies (Ni nama rumah kami, hehe) 


Bersama MaaHomies! 


With Alin and Myja!


Depan Goverment House! (p/s: bukan ngantuk erh)

Sempat lagi bergambar depan goverment house. hihi


Aida jugak nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada StudyAdelaide kerana beri aida peluang untuk terlibat menjadi peserta secara tidak langsung mendapat award lagi. Terima kasih! 

Dekat sini aida nak ajak ramai-ramai untuk jangan takut untuk cuba benda baru. Kadang-kadang kita tak sedar perkara itu dapat bawak kita menjadi lebih berjaya. Pesanan untuk semua yang masih lagi belajar, jangan segan, jangan takut untuk masuk mana-mana anugerah atau pertandingan. Masa ni lah korang nak kumpul banyak-banyak kejayaan untuk resume korang nanti lagi-lagi korang akan ada pengalaman yang sangat banyak.

Bukan untuk yang sedang belajar je, pekerja pun boleh! Mesti ada dekat tempat kerja, employee of the month atau Anugerah Pendidik Terbilang 2018 dan macam-macam lagi. Yang bekerja pun boleh join, bukan untuk sesiapa pun tapi untuk diri sendiri jugak nanti. Sentiasa capai perkara yang terbaik untuk diri sendiri. Macam aida cakap, BE THE BEST VERSION OF YOURSELF. ๐Ÿ˜Š


Thank you StudyAdelaide! ๐Ÿ’—
Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig