LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Friday, 9 February 2018

Cerita Inspirasi : Kisah Si Rama-Rama




Seorang lelaki muda menemui kepompong rama-rama. Sudah lama dia memerhati rama-rama tersebut dan pada suatu hari pembukaan kecil muncul pada kepompong itu. Kemudian, pemuda itu duduk dan mengawasi rama-rama itu selama beberapa jam. Rama-rama itu berjuang untuk melalukan badanya dari lubang kecil itu. Tiba-tiba rama-rama itu berhenti, seolah-olah ia tidak boleh pergi lebih jauh.

Jadi pemuda itu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama itu. Dia terus mengambil sepasang gunting dan tanpa berfikir panjang  terus mengunting  baki kepompong yang lain. Rama-rama itu sudah dapat keluar dengan senangnya tetapi rama-rama itu mempunyai badan yang bengkak dan sayapnya sudah terputus.

Lelaki itu terus melihat rama-rama tersebut dan menjangkakan bahawa setiap minit, sayap rama-rama itu akan membesar dan berkembang cukup bagi menyokong badan rama-rama itu. Tetapi itu tidak berlaku! Malah rama-rama itu menghabiskan sepanjang hayatnya merangkak tanpa boleh terbang.

Pemuda itu memang berniat baik tetapi dia tergesa-gesa membuat keputusan serta tidak faham kepentingan kepompong itu. Kepompong yang menyekat itu sebenarnya diperlukan oleh rama-rama tersebut. Perjuangan melalui pembukaan kecil itu adalah satu cara bagi memaksa cecair dari badan rama-rama akan pergi ke sayapnya untuk menjadi lebih kuat dan lebih bersedia untuk terbang.

๐Ÿฆ‹๐Ÿฆ‹๐Ÿฆ‹๐Ÿฆ‹๐Ÿฆ‹

Kadang-kadang perjuangan mestilah ada dalam kehidupan kita. Melalui kehidupan tanpa sebarang halangan atau cabaran boleh melumpuhkan diri kita sebenarnya. Sebab itu Allah memberi kita ujian dan pasti setiap ujian yang diterima akan ada hikmahNya. Kita tidak akan menjadi sekuat sekarang jika kita tidak melalui cabaran-cabaran dalam hidup kita sebelum ini...

dan... kita tidak mungkin boleh TERBANG...

Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig