LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Wednesday, 14 February 2018

Happy Birthday Mama & Aboh!


7 Febuari & 14 Febuari 


Tarikh lahirnya dua insan yang aida sangat sayang dan akan sentiasa sayang sehingga ke syurga. 
In shaa Allah.. Happy Birthday Syed Osman Abadi dan Wan Rohila.

My King and Queen!
Aida doakan kedua-dua kesayangan aida ni, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, berjaya dunia akhirat dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Amin.. Amin.. in shaa Allah..


رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا


Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.


Sweetnya.. 😉
Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kita semua pasti melalui banyak pasang surut, satu-satunya orang yang berdiri dan akan tetap berdiri di hadapan kita adalah ibu bapa kita. Secara kita tidak sedar, terdapat banyak hubungan yang kita ada dalam kehidupan kita, tetapi hanya satu hubungan yang kita yakin kekal in shaa Allah, sehingga nafas terakhir kita dan hubungan itu adalah apa yang kita kongsi dengan ibu bapa kita.

Ibu bapa adalah satu-satunya orang yang tidak melangkah pergi ketika kita memerlukannya dan mereka sentiasa ada untuk kita tidak kira betapa sukarnya keadaan. Inilah satu-satunya hubungan yang boleh kita harapkan. Sebab tu kalau perasan, walaupun kita dah dewasa, kahwin dan ada anak sendiri, bila kita ada masalah atau tengah buntu, mesti kita akan balik kampung atau balik rumah mak ayah kita. Perkara ni normal kepada hati semua manusia. 

Jadi aida pada hari bahagia mama ni, aida nak mengucapkan terima kasih kepada mama aida kerana mama banyak berkorban dan menjalani perjalanan yang menyakitkan untuk membesarkan aida dan adik-beradik yang lain. Di sebalik setiap orang yang berjaya terdapat seorang ibu yang sentiasa bersedia untuk mengorbankan apa sahaja untuk melihat anaknya bahagia. Seorang ibu adalah seorang yang  sangat kuat dengan mengalami banyak kesakitan dan mengorbankan darahnya sendiri untuk melahirkan kita.

Aida nampak semua ni dekat diri mama. Sejak kecil sehingga aida sekarang, mama tak pernah berhenti bagi sokongan, marah aida, rotan aida sampai aida jadi manusia sekarang yang tahu mana baik mana buruk. Terima kasih mama. I love you so much!💓

Bersama mama tercinta!
Camera kat lain pandang tempat lain aida nie.. hahaha
Kemudian, insan yang sentiasa  menyokong aida dan mengajar aida menangani situasi sulit dalam hidup adalah aboh aida. Aboh adalah satu-satunya lelaki yang sentiasa cuba menaikkan potensi diri dari dalam diri aida dan bukannya menindas aida apabila aida gagal. Aboh sentiasa menyokong  aida dalam segala hal, sama ada sokongan mental atau sokongan kewangan. Aboh adalah lelaki yang aida betul-betul percaya setiap satu saat dalam hidup aida. Aboh selalu bertindak sebagai perisai apabila aida memerlukan perlindungan daripada menghadapi keadaan yang sukar dalam hidup aida. I love you so much aboh! 💕

Bersama aboh masa zaman aida selekeh dulu!
Mesti kita berasa selamat apabila kita bersama ibu bapa kita kan? Aida pun sentiasa rasa disayangi dan dilindungi oleh mereka. Alhamdullilah aida masih lagi dikurniakan kedua ibu bapa sehingga sekarang. Aida cuma berharap sempatlah aida untuk balas jasa kedua-dua insan ini. In shaa Allah.. Amin..

Namu ada sedihnya, tidak ramai dari saudara kita mempunyai peluang seperti ini dan mungkin mereka dapat menjelaskan betapa pentingnya ibu bapa jauh lebih baik daripada aida sendiri. Aida akan mendoakan supaya arwah ibu bapa mereka yang sudah pergi akan dicucuri rahmat dan sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.. Al- Fatihah.

Siapa yang masih ada ibu bapa, berapa banyak kali korang bagitahu ibu bapa korang, yang korang sayangkan mereka? Berapa banyak kali kita cuba untuk buat mereka happy dan tidak kecilkan hati mereka? Kepada yang sudah tiada ibu atau bapa, ingatlah doa anak yang soleh dan solehah tidak akan terputus walaupun ibu bapa sudah tiada. Jadi mari kita sentiasa berdoa dan sedekahkan buat mereka. In shaa Allah..

Will always be your both little girl! 👸😘





Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig