LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Sunday, 25 February 2018

Cerita Inspirasi : Satu Perubahan Besar Untuk Dunia!



Setiap pagi Ahad saya akan pergi berjoging di sekeliling taman berhampiran rumah saya. Terdapat satu tasik yang terletak di satu sudut taman. Setiap kali saya berjoging di tasik ini, saya akan melihat seorang mak cik yang sama akan duduk di tepi tasik dengan sebuah sangkar logam yang  kecil di sebelahnya.

Semenjak  hari Ahad yang  lepas, perasaan ingin tahu saya berkobar-kobar , jadi saya berhenti berjoging dan berjalan ke arahnya. Ketika saya semakin dekat, saya menyedari bahawa sangkar logam itu sebenarnya adalah sebuah perangkap kecil. Terdapat tiga kura-kura yang tidak terluka, sedang perlahan-lahan berjalan di sekitar pangkal perangkap tersebut. Mak cik itu mempunyai kura-kura yang keempat di pangkuannya dan dia dengan teliti menggosok cengekrang kura-kura itu menggunakan berus span.

"Assalamualaikum," saya memberi salam. "Saya selalu jumpa mak cik  di sini setiap pagi Ahad. Sekiranya tidak keberatan, saya teringin nak tahu, apa mak cik buat dengan kura-kura ni?"

Dia tersenyum. "Mak cik tengah bersihkan cengkerang mereka," jawabnya. " Tahu tak, jika ada apa-apa pada kulit kura-kura, seperti algae atau sampah dapat mengurangkan keupayaan kura-kura untuk menyerap haba dan akan menghalang keupayaan kura-kura untuk berenang. Ia juga boleh merosakkan dan melemahkan cengkerang nanti. "

"Wow! Bagusnya mak cik! "saya kagum.

Dia meneruskan: "mak cik akan menghabiskan beberapa jam setiap pagi Ahad, bersantai tepi tasik ini dan membantu kura-kura kecil ini keluar. Ini merupakan satu cara mak cik sendiri untuk membuat perubahan. "

"Tetapi tidakkah kura-kura air yang hidup di tasik seperti ini memang akan hidup dengan algae dan kotoran yang tergantung dekat cenkerang mereka?" saya bertanya.

"Ya, sayangnya, memang begitulah," jawab mak cik itu.

Saya menggaru kepala saya. "Jadi, tidakkah mak cik rasa yang mak cik boleh buat benda yang lebih baik dan berfaedah? Maksud saya, saya rasa usaha mak cik ni baik semua, tetapi terdapat banyak penyu air yang tinggal di tasik di seluruh dunia. Dan 99% dari penyu  ini tidak mempunyai orang yang baik seperti mak cik untuk membantu mereka membersihkan cengkerang mereka. Jadi, maafkan saya kalau bertanya, tetapi bagaimana sebenarnya usaha mak cik ini boleh membuat sebarang perubahan? "

Mak cik itu tergelak kecil. Dia kemudian memandang kepada kura-kura di pangkuannya, sambil menggosoknya dari kesan algae yang terakhir di cengkerangnya, dan berkata, "Adik, jika penyu kecil ini boleh berkata-kata dia mesti akan cakap yang mak cik sudah membuat satu perubahan besar di dunia!

๐Ÿข๐Ÿข๐Ÿข๐Ÿข๐Ÿข๐Ÿข

Kita boleh mengubah dunia - mungkin tidak secara sekaligus, tetapi mungkin kepada dunia satu orang, kepada dunia satu haiwan, dan juga melakukan satu perbuatan baik pada satu masa. Setiap hari, kita bangun dan bantulah mereka yang memerlukan. Mungkin orang lain akan nampak benda itu remeh atau tak ada untungnya. Tetapi mungkin bagi dunia orang atau haiwan tersebut, kita telah melakukan satu perubahan yang besar! Kita boleh cuba dengan  'One Day, One Act Of Kindness"!  In shaa Allah. ๐Ÿ’š


Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig