LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 5 February 2018

Cerita Inspirasi : Dua Nelayan




Satu hari, ada dua orang nelayan yang baru sahaja berkenalan ingin pergi meluangkan masa pergi  memancing ikan bersama-sama. Mereka pun membuat keputusan ingin memancing ikan di kolam  yang terbiar berdekatan dengan kampung mereka. Kedua-dua nelayan itu berasa amat teruja dan tak sabar untuk masak dan memakan ikan yang segar selepas memancing.

Kedua-dua nelayan itu sudah siap sedia segala bahan dan kelengkapan untuk pergi menangkap ikan. Setelah mereka tiba ke tempat tersebut, mereka mula mencari tempat yang selesa dan mula memancing ikan.

Setelah beberapa minit, nelayan yang pertama berjaya menangkap ikan yang sangat cantik dan besar. Dia meletakkan ikan besar itu ke dalam kotak ais untuk mengekalkan kesegarannya. Nelayan yang pertama tak sabar untuk memasak ikan itu tengahari nanti. Kemudian, nelayan yang pertama hanya mendapat ikan-ikan yang kecil sahaja dan tidak sebesar ikan yang ditangkap tadi.

Setelah 1 jam memancing,nelayan pertama ingin membantu nelayan yang kedua untuk memancing tetapi ditolak oleh nelayan yang kedua. Tidak berapa lama kemudian, nelayan yang kedua berjaya menangkap ikan yang sangat besar. Lebih besar dari ikan yang ditangkap oleh nelayan yang pertama tadi. Tetapi, nelayan kedua hanya melepaskanya kembali ke dalam kolam. Nelayan pertama terkejut dan hairan dengan perilaku nelayan yang kedua itu tetapi dia hanya mendiamkan diri.

Setelah beberapa kali nelayan yang kedua menadapat ikan yang besar tetapi dilepaskanya, nelayan yang pertama menjadi hairan dan mula merasa jengkel. Dia mula bertanya kepada nelayan yang kedua.

“Kenapa kau buang balik ikan-ikan tu semua dalam kolam? Besar-besar dengan cantik kot ikan kau tangkap!”

Nelayan yang kedua pun menjawab

“Aku tahu ikan-ikan tu besar, tapi aku tak ada kuali yang besar untuk ikan-ikan tu. Jadi aku tengah mencari ikan yang boleh muat dekat kuali aku.”

Nelayan yang pertama terkejut dengan jawapan yang diberikan. Dia menasihati nelayan yang kedua itu untuk potong sahaja ikan-ikan besar tadi sehingga dapat muat ke dalam kuali kecilnya.

๐ŸŸ๐Ÿ ๐ŸŸ๐Ÿ ๐ŸŸ๐Ÿ 

Banyak dari kita sebenarnya seperti nelayan yang kedua. Kita selalu terlepas pandang atau tidak perasan kepada peluang cerah yang datang kerana kita terlalu leka dan hanya tertumpu kepada perkara yang kita nak tengok sahaja. Kita kadang-kadang terlalu selesa dekat 'comfort zone' yang kita ada. Sebenarnya kita perlu belajar untuk menangkap segala peluang yang datang dan usahakan biar peluang ini dapat membuatkan hidup kita lebih berjaya dan lebih hebat dari sebelumnya.

 In shaa Allah.. ๐Ÿ˜Š





Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig