LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Saturday, 17 February 2018

6 Cara Untuk Keluar Dari 'Comfort Zone'


Kita semua suka dengan 'keselesaan' betul tak? Kalau boleh kita tak nak keluar dari zon selesa ni. Kenapa? Sebab pertama, kita takut kita akan GAGAL dan kedua, kita pun takut kalau kita melalui perasaan KECEWA. Haaa.. Cuba kita tanya diri kita sendiri, kalau kita sentiasa dengan 'comfort zone' ni, jadi sampai bila kita nak berkembang menjadi lebih baik dari sebelumnya? Bila kita nak tahu apa potensi diri kita yang sebenarnya?

Di sini, aida tak nak pun ajak semua untuk buat perkara yang berisiko sampai boleh memberi bahaya  atau ancaman kepada nyawa kita. Contoh, macam panjat bangunan tertinggi tanpa alat keselamatan atau  tanam diri hidup-hidup untuk beberapa jam. TIDAK.

Aida nak mengajak kita semua untuk kita lihat sekeliling, ada tak perkara yang kita betul-betul takut untuk lakukan padahal, perkara tu boleh membawa kita ke next level? Contohnya:

  • memberi ucapan di khalayak ramai tanpa membaca teks ucapan
  • menjadi ketua kepada projek besar
  • memulakan bisnes
  • pergi membuat volunteering di pelbagai organisasi tanpa mengajak kawan
  • membuat projek berkumpulan bersama kawan yang baru dikenali

dan banyak lagi sebenarnya. Hanya kita sahaja yang tahu apa perkara yang  berada di luar zon selesa kita!


Sebenarnya, suka kepada 'comfort zone' ini perkara biasa, semua orang akan rasa perkara ni. 'Comfort Zone' ni ialah kita tak sanggup nak ambil risiko dan lebih selesa bila keadaan yang sama je berlaku kepada kita tanpa ada apa-apa masalah. Sebab itu kadang-kadang kita tak perasan, setiap hari kita akan buat benda yang sama berulang-ulang kali tanpa ada apa-apa pencapaian dalam hidup kita. Seperti ROBOT.

"Keluar dari zon selesa sebenarnya adalah bagaimana kita menaikkan semangat kita dan menghancurkan ketakutan normal yang selalu kita hadapi."

Jadi hari ni, kita akan tahu 6 cara untuk kita keluar dari zon selesa sikit demi sedikit. In shaa Allah..

1) Menyedari apa yang berada di luar zon selesa kita


Sekarang keluarkan satu kertas kosong dan lukiskan satu bulatan di tengah-tengah kertas. Kemudian,  di dalam bulatan tersebut, tuliskan perkara yang kita semua selalu lakukan setiap hari. Perkara yang sangat selesa yang kita tidak mahu tinggalkan. Kemudian, baru menulis perkara-perkara yang kita tidak pernah lakukan tapi kita teringin untuk buat di luar bulatan itu. Melalui kaedah ini, baru kita dapat tahu, perkara-perkara yang berada di luar zon selesa kita. Dari sini kita boleh mula buat perancangan apa yang perlu dilakukan untuk keluar dari bulatan itu tadi.

2) Jelaskan diri perkara yang perlu diatasi


Ambil senarai ketidakselesaan tadi dan pergi lebih mendalam. Ingat, emosi utama yang kita cuba selesaikan adalah KETAKUTAN. Ketakutan ini sebenarnya berlaku secara unik untuk setiap situasi? Jadi boleh lebih spesifik. Adakah kita takut berjalan ke arah orang dan memperkenalkan diri kita dalam tempat yang perlu bersosial? Mengapa? Adakah kerana kita tidak selesa dengan suara kita? Adakah kita tidak pasti mengenai rupa kita sendiri? Atau, adakah kita sebenarnya takut diabaikan?

3) Kenal pasti MANFAAT keluar dari 'comfort zone'


Apabila kita sudah mengenal pasti  manfaat yang kita boleh perolehi, pastikan manfaat yang dapat itu berpotensi sebagai motivasi untuk meneruskan perjuangan melawan ketakutan. Melalui motivasi ini juga kita akan lebih berani untuk keluar dari 'comfort zone' kerana kita sudah tahu apa yang kita akan dapat jika melakukan sedemikian.

4) Ambil Langkah Kecil


Jangan kita cuba melompat ke luar zon selesa kita, kita mungkin akan menjadi terkejut atau 'shock' dan kita akan melompat ke dalam balik. Cuba ambil langkah-langkah kecil ke arah ketakutan yang kita cuba selesaikan. Contohnya, jika kita ingin cuba bercakap di depan khalayak ramai, mulailah dengan mengambil kesempatan untuk bercakap dengan kumpulan kecil dahulu. Kita juga boleh berlatih bercakap dengan keluarga atau rakan-rakan.

5) Berkawan dengan Pengambil Risiko


Pernah dengar tak, 'your friends are your mirror' ? Maksudnya disini, kawan kita mencerminkan diri kita. Jika kita nak keluar dari kepompong kita, kita nak cuba keluar dari zon selesa, mulailah dengan berkawan dengan mereka yang suka mengambil risiko. Berkawan dengan mereka yang suka cuba sesuatu yang baru untuk menjadi lebih baik. Jika kita ingin menjadi lebih baik pada sesuatu, kita mesti mula bergaul dengan orang-orang yang melakukan apa yang kita mahu lakukan dan mula meniru mereka. Lambat laun, pengaruh mereka akan mula memberi kesan kepada tingkah laku kita.

6) Fokus kepada Keseronokan


Berseronoklah dalam proses untuk keluar dari zon selesa kita. Berseronoklah juga untuk mengetahui tentang diri kita yang mungkin kita tak pernah sedar sebelum ini. Just enjoy the process of knowing the best version of yourself. Ingat, it's all about the climb!!



Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig