LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Sunday, 28 January 2018

4 Perkara Perlu Ingat Bila Si Ragu-Ragu Cakap "TAK BOLEH"


Bila kita ada impian atau matlamat, PASTINYA akan ada 'si ragu-ragu' betul tak? Dia orang ni sama hebat dengan 'pembunuh'  yang sangat kejam yang akan menembak diri kita sendiri sebelum kita sempat untuk melepaskan diri. Mereka-mereka ni jugak lah yang akan kata "kau tak boleh weyhh!! " masa kita fikir kita boleh. Dia orang ni jugak yang akan membuat kita teragak-agak apabila kita sebenarnya yakin, ataupun rasa bodoh apabila sebenarnya kita pandai.



Keraguan dari luar sebenarnya adalah penyumbang utama keraguan kepada diri sendiri. Kehidupan dan kejayaan kita ni sebenarnya bukanlah tentang apa yang berlaku kepada diri kita, tetapi macam mana kita melihat dan bertindak balas terhadap apa yang berlaku kepada diri kita sendiri. Dan ragu-ragu semestinya berlaku! Tak dinafikan! Perasaan ni datang dengan cepat sangat, tak sempat kita nak brake. Jadi kena bersedialah untuk menghadapai pembunuh impian dan matlamat ini. Lagi bagus lagi, kalau korang manfaatkan daripada keraguan ni. Kalau korang rasa korang tak boleh tapi sebenarnya korang boleh!!๐Ÿ’ช๐Ÿ˜‰

Jadi, ini ialah 4 manfaat korang boleh dapat dari 'si ragu-ragu' ni!

⤘ 1) Si ragu-ragu ialah pemberi motivasi terbaik!


Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada mereka ni. Bukan sahaja mengucapkan terima kasih tapi iktirafkan mereka sebagai pengerak korang untuk lebih bersemangat.Kita tak sepatutnya tertekan bila adanya ragu-ragu ni, tapi disebaliknya kita jadikan perasaan tu sebagai kuman yang harus dibunuh untuk membuktikan hasilnya nanti.

Ingatlah, kita tak perlu ambil kritikan orang lain sampai masuk ke dalam hati kita,  nanti kita jugak akan terseksa. Tidak kira dalam bentuk peribadi atau tak, pastikan korang tak terlalu melaborkan emosi. Ya, kadang-kadang kita tak tahan,tapi percayalah Allah akan bantu orang yang sabar.

"Jika anda ingin ragu-ragu dalam hidup,ragu-ragulah kepada batasan diri sendiri"-Dan Brule


Ketahuilah korang  bahawa keraguan  tidak dapat menentukan siapa kita, melainkan kita membenarkannya. Kita jugak boleh tukar tindakan si ragu-ragu ni menjadi tindak balas yang positif dan memberi kekuatan yang baik. Nak buktikan dekat si ragu-ragu yang dia orang tu salah jugak adalah apa yang kita perlu untuk tunjukkan kehebatan kita.


⤘ 2) Si ragu-ragu akan tunjuk kepada kita mana nak diperbaiki.


Kadang-kadang kita perlu ketepikan ego kita sekejap dan cuba pertimbangkan apa kritikan kita dapat. Sebenarnya banyak benda kita boleh dapat jugak dari dia orang. Kita kena ambil kritikan secara objektif. Sekurang-kurangnya cuba ambil satu point yang dapat bantu kita. Lepas ni, kalau korang dengar ada sesiapa yang ragu-ragu dengan korang, korang cuba untuk cari 1 kebenaran dalam kata-kata dia orang. Buat game plan korang. Percayalah korang akan jadi lebih berjaya!

⤘ 3) Si ragu-ragu boleh jadi sekutu yang kuat!


Mereka yang selalu cakap 'tidak' ni, selalunya akan paling nampak perbezaan dan tak malu untuk lantang bersuara memberi pendapat. Kalau korang dapat ubah situasi menjadi 'win-win situation', si ragu-ragu ni boleh menjadi sekutu atau partner kita yang kuat. Dia orang dah buktikan yang diaorang ada suara untuk memberi pendapat, cuma kali ni untuk manfaat korang pulak. Percayalah, semakin besar impian dan matlamat korang, akan semakin ramai 'si ragu-ragu' ni. Jadi ambillah peluang!

⤘ 4) Si ragu-ragu sebenarnya peduli..


Kita jangan benci mereka yang tak percaya dengan impian kita, mungkin diaorang ni lah yang sebenarnya sayang dekat korang. Kadang-kadang sedar tak, orang yang paling rapat dengan kita akan bagi suara yang paling kuat apabila tak bersetuju. Ni mungkin ayah atau mak korang, korang punya suami atau isteri, atau kawan baik korang.

Kadang-kadang orang yang paling kita sayang pun tak dapat tengok apa yang kita betul-betul nak untuk diri sendiri. Diaorang cuba untuk sekat kita buat sesuatu sebab dia orang pun pernah rasa kegagalan dan tak mahu korang rasa benda yang sama. Contohnya seorang ayah yang pernah gagal dalam bisnes, mesti nak anak lelaki dia untuk 'menjadi realistik' atau mencari 'kerja tetap' dengan duit gaji yang pasti.

Tapi berita baik dia ialah dia orang ni nak kita berjaya. Dia orang sebenarnya beri kita peluang untuk menjadi penyokong kuat kita dalam diam.

Jadi teruskan apa sahaja yang korang buat untuk capai impian korang manakala menjadikan si ragu-ragu sebagai kekuatan korang dan buktikan kepada mereka yang korang boleh!

Adakah korang jenis membiarkan 'si ragu-ragu' mengawal hidup korang? Apa yang korang buat untuk mengubahnya? Tinggal apa yang korang fikir dekat bawah! ๐Ÿ˜Š





Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig