LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Monday, 26 February 2018

5 Manfaat Bangun Seawal 4 Pagi Untuk Berjaya!


Waktu yang kita bangun setiap pagi akan mempunyai banyak kaitan dengan siapa yang kita akan jadi. Perbezaan di antara bangun pukul 6 pagi dan 4 pagi mungkin kelihatan tidak penting atau tiada beza kepada sesetengah dari kita tetapi perbezaannya sebenarnya sangat besar. Fikirkan tentang masa yang kita bangun dan kemudian pada akhir artikel ini cuba kita tanya kepada diri kita sendiri samada kita nak bermula bangun lebih awal daripada kebiasanya atau tak?

Aida masih ingat aida pernah dengar dari satu video motivasi, bahawa percaya atau tidak, jika kita tidak bangun pada pukul 4 pagi setiap hari, sebenarnya tujuan dan visi kita dalam hidup sebenarnya tidak begitu efektif atau berjalan? Betul ke? Bila Aida fikir balik idea ini ada benarnya jugak sebab tanpa kita sedari bila kita terinspirasi untuk buat sesuatu, kita dengan sendirinya akan bangun awal. Haa.. pernah tak kita buat macam tu?


Walaubagaimanapun, matlamat utama apa yang aida nak beritahu hari ini adalah  bukan sahaja untuk kita sama-sama perlu bangun awal tetapi untuk kita bangun dan laksankan impian yang kita ada. Sebenanrya ada dua sebab yang kukuh kenapa kita susah sangat nak bangun awal seawal 4 pagi. Hal ini  kerana  kita sama ada mempunyai gaya pemakanan yang tidak sihat atau kita tiada motivasi untuk bangun awal. Betul tak?

Jadi hari ini aida nak kongsi kepada semua pembaca 5 manfaat yang kita dapat jika kita bangun awal seawal pukul 4 pagi:


1) Pengukur semangat kita!


Masa yang kita bangun bukan sahaja penting untuk kejayaan kita tetapi ia juga merupakan pengukur paras semangat kita pada hari itu. Sebenanrya sebab utama kita ada masalah untuk bangun pada waktu pagi adalah kerana kita tidak cukup bersemangat untuk melakukakan sesuatu. Sebab itu, pentingnya untuk kita ada impian dan matlamat supaya kita ada sebab yang kukuh untuk bangun awal pagi.

Ya, tidur adalah penting, dan menurut sesetengah kajian kita memerlukan lapan jam untuk tidur tetapi hidup dengan mempunyai semangat juga adalah sama pentingnya untuk kita setiap hari. Oleh itu, untuk bangun pada pukul 4 pagi, kita perlu tidur lebih awal kerana menurut kajian waktu lewat petang sehingga malam, produktiviti kita makin berkurang dan masa ini ialah masa untuk kita berehat.

2) Memulakan hari dengan apa yang kita suka!


Bangun pada pukul 4 pagi membolehkan kita untuk melakukan perkara yang kita suka terlebih dulu. Ini menjadi tidak mustahil kerana kita tidak mungkin akan memulakan kerja seawal 4 pagi. Ini memberi kita peluang selama dua atau tiga jam setiap pagi untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan perkara yang kita sukai. Contohnya seperti kita boleh mencipta puisi, menulis novel sendiri, mereka design untuk baju, membuat video ataupun berblogging.

Apabila kita perlu pergi kerja ataupun ke kelas dan kuliah seawal 7 pagi, kita sebenarnya telah menghabiskan bahagian pertama pagi kita dengan perkara yang boleh memberi kita lebih semangat dan inspirasi pada hari itu. Perasaan ini juga akan bertahan sepanjang hari kita. Kita akan mendapati diri kita akan menjadi lebih positif pada siang hari dan lebih semangat untuk melakukan aktiviti yang lain. Bagaimana kita memulakan hari kita sebenarnya menentukan bagaimana kita menamatkan hari kita yang sama.

3)Mulakan dahulu sebelum orang lain


Walaupun orang lain sedang tidur dengan lena dan sementara semua pesaing hebat kita masih di bawah selimut, kita mempunyai peluang untuk mengerjakan tugas kita sebelum mereka. Untuk berjaya dalam apa jua usaha yang kita lakukan dalam kehidupan ini kita perlu melakukan sesuatu lebih awal daripada orang lain. Kita mempunyai peluang yang cerah untuk mengatasi orang lain jika kita dapat mengatasi waktu kita bangun pagi daripada mereka. Oleh sebab itu, jarang kita dapat melihat orang lain bekerja keras di depan mata kita. Kebanyakan daripada mereka melakukan kerja atau usaha ketika kita dibuai mimpi.


4) Tiada siapa yang sudah bangun dan suasana tenang


Banyak perkara dalam kehidupan memerlukan kita untuk berfikir secara dalam , fokus, dan juga ketenangan. Kelebihan bangun pada pukul 4 pagi ini ialah kita boleh mencapai ketiga-tiga perkara ini. Ketika manusia lain di dunia sedang tidur nyenyak, kita mempunyai peluang untuk memaksimumkan peluang ini.

Apabila semua masih tidak bangun tidur, aktiviti masih lagi tidak berjalan, semestinya keadaan akan menjadi lebih sunyi dan tenang. Gunakan peluang ini untuk lebih fokus untuk membuat sesuatu tanpa ada gangguan lain. Kita juga akan mendapati kerja atau perkara yang kita perlu lakukan akan menjadi lebih mudah dan cepat selesai.

5) Lebih dekat dengan Allah


Sambil kita nak mencapai impian kita dan ingin melakukan perkara yang kita sukai, jangan kita lupa kepada Pemberi Rezeki. Ambillah peluang untuk kita berqiamullail dan berdoa kepada Allah S.W.T untuk segala perkara yang kita hajati.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Bangun pada awal pagi juga boleh mendekatkan kita kepada Allah dan juga dapat memberi kita ketenangan sebelum kita memulakan misi memburu impian dan melakukan aktiviti seharian.

Nabi SAW bersabda lagi;

“Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)
Jangan beritahu aida yang korang tak ada masa sebab sebenanrya kita semua ada. In shaa Allah. Kita sekarang mempunyai satu strategi yang setiap orang yang berjaya di dunia telah gunakan iaitu bangun awal pagi. Jom kita mula bangun awal dan kita akan perlahan-lahan akan nikmati setiap masa tambahan yang kita ada ini. 

 Jadi dah sedia nak tidur awal dan bangun pukul 4 pagi esok? 

Share:

Grateful in Ramadhan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig