LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Thursday, 25 January 2018

Anak Kecil Kehilangan Ayahnya...

Assalamualaikum dan hi semua..

Pagi tadi, mama aida ada share satu cerita yang sangat sedih dekat aida dalam whatsapp. ๐Ÿ˜ญ Aida tak dapat bayangkan kalau aida berada di situasi anak-anak kecil tersebut. Bila baca cerita ni, aida betul-betul yakin yang mati itu pasti. Dan aida teringin nak share cerita ini kepada semua:



......

Seorang Pelajar Darjah Dua SK Jalan 6 bandar baru bangi kehilangan bapanya awal pagi tadi. 

Bapanya meninggal selepas serangan jantung semasa memandu selepas menghantar anak ini ke sekolah. Bapanya meninggal di tempat kejadian pada usia 37 tahun.

Apa yang buat saya sebak ialah ibunya baru 5 hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di kelantan.

Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di jabatan kebajikan masyarakat. 

Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi.

Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.

Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di
SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi

Moga sumbangan Tuan-puan boleh meringankan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarga beliau.

Moga Anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang. 
Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.

.....

Pilu hati aida memikirkan, anak yang masih mentah sudah tak boleh merasa kasih ayahnya.

Anak sulung darjah 2..
Anak kedua darjah 1..
Dan ketiga baru lahir..








Tapi benarlah, Allah berfirman



Marilah kita angkat tangan bersama-sama mendoakan Allah permudahkan urusan isteri arwah dan jugak anak-anaknya. Mari juga kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.. in shaa Allah

Al-Fatihah

Aida tak dapat lagi maklumat lengkap keluarga tersebut buat masa sekarang, mungkin mereka sedang sibuk. Walaupun kita tak mampu untuk hulurkan dalam bentuk wang, ayuhlah kita bantu dalam bentuk doa. in shaa Allah.. Jom kita jadikan iktibar dari cerita ni supaya sentiasa sedia dengan bekalan akhirat kerana kita tak akan pernah tahu bila pengakhiran kita.. In shaa Allah..

p/s: gambar semua adalah hak milik pemilik yang sebenar

Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig