LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Wednesday, 7 February 2018

Cerita Inspirasi : Ais Krim 50 sen




* Kisah berlaku ketika harga ais krim masih lagi murah ketika itu.

Kisah bermula ketika seorang orang tua yang tiada tempat tinggal dalam lingkungan 60 an datang masuk ke dalam restoran  dan duduk di meja untuk pesan makanan. Pak cik itu sudah biasa datang ke restoran tersebut untuk membeli makanan menggunakan hasil duit sedekah dari orang ramai yang lalu-lalang. Satu pelayan restoran datang dengan muka masam dan meletakkan segelas air di hadapan orang tua tersebut dan mula mengambil pesanan.

"nak... berapa satu ais krim cokelat special ni?"

" Seringgit pak cik," jawab pelayan itu acuh tak acuh

Pak cik tua itu menarik keluar tangan dari sakunya dan mula mengira duit yang ada. Lama dia mengira. Dia juga tidak habis-habis lagi membelek menu di atas meja.

"Berapa pulak harga ais krim biasa"?  tiba-tiba orang tua itu bertanya.

Pelayan itu mula berasa marah kerana orang tua itu masih lagi bertanya. Ada sahaja menu di depanya untuk tengok harga tetapi orang tua itu masih lagi bertanya soalan kepadanya. Kafe pulak semakin ramai orang ketika itu.

"50 sen pak cik!" jawab pelayan itu dengan sedikit nada marah dan kasar.

Orang tua itu mengira lagi sekali duit syillingnya. "Saya akan ambil ais krim biasa ye." kata orang tua tersebut.

Pelayan tadi membawa ais krim, meletakkan bil di atas meja dan berjalan pergi. Orang tua itu pun selesai memakan ais krim terus membayar di kaunter bayaran dan kemudian meninggalkan restoran tersebut. Ketika ingin mengemas sebelum tutup restoran, pelayan tadi balik semula ke meja orang tua tersebut dan tiba-tiba dia mula menangis.

Terdapat beberapa duit syiling beharga  RM 1.50  diselit dibawah pinggan kosong di situ dan terdapat juga satu nota kecil.



" Nah RM 1.50 buat belanja ye dan jangan lepaskan semua kerja dekat diri sendiri nak. Ramai lagi pekerja dalam restoran ni, bukan semua anak kena buat sendiri, :)"



Pak cik itu sanggup tidak makan ais krim cokelat special itu kerana ingin memberi semua duitnya yang dia dapat tadi sebagai tip kepada pelayan itu. Rupa-rupanyanya juga pak cik itu kerap memerhati pelayan itu yang sering membuat semua kerja dengan sendirinya di kafe tersebut.  Rakan sekerjanya yang lain hanya melepaskan semua tanggungjawap kepadanya. Mereka curi tulang dan tidak serajin pelayan tersebut. Jadi pak cik tua itu nak pelayan itu berehat sekejap di tempatnya tadi. 

๐Ÿฆ๐Ÿฆ๐Ÿฆ๐Ÿฆ๐Ÿฆ

Kita sering menjadi seperti pelayan itu. Kita terlalu berfikiran negetif terhadap seseorang apabila dia berpakaian tidak elok atau berpenampilan tidak menarik, sehingga kita tidak tahu, mungkin seseorang itu lah yang akan ada bila kita sedang dalam kesusahan. Luaran mungkin dapat meninggalkan 'first impression' yang kuat tapi tidak bermakna luaran akan mencerminkan dalaman. Jangan lah kita hanya menilai seseorang hanya dari luaran tapi kenalilah mereka dari dalam hatinya. ๐Ÿ’™
Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig