LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 15 February 2018

Cara Daftar Mengundi Pilihan Raya


Assalamualaikum semua!

Disebabkan aida dah nak balik OZ, tiba-tiba satu fikiran datang menjengah ke dalam fikiran aida petang tadi.

"ALAMAK! TAK DAFTAR MENGUNDI LAGI!!"

Jadi, aida siang tadi cepat-cepat lah ke pejabat pos untuk daftar megundi. Disebabkan masa pilihan raya aida tak ada dekat Malaysia, dan aida akan mengundi pos dari Adelaide, jadi aida kena daftar mengundi dulu. Yes, this is my first time nak mengundi, dah tua ehem dah besar katakan, jadi, aida perlulah ada tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia jugak.  Betul tak?

Jadi kepada sesiapa yang belum lagi daftar mengundi (yang 21 tahun keatas, jangan buat-buat tak tahu yee..๐Ÿ˜), atau adik-adik aida yang bakal daftar mengundi nanti,  aida nak kongsi cara untuk kita daftar mengundi yang aida buat tadi. Sejujurya serius senang sangat nak daftar ni! Meh aida bagitahu step by step.. hehe

1) Pergi Pejabat Pos


Yang ni tak perlu risau, pergi je mana-mana pejabat pos berdekatan dengan rumah korang! 

2) Ambil Angka Giliran


Of  course lah kena ambil angka giliran, nanti ada jugak berkampung dekat pejabat pos. hehe

3) Tunggu..


Ermm.. kita tunggu je lah sampai kena panggil (ni depend berapa ramai dekat pejabat pos. kalau ramai, lama sikit nak tuggu. nasib baik tadi tak ada orang tadi, adalah kena tunggu 1 minit je)

4) Daftar di kaunter


Masa ni, pergi ke kaunter dan cakap kepada orang di kaunter,

"Cik/ Encik, saya nak daftar mengundi.."

Dan cik tu akan mintak IC korang (make sure bawak IC yeeee), dan korang tunggu je, dia akan masukkan nama, IC dan semuanya lah dalam system. Lepastu dia akan bagi satu kertas yang dah siap semua maklumat kita. Jadi akhir sekali, tandatangan. SIAP. Itu sahaja.. senang kan?


Kita cuma tandatangan je dekat borang ni, dan kita akan dapat satu salinan.

Tadi mak ayah aida pun nak tukar alamat mengundi, kalau nak tukar alamat mengundi,proses dia sama je, tapi make sure alamat dekat IC pun dah tukar ye.

 Jadi, dah daftar mengundi dah ke belum tu?? ๐Ÿ˜‰

Nak tahu info lebih lanjut boleh lah ke www.spr.gov.my

Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig