LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 12 February 2018

Cerita Inspirasi: Berapa Berat Gelas Air Ini?



Suatu ketika seorang professor psikologi berjalan di atas pentas sambil mengajar prinsip-prinsip pengurusan tekanan di hadapan pelajar yang penuh memenuhi auditorium. Semasa dia mengangkat segelas air, semua orang menjangkakan mereka akan ditanya soalan tipikal dan biasa didengari iaitu soalan " ini gelas separuh kosong ke atau separuh penuh?". Sebaliknya, dengan senyuman di wajahnya, professor itu bertanya, 

"Berapa berat gelas air ini?"

Semua pelajar menyuarakan jawapan masing-masing. Ada yang jawab antara lapan pounds hingga beberapa pounds.

Dia menjawab, "Dari perspektif saya, berat sebenar gelas air ini tidak penting. Ia semua bergantung pada berapa lama saya memegangnya. Jika saya memegangnya selama satu atau dua minit, ia agak ringan. Sekiranya saya memegangnya selama satu jam tanpa berehat, berat gelas air ni mungkin menyebabkan saya sakit lengan sedikit. Sekiranya saya memegangnya selama satu hari tanpa rehat pula, lengan saya akan jadi cramp dan akan rasa sakit sepenuhnya sehingga boleh buat lengan saya kejang hingga memaksa saya melepaskan gelas air ini ke lantai. Dalam setiap kes tadi, berat gelas tidak pernah berubah, tetapi semakin lama saya memegangnya, semakin berat saya rasa."

Ketika pelajar mengangguk-anggukan kepalanya, dia terus berkata, "Tekanan dan kebimbangan kita terhada sesuatu dalam hidup lebih kurang sama dengan gelas air ini. Berfikir tentang masalah seketika dan tiada apa yang akan berlaku. Berfikir tentang masalah lebih lama sedikit dan anda mula rasa sakit kepala sedikit. Berfikir tentang sesuatu sepanjang hari, dan anda mungkin akan merasa benar-benar mati sehingga boleh kejang- tidak mampu berbuat apa-apa lagi sehingga anda betul-betul lepaskan fikiran tu. "

๐Ÿธ๐Ÿฅƒ๐Ÿธ๐Ÿฅƒ๐Ÿธ๐Ÿฅƒ

Amat penting untuk kita ingat, untuk kita segera melepaskan tekanan dan kebimbangan kita. Ya, memang mustahil sebab kita tak akan pernah lari dari fikir pasal masalah atau kerunsingan. Tapi apa yang mebezakanya ialah, sama ada kita nak letak gelas itu, dan mula fikir 'action' atau terus memegang gelas itu tanpa ada apa-apa jalan penyelesaian.

Tidak kira apa yang berlaku pada siang hari, kalau boleh pada seawal waktu petang , letakkan semua beban kita dan kita sudah ada jalan penyelesaian. Biar gagal selepas cuba melakukan sesuatu tetapi setidaknya kita mencuba. Jangan membawa beban kita melalui malam dan sehingga keesokan harinya. Sekiranya kita masih merasakan lagi tekanan-tekanan yang semalam, ia adalah tanda yang kuat bahawa sudah tiba masanya untuk kita meletakkan gelas itu dan mula bertindak! ๐Ÿ˜‰
Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig