LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 5 February 2018

Giveaway Azam Tahun Baru 2018 By Elihjapahar.com





Surat AZAM 2018 Buat Sharifah Aida Hana ≡✉

↳ diletak dalam time capsule dan perlu baca balik pada 31 Disember 2018!


Ke hadapan diri saya, Sharifah Aida Hana..

Kalau kau tengah baca ni pada 31 Disember 2018, apa khabar aida sekarang? Harap aida sihat walafiat , sentiasa ceria, sentiasa dalam lindungan Allah dan masih ingat surat yang pernah aida tulis ni. Kau tulis ni pada 5 Februari 2018, dan kau masa ni tengah masuk satu segmen bersama Elihjapahar.com untuk memberitahu azam tahun 2018. Masa ni jugak tengah cuti summer dan masa ni kau balik ke Malaysia untuk bersama ayahnda dan bonda tercinta. ๐Ÿ˜Š

Jadi ini antara azam (take note yang warna merah yee..) yang kau nak capai tahun ni, in shaa Allah. Dah tercapai ke belum tuuu? 

Aida, tahun ini merupakan TAHUN TERAKHR, SEMESTER TERAKHIR kau akan berada di University of South Australia, Adelaide. 19/2/ 2018 nanti kau akan mula fly ke adelaide balik, tinggalkan Malaysia dan family tercinta. Jadi aida kau perlu betul-betul study elok-elok dan enjoy every moment as a student. Jangan buang masa dengan drama, berkawan dengan 'fake friends' ke ataupun mereka yang akan jatuhkan kau. Cari lah kawan yang betul-betul akan menaikkan kau menjadi seorang Aida yang lebih berjaya. Cari jugak kawan yang sentiasa mengingati Allah dan ingatkan kau tentang Allah. ๐Ÿ’“

Doakan final year aida dipermudahkan in shaa Allah.
Kau jugak kena cipta baaaaaanyak kenangan bersama-sama kawan kau dan kau mesti kena share dalam blog, kenangan- kenangan yang kau dapat. Yes, aku tahu mungkin akan ada pahit dan akan ada manis. Tapi aku tahu, aida yang sekarang mestilah sama dengan future aida. Seorang yang kuat , tabah serta kau kena terus berjuang dalam apa jua jalan yang Allah tetapkan untuk seorang Sharifah Aida Hana ye..

More festivals pleasee..

Batchmate!


Banyakkan lagi makan-makan rumah member! ;P

More moments with housemates!

Nak tambah lagi banyak memories with these two!

Tahun ini jugak, in shaa Allah kau akan konvo! ๐ŸŽ“ Jadi, kau kena belajar elok-elok banggakan mak ayah dan family kau yang ada dekat Malaysia tu. Kalau kau rasa nak give up, aku tahu kau akan bangun balik dan teruskan usaha. Jangan lupa kita ada Allah.  Jadi for future aida, kalau kau baca ni dan kau dah konvo serta dah melalui semua halangan dengan jayanya, Alhamdullilah, Aida, Tahniah!

Aida, aida pun kena be the best version of yourself. Pasal GOALS.. seorang aida pasti ada banyak benda yang dia nak capai kan? Hehehe tapi jangan risau.. jangan putus asa dan keep moving forward tau! Ye, betul. Goals memang akan ada yang tercapai dan mungkin akan ada yang fail.Tapi yang paling penting sebenarnya, just be the best version of yourself. Pergilah try new things, jangan malu, keluar dari kepompong dan go out there, travel, pergi jumpa ramai orang dekat luar sana.

 Aida kena sentiasa nampak dua benda ni:

1) Aida yang hari ini lebih baik dari hari semalam.
2) Aida yang hari esok akan jauh lebih baik dari aida yang hari ini.

Tanamkan dua benda ni, in shaa Allah by 31 Disember 2018, if you read this, kau kena jadi the very best version of yourself after all this year, walaupun ada jatuh bangun kau akan tetap menjadi edisi terbaru Sharifah Aida Hana yang paling hebat. In shaa Allah.


Last but not least, sepanjang tahun ini, jangan stop memberi motivasi dan beri cerita-cerita yang boleh memberikan inspirasi bukan sahaja kepada rakan blogger, tapi jugak kepada diri sendiri. Jangan pernah stop menulis dan jadilah motivational blogger yang akan keep inspiring others. ⭐

Aida tulis surat ini ( read: blog post) anggap je lah aida tulis surat ye. Okey aida, kau nanti kena baca balik surat ni masa 31 Disember 2018 dan kau kena tengok balik.. adakah tercapai azam kau, kalau tercapai , Alhamdullilah.. sujud syukur sekarang. TAPI, kalau tak tercapai.. mari kita muhasabah diri kita balik ye kenapa tak tercapai dan kita boleh usaha lagi untuk tahun 2019, in shaa Allah ๐Ÿ˜Š

Ini antara azam yang in shaa Allah kau boleh buat Sharifah Aida Hana! ๐Ÿ’ช


Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig