LIFESTYLE | MOTIVATION | INSPIRATION | STORIES

Wednesday, 24 January 2018

3 Tips Membuat Keputusan dan Pilihan Yang Tepat







Dalam dunia ni, tidak kira pasal kehidupan orang lain ke, atau kehidupan diri kita sendiri, kita tak akan pernah terlepas dalam membuat pilihan. Kadang-kadang dalam proses nak buat pilihan tu boleh buat kita jadi stress! ๐Ÿ˜Ÿ Kadang-kadang jugak, keputusan kita tak suka tetapi kita terpaksa ambil jugak atas sebab ikut member? atau nak jaga hati family? Ada masa jugak kita boleh sampai  tersalah buat keputusan, lepastu kita menyesal sangat-sangat! Jadi lagi bertambah stress lah kita!๐Ÿ˜”


Jadi, hari ni aida nak kongsi 3 tips cara untuk kita buat keputusan yang terbaik dan juga tepat untuk diri kita sendiri. In shaa Allah. Tapi tips ni biasa-biasa je. Harap post ni dapat bantu sesiapa yang tengah dalam kekusutan tu. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ’Ÿ

➥ 1) MINTAK PENDAPAT ORANG LAIN

Orang lain ni bermaksud orang yang paling kita percayai dan juga tak segan nak share ape pun. Haaa.. dalam kehidupan kita mesti akan ada seseorang yang sangat kita rapat untuk kita cerita masalah kekusutan kita tanpa kita rasa malu pun. Orang ni mungkin family korank, suami isteri, kekasih, atau mungkin kawan ngam korank yang ada bila masa susah senang. Jadi kat sini, tak perlulah kita nak simpan sensorang, ceritalah kat mereka. Mungkin cadangan dia orang dapat menyenangkan kita lagi untuk buat keputusan.๐Ÿ™†

Ada juga sumber yang aida baca, kita akan lebih kurang stress bila kita share masalah kekusutan kita dengan orang lain. Tapi, ada jugak kekurangan dia bila kita mintak pendapat orang lain ni. Contohnya, mungkin dia orang tak betul-betul faham apa yang kita rasa. Dan dia orang jugak mungkin akan bagi cadangan based on apa yang dia orang sendiri  rasa, tapi bukan diri kita yang rasa. Jadi dekat sini mungkin mintak pendapat orag lain boleh buat kita lagi stress sebab pendapat orang berbeza-beza. Ada jugak sesetengah dari kita yang prefer tak bagitahu siapa-siapa sebab kita jenis malu, takpun sebab kita jenis tak megharapkan orang lain.Haaa dekat sini lah yang isu ikut member tu menjadi.

Jangan risau kalau benda ni berlaku dekat korank, kita akan pergi pulak ke tips yang kedua!

➥ 2) TANYALAH KEPADA ALLAH

Kalau kita rasa kusut sangat, segeralah pergi kepadaNya. Mintak dekat Allah,tanya kepada Allah, mana jalan yang terbaik untuk diri kita. Kita boleh buat solat sunat istkhirah. Kita juga boleh buat solat sunat hajat. Takpun , yang paling mudah, berdoalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. In shaa Allah, Allah akan mendengar.๐Ÿ’ž

Lagi satu, aida rasa mungkin ramai yang dah tahu tetapi aida tetap nak share. Bila kita mintak kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, jangan kita harap jawapan akan terus sampai. Kadang-kadang kita tunggu jawapan tu datang dalam bentuk mimpi lah. Salah semua tu! Jawapan kadang-kadang boleh datang dalam bentuk 'ia dipermudahkan'! 

Dipermudahkan ni bermaksud, kalau kita pilih satu decision ni. Tengok-tengok banyak betul obstacle yang datang. Haaa ni adalah salah satu jawapan menunjukkan ia tak dipermudahkan. Jadi ambillah cara yang lebih dipermudahkan oleh Allah. In shaa Allah, kita pun akan rasa lebih tenang. Kita kena yakin semua ada hikmahNya. Kadang-kadang jugak jalan yang kita pilih tu terbaik dari pilihan yang lagi satu, tetapi banyak pulak halangan yang datang?Terus kita ambil jalan yang salah. Bukan! Itu jugak bermakna Allah nak uji hambaNya. Ini kita akan pergi ke tips yang ketiga.

➥ 3) AMBIL PILIHAN YANG MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH

Macam aida cakap tadi, bila kita diberi pilihan yang berbentuk good vs evil, confirmlah kita pilih good kan? Tapi tiba-tiba, banyak benda berlaku yang jadi penghalang. Terus kita cakap ni Allah tak permudahkan niieee, jadi jomlah pilih evil! Tak, jangan, aida tak ajar tu. Maksud dekat sini, Allah nak menguji hambaNya. Bukan ke, kehidupan ni satu ujian?

Jadi sebab tu bila kita didatangi 2 perkara yang mungkin satu baik, dan satu tak baik, pilihlan keputusan yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Atau mungkin pilihan tu dua-dua baik tapi yang mana lagi bagus? Kita check balik, mana pilihan yang lebih Allah suka? ๐Ÿ˜‰

Okey tu saja aida nak kongsi hari ni. Aida terfikir nak cakap pasal ni sebab aida baru-baru ni kena buat keputusan dan Alhamdullilah, aida guna tips-tips ni, lagi senang aida nak buat pilihan.In shaa Allah. Mungkin korank boleh try nanti bila tiba-tiba kena buat keputusan! Okey tunggu next tips-tips dari aida lagi!

x^^


Share:

Grateful in Ramadhan

ุจِุณู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญูŠู…ِ In the name of Allah, the most Gracious,  The Most Merciful Hi and assalamualaikum ev...

Blogger Template Created by pipdig