LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Saturday, 27 January 2018

Fenomena SUPER BLUE BLOOD MOON pada 31 Januari 2018!






Pada 31 Januari nanti akan ada satu fenomena yang JARANG BERLAKU! Rakyat Malaysia boleh ambil peluang ni untuk tengok 3 GABUNGAN FENOMENA LUNAR yang kali terakhir berlaku pada 152 tahun dahulu! Gila tak nak tengok kejadian 'rare' ni kan?

Melalui sumber Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana bulan ni akan kelihatan di Eropah Timur, Afrika Timur, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan jugak Amerika Utara

Fenomena Super Blue Blood Moon ni kali terakhir terjadi pada 31March 1866! Lama kan? Dari sumber Planetarium Negara, fenomena ni adalah gabungan supermoon, bluemoon dan jugak bloodmoon.

Melalui keterangan diaorang, supermoon ni terjadi bila bulan adalah penuh dan berada dekat dengan bumi, membuatkan bulan tu kelihatan lebih besar daripada yang biasa!

Fenomena bluemoon pulak terjadi apabila fasa bulan penuh akan kelihatan pada tarikh yang sama. Kejadian bulan penuh itu adalah bulan penuh yang kedua pada bulan Januari 2018.

Bila nak tengok? Jadi fasa gerhana bulan  ni akan bermula pukul 7.48 malam dan akan berlangsung hingga 11.11 malam masa 31 Januari 2018 tu. Kejadian Super Blue Blood Moon akan mencapai fasa maksimum dia pada 9.29 malam dan berakhir pada 10.07 malam. 

Dalam kenyataan yang sama, kejadian gerhana bulan tu jugak boleh dikenali sebagai bloodmoon sebab bulan akan kelihatan kemerah-merahan selepas cahaya dari matahari akan ditapis daripada memasuki atmosfera bumi.

Jika cuaca mengizinkan in shaa Allah, tempat best nak tengok fenomena yang jarang berlaku ni ialah di kawasan pantai yang menghadap laut di sebelah timur, boleh jugak dekat kawasan puncak bukit, dataran tinggi, dekat atas bangunan tinggi ke atau  di mana sahaja dengan pemandangan yang tidak terhalang dari langit sebelah timur.

Antara contoh tempat yang boleh nak tengok fenomena ni ialah di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor ; Tanjug Bidara, Melaka; Pantai Tok Jembal, Terengganu; Tun Mustapha Tower, Kota Kinabalu,Sabah dan jugak Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.






Kita juga dijemput untuk ambil bahagian dalam program pemerhatian Super Blue Blood Moon yang akan dibuat pada 31 Januari 2018 bermula 7 malam sehingga tengah malam dekat pintu masuk Planetarium Negara. Wahh bestnya!

Bukan tu je, yang lagi best pihak Planetarium Negara akan sediakan beberapa teleskop dan jugak akan bagi sedikit taklimat mengenai fenomena ni, boleh lakukan aktiviti astro-photography dan jugak sama-sama lakukan solat sunat gerhana. Mesti seronok, sambil kita boleh tahu banyak ilmu mengenai fenomena ni, kita jugak boleh bersujud kepada Allah untuk memuji kebesaran Allah, betapa agungnya kuasa Allah untuk menghasilkan fenomena ini. Allah pun menyuruh kita sentiasa memerhati alam untuk memuji kebesaran Dia kan?๐Ÿ’“

Haaa, macam menarik kan? Boleh ajak family atau kawan-kawan datang. Kalau nak maklumat lanjut boleh telefon Planetarium Negara dekat 03-22735484 atau email info@planet.gov.my ataupun boleh je tengok website rasmi dia orang dekat www.planetariumnegara.gov.my atau facebook Planetarium Negara. Haaa macam tukang promote uolss. Planetarium Negara, please notice aida, mana tahu boleh jadi ambassador gituu.. XD

Jadi ingat untuk mark kalender korang kalau nak tengok fenomena hebat supermoons ni!๐Ÿ˜‰
Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig