LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Sunday, 18 February 2018

Cerita Inspirasi : Bersama dan Bernafas




Satu malam yang agak panas beberapa tahun dahulu.

Selepas menghabiskan hampir setiap minit dengan Aisyah selama lapan hari berturut-turut, saya tahu bahawa saya perlu memberitahu dia satu perkara. Jadi lewat malam, sebelum dia tidur, saya berbisik di telinganya. Dia tersenyum - sejenis senyuman yang membuat saya tersenyum-dan dia berkata, "Apabila saya berusia tujuh puluh lima tahun dan saya berfikir tentang hidup saya ketika saya muda, saya harap saya dapat mengingati detik ini. "

Beberapa saat kemudian dia menutup matanya dan tertidur. Bilik itu tenang dan senyap. Apa yang saya boleh dengar ialah bunyi lembut Aisyah bernafas. Saya masih terjaga berfikir tentang masa yang kita habiskan bersama dan semua pilihan dalam kehidupan kita sehingga ke saat ini. Dan pada satu ketika, saya menyedari bahawa tidak kira apa yang telah kami lakukan atau ke mana telah kami pergi, semua itu tidak ada apa-apa makna.

Apa yang penting ialah ketenangan pada masa ini.

Hanya bersama dengan dia dan bernafas dengannya.

🕒🕓🕔🕕🕖🕗🕛

Kita tidak boleh membenarkan jam, kalendar, dan juga tekanan luar memerintah kehidupan kita dan membutakan kita kepada fakta bahawa setiap moment kehidupan kita adalah misteri yang indah dan penuh keajaiban - terutama saat-saat yang kita habiskan bersama yang tersayang. 
Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig