LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 19 February 2018

Fly to Adelaide!


15 Julai 2016


Aida masih ingat tarikh yang amat bermakna untuk aida. Tarikh penerbangan aida yang pertama MH139 ke bumi kangaroo. Aida masih juga ingat pelbagai perasaan berkecamuk dalam diri waktu tu. Teruja, sedih, mula rasa rindu, takut dan macam- macam lagi. Aida tak akan pernah lupa. Melihat muka mama dengan aboh bersama adik-beradik tersayang amat memilukan. Pertama kali jauh beribu batu dengan mereka. 

Bersama rakan seperjuangan

Bersama family tercinta..


Hari ini, 19 Februari 2018, 


Aida bakal pergi lagi. Hampir 2 tahun aida menjejakkan kaki ke land down under. Alhamdullilah.. Kali ini dengan amanat terakhir sebagai pelajar semester terakhir. Kali ini juga sebagai senpai Adelaide yang mungkin akan lebih sibuk dari sebelumnya. Aida masih juga dengan perasaan berkecamuk seperti sebelumnya. Aida juga masih terasa pilu melihat muka-muka keluarga tersayang. In shaa Allah, aida akan jaga diri dan pulang dengan memberi senyuman di muka mama, aboh serta keluarga tercinta. Tunggu ye!

Doakan seorang aida selamat perjalanan dan selamat sampai melalui penerbangan beberapa jam ini, in shaa Allah... Amin. 


Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig