بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ | In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

Wednesday, 31 January 2018

Review: Maze Runner The Death Cure




Alright, semalam aida ada movie night dengan kakak aida. Jadi kepada kita-kita yang dah layan maze runner 1 dengan 2 mesti kena tengok kan movie last ni , Maze Runner The Death Cure!! Masa mula-mula tengok trailer dengan poster semua, baca tagline, 'Every Maze has an end!' Zuppp... terus meremang weyhh sebab movie last dah!!

Okey cerita ni, apa yang aida boleh cakap kalau korang semua tak tengok lagi yang cerita no 1, The Maze Runner dengan cerita no 2, Maze Runner The Scorch Trials, korang kena tengok dululah. Sebab kalau korang tengok terus yang ketiga ni, korang akan ada yang tak faham sebab cerita dia banyak ada kaitan. 

Okey, overall cerita ni best. Jalan cerita tak boring semua. Plot pun best! Sebab lagi satu faktor cerita ni best, kita yang follow cerita ni pun mesti ada rasa nak tahu ending dia apa kan. Jadi tu penyumbang utama lah kena pergi tengok cerita ni. Jadi, kalau korang follow cerita maze runner yang kedua, cerita dia Teresa mengkhianati dia orang sampaikan Minho, salah seorang kawan dia orang kena tangkap dengan geng WICKED. Jadi basically yang ketiga ni more macam mana  Thomas, Newt dan jugak kawan-kawan dia yang lain nak selamatkan Minho dari WICKED ni. Banyak lah element of suprises dan jugak plot twist yang boleh buat kita meleleh TT dan buat cerita ni tak buhsan.

Apa yang aida boleh cakap, cerita ni mampu buat aida MENANGIS dalam wayang!!! 😭 Jadi korang kena lah pergi tengok. lagi-lagi sesiapa yang memang dah follow Maze Runner dari dulu! 






Share:

Tuesday, 30 January 2018

Cerita Inspirasi: Telur, Lobak dan Biji Kopi





Seorang wanita muda bergelut dengan kehidupan yang dia alami, dia pergi kepada ibunya dan memberitahu bagaimana hidupnya sengsara dan sangat sukar untuknya. Dia bosan berjuang dan sedang bergelut dengan masalahnya sendiri dan wanita muda itu mahu menyerah kalah.

Ibunya, tanpa berkata banyak, membawa wanita muda itu ke dapur. Dia mengisi tiga periuk dengan air. Di dalam periuk pertama, dia meletakkan lobak, periuk yang kedua dia meletakkan telur, dan yang terakhir dia meletakkan beberapa biji kopi tanah.

Dia membiarkan periuk-periuk itu sekejap untuk mendidih tanpa berkata apa-apa kepada anak perempuannya. Anak perempuan itu tertanya-tanya apa yang dilakukan ibunya ketika dia sedang mengeluh tentang kehidupnya. Selepas beberapa lama si ibu mengeluarkan lobak dan telur tadi dan terus meletakkannya dalam mangkuk. Kemudian dia meletakkan pula kopi ke dalam cawan. Si ibu ini memandang anak perempuannya lalu bertanya,

"Sayang, beritahu ibu apa yang kamu lihat?". 

"Lobak, telur dan kopi? " dia menjawab.

"Cuba tengok lagi dekat dan rasakan lobak tu" kata ibu. 

Anak perempuan itu menyatakan bahawa lobak-lobak tu lembut. Si ibu kemudian memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Kelihatan bahagian dalam telur itu direbus dengan keras. Akhirnya, dia memintanya untuk menghirup kopi pulak. Aroma yang kaya itu membawa senyuman ke wajahnya.

Anak perempuan itu kemudian bertanya, "Apa maksudnya, ibu?"

Kesemua tiga bahan ni, lobak merah, telur, dan jugak kopi telah melalui keadaan yang sama iaitu air mendidih. Walau bagaimanapun, masing-masing bertindak balas secara berbeza. Lobak ni kuat dan keras mula-mula.Walau bagaimanapun, selepas masuk ke dalam air mendidih, ia melembutkan dan menjadi lemah. Telur ini pulak mempunyai kulit yang rapuh serta  ada cecair di dalamnya. Tetapi selepas berada di dalam air mendidih, cecair tadi tu akan mengeras. Tetapi.. biji kopi tanah ini adalah unik, kerana bila kena air yang sedang mendidih, biji kopi tu berubah menjadi air kopi dan memberikan aroma yang luar biasa.

"Jadi sekarang, sayang yang mana satu?"  Si ibu bertanya kepada anaknya sambil tersenyum.

☕☕☕☕☕

 Jadi, Adakah korang lobak merah, telur, atau kacang kopi? 

Adakah korang lobak merah yang nampak kuat pada mulanya, tetapi menjadi lembut dan kehilangan kekuatan apabila dalam kesukaran?

Adakah korang telur yang bermula dengan jantung yang lembut, tetapi mengeras dengan panas? Adakah korang mempunyai semangat, tetapi ketika korang berjuang dan mempunyai masalah, adakah korang akan menjadi keras dan kaku? Adakah masalah itu mengeraskan semangat bebas korang?

Atau adakah korang seperti biji kopi? Biji-bijian yang mengubah air panas, menjadi minuman beraroma. Sekiranya korang seperti kacang kopi, apabila keadaan menjadi lebih teruk, korang akan menjadi lebih baik dan mengubah situasi di sekeliling korang.

Kehidupan penuh dengan naik dan turun, tetapi satu-satunya perkara yang benar-benar penting ialah bagaimana kita memilih untuk bertindak balas kepada situasi di sekeliling kita dan apa yang perlu kita buat daripada itu. Kehidupan adalah tentang pembelajaran, penyesuaian dan penukaran semua perjuangan menjadi sesuatu yang positif.

Mungkin seni hidup adalah untuk mengubah masa yang sukar untuk menjadi pengalaman yang hebat: kita boleh memilih untuk membenci hujan atau menari di dalamnya. " - Joan Marques


Share:

Sunday, 28 January 2018

4 Perkara Perlu Ingat Bila Si Ragu-Ragu Cakap "TAK BOLEH"


Bila kita ada impian atau matlamat, PASTINYA akan ada 'si ragu-ragu' betul tak? Dia orang ni sama hebat dengan 'pembunuh'  yang sangat kejam yang akan menembak diri kita sendiri sebelum kita sempat untuk melepaskan diri. Mereka-mereka ni jugak lah yang akan kata "kau tak boleh weyhh!! " masa kita fikir kita boleh. Dia orang ni jugak yang akan membuat kita teragak-agak apabila kita sebenarnya yakin, ataupun rasa bodoh apabila sebenarnya kita pandai.



Keraguan dari luar sebenarnya adalah penyumbang utama keraguan kepada diri sendiri. Kehidupan dan kejayaan kita ni sebenarnya bukanlah tentang apa yang berlaku kepada diri kita, tetapi macam mana kita melihat dan bertindak balas terhadap apa yang berlaku kepada diri kita sendiri. Dan ragu-ragu semestinya berlaku! Tak dinafikan! Perasaan ni datang dengan cepat sangat, tak sempat kita nak brake. Jadi kena bersedialah untuk menghadapai pembunuh impian dan matlamat ini. Lagi bagus lagi, kalau korang manfaatkan daripada keraguan ni. Kalau korang rasa korang tak boleh tapi sebenarnya korang boleh!!💪😉

Jadi, ini ialah 4 manfaat korang boleh dapat dari 'si ragu-ragu' ni!

⤘ 1) Si ragu-ragu ialah pemberi motivasi terbaik!


Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada mereka ni. Bukan sahaja mengucapkan terima kasih tapi iktirafkan mereka sebagai pengerak korang untuk lebih bersemangat.Kita tak sepatutnya tertekan bila adanya ragu-ragu ni, tapi disebaliknya kita jadikan perasaan tu sebagai kuman yang harus dibunuh untuk membuktikan hasilnya nanti.

Ingatlah, kita tak perlu ambil kritikan orang lain sampai masuk ke dalam hati kita,  nanti kita jugak akan terseksa. Tidak kira dalam bentuk peribadi atau tak, pastikan korang tak terlalu melaborkan emosi. Ya, kadang-kadang kita tak tahan,tapi percayalah Allah akan bantu orang yang sabar.

"Jika anda ingin ragu-ragu dalam hidup,ragu-ragulah kepada batasan diri sendiri"-Dan Brule


Ketahuilah korang  bahawa keraguan  tidak dapat menentukan siapa kita, melainkan kita membenarkannya. Kita jugak boleh tukar tindakan si ragu-ragu ni menjadi tindak balas yang positif dan memberi kekuatan yang baik. Nak buktikan dekat si ragu-ragu yang dia orang tu salah jugak adalah apa yang kita perlu untuk tunjukkan kehebatan kita.


⤘ 2) Si ragu-ragu akan tunjuk kepada kita mana nak diperbaiki.


Kadang-kadang kita perlu ketepikan ego kita sekejap dan cuba pertimbangkan apa kritikan kita dapat. Sebenarnya banyak benda kita boleh dapat jugak dari dia orang. Kita kena ambil kritikan secara objektif. Sekurang-kurangnya cuba ambil satu point yang dapat bantu kita. Lepas ni, kalau korang dengar ada sesiapa yang ragu-ragu dengan korang, korang cuba untuk cari 1 kebenaran dalam kata-kata dia orang. Buat game plan korang. Percayalah korang akan jadi lebih berjaya!

⤘ 3) Si ragu-ragu boleh jadi sekutu yang kuat!


Mereka yang selalu cakap 'tidak' ni, selalunya akan paling nampak perbezaan dan tak malu untuk lantang bersuara memberi pendapat. Kalau korang dapat ubah situasi menjadi 'win-win situation', si ragu-ragu ni boleh menjadi sekutu atau partner kita yang kuat. Dia orang dah buktikan yang diaorang ada suara untuk memberi pendapat, cuma kali ni untuk manfaat korang pulak. Percayalah, semakin besar impian dan matlamat korang, akan semakin ramai 'si ragu-ragu' ni. Jadi ambillah peluang!

⤘ 4) Si ragu-ragu sebenarnya peduli..


Kita jangan benci mereka yang tak percaya dengan impian kita, mungkin diaorang ni lah yang sebenarnya sayang dekat korang. Kadang-kadang sedar tak, orang yang paling rapat dengan kita akan bagi suara yang paling kuat apabila tak bersetuju. Ni mungkin ayah atau mak korang, korang punya suami atau isteri, atau kawan baik korang.

Kadang-kadang orang yang paling kita sayang pun tak dapat tengok apa yang kita betul-betul nak untuk diri sendiri. Diaorang cuba untuk sekat kita buat sesuatu sebab dia orang pun pernah rasa kegagalan dan tak mahu korang rasa benda yang sama. Contohnya seorang ayah yang pernah gagal dalam bisnes, mesti nak anak lelaki dia untuk 'menjadi realistik' atau mencari 'kerja tetap' dengan duit gaji yang pasti.

Tapi berita baik dia ialah dia orang ni nak kita berjaya. Dia orang sebenarnya beri kita peluang untuk menjadi penyokong kuat kita dalam diam.

Jadi teruskan apa sahaja yang korang buat untuk capai impian korang manakala menjadikan si ragu-ragu sebagai kekuatan korang dan buktikan kepada mereka yang korang boleh!

Adakah korang jenis membiarkan 'si ragu-ragu' mengawal hidup korang? Apa yang korang buat untuk mengubahnya? Tinggal apa yang korang fikir dekat bawah! 😊





Share:

Saturday, 27 January 2018

Fenomena SUPER BLUE BLOOD MOON pada 31 Januari 2018!






Pada 31 Januari nanti akan ada satu fenomena yang JARANG BERLAKU! Rakyat Malaysia boleh ambil peluang ni untuk tengok 3 GABUNGAN FENOMENA LUNAR yang kali terakhir berlaku pada 152 tahun dahulu! Gila tak nak tengok kejadian 'rare' ni kan?

Melalui sumber Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana bulan ni akan kelihatan di Eropah Timur, Afrika Timur, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan jugak Amerika Utara

Fenomena Super Blue Blood Moon ni kali terakhir terjadi pada 31March 1866! Lama kan? Dari sumber Planetarium Negara, fenomena ni adalah gabungan supermoon, bluemoon dan jugak bloodmoon.

Melalui keterangan diaorang, supermoon ni terjadi bila bulan adalah penuh dan berada dekat dengan bumi, membuatkan bulan tu kelihatan lebih besar daripada yang biasa!

Fenomena bluemoon pulak terjadi apabila fasa bulan penuh akan kelihatan pada tarikh yang sama. Kejadian bulan penuh itu adalah bulan penuh yang kedua pada bulan Januari 2018.

Bila nak tengok? Jadi fasa gerhana bulan  ni akan bermula pukul 7.48 malam dan akan berlangsung hingga 11.11 malam masa 31 Januari 2018 tu. Kejadian Super Blue Blood Moon akan mencapai fasa maksimum dia pada 9.29 malam dan berakhir pada 10.07 malam. 

Dalam kenyataan yang sama, kejadian gerhana bulan tu jugak boleh dikenali sebagai bloodmoon sebab bulan akan kelihatan kemerah-merahan selepas cahaya dari matahari akan ditapis daripada memasuki atmosfera bumi.

Jika cuaca mengizinkan in shaa Allah, tempat best nak tengok fenomena yang jarang berlaku ni ialah di kawasan pantai yang menghadap laut di sebelah timur, boleh jugak dekat kawasan puncak bukit, dataran tinggi, dekat atas bangunan tinggi ke atau  di mana sahaja dengan pemandangan yang tidak terhalang dari langit sebelah timur.

Antara contoh tempat yang boleh nak tengok fenomena ni ialah di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor ; Tanjug Bidara, Melaka; Pantai Tok Jembal, Terengganu; Tun Mustapha Tower, Kota Kinabalu,Sabah dan jugak Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.






Kita juga dijemput untuk ambil bahagian dalam program pemerhatian Super Blue Blood Moon yang akan dibuat pada 31 Januari 2018 bermula 7 malam sehingga tengah malam dekat pintu masuk Planetarium Negara. Wahh bestnya!

Bukan tu je, yang lagi best pihak Planetarium Negara akan sediakan beberapa teleskop dan jugak akan bagi sedikit taklimat mengenai fenomena ni, boleh lakukan aktiviti astro-photography dan jugak sama-sama lakukan solat sunat gerhana. Mesti seronok, sambil kita boleh tahu banyak ilmu mengenai fenomena ni, kita jugak boleh bersujud kepada Allah untuk memuji kebesaran Allah, betapa agungnya kuasa Allah untuk menghasilkan fenomena ini. Allah pun menyuruh kita sentiasa memerhati alam untuk memuji kebesaran Dia kan?💓

Haaa, macam menarik kan? Boleh ajak family atau kawan-kawan datang. Kalau nak maklumat lanjut boleh telefon Planetarium Negara dekat 03-22735484 atau email info@planet.gov.my ataupun boleh je tengok website rasmi dia orang dekat www.planetariumnegara.gov.my atau facebook Planetarium Negara. Haaa macam tukang promote uolss. Planetarium Negara, please notice aida, mana tahu boleh jadi ambassador gituu.. XD

Jadi ingat untuk mark kalender korang kalau nak tengok fenomena hebat supermoons ni!😉
Share:

Friday, 26 January 2018

Segmen Blogwalking By Miss Kepeng


Yayy!! 'merapat-rapatkan silaturrahim' sesama blogger time!! Disebabkan aida pun nak cari lagi banyak kawan blogger yang aktif so aida nak join lagi segmen blogwalking! Kali ni bersama dengan Miss Kepeng pulak!!🙌



Jadi aida harap dengan segmen ni, lagi ramai kawan aida dapat! Siapa yang singgah entri ni, selamat datang ke blog aida!!😊

Jadi aida nak tag  this 3 wonderful person!

Share:

13 Cara Untuk Kekal Bermotivasi!





Adakah  korang kekal semangat dan bermotivasi hari ni? (Sila bayangkan Datuk Dr Fadzilah punya suara bertanya ye) dan kita pun menjawab.. YAAA! Okey harap nyee ya lah erh, tapi kalaulah TAK, post ni sangat sangat sesuai untuk anda!! Kalau yang jawab YA pun, teruskan membaca .. manalah tahu boleh tambah motivasi korang jadi double scoop!`

 Okey, motivasi ni tersangat lah penting sebenarnya dalam kehidupan kita. Kita pun baru-baru ni dah dengar banyak berita atau cerita sana sini orang kena depression ataupun mental illness. Aida ni tak ada lah mahir sangat dalam bidang ni tapi somehow aida rasa mungkin salah satu sebabnya ialah lack of motivation dalam diri seseorang. Motivasi ni boleh jadi satu kekuatan ataupun miracle  kepada diri seseorang untuk teruskan hari-hari diaorang walaupun mungkin hari tu ialah "the worst day ever" ataupun   "today is my bad day"! Tapi dengan adanya MOTIVASI, in shaa Allah kita dapat jalani hari-hari kita dengan lebih semangat!GO GO!*jerit sikit! 💪

Jadi, hari ni aida nak kogsi 13 cara untuk kita kekal bermotivasi dalam diri!Bukan 1, bukan 10 tapi 13!! Jadi baca elok-elok, ingat dalam-dalam dan simpan dalam hati.

➽1) FOKUS hanya untuk HARI INI

Haa.. i siap Caps Lock, siap underline lagi uolss, please cakap nampak. Tu menunjukkan betapa pentingnya perkataan 'hari ini'. Kita ni sebenarnya boleh sesat. Sesat dalam fikiran kita sendiri. Mungkin fizikalnya kita pergi buat aktiviti sana sini tapi kalau fikiran kita asyik dok fikir benda yang lepas atau pun fikir benda yang akan datang yang  belum pasti, confirm kita akan SESAT!! Sesat ni tak boleh baiki pakai kompas tau, korang hanya kena FOKUS jaa!!Fokus kepada apa? Fokus kepada 'Hari ini' ataupun bahasa saintifiknya present.

Terlalu overthinking ni sebenarnya adalah taboo kepada diri kita yang nak berjaya dan kekal bermotivasi. Tak ada faedahnyaa sibuk fikir benda-benda tu!Cuba belajar fokus untuk hari ni, fokus waktu sekarang. Itu kan jauh lebih baik kan? Masa yang kita ada sekarang, kita boleh buat kerja ke, macam siapkan apa-apa kerja tertangguh, belajar benda baru ke?, takpun pergi bercuti ke, yang penting jangan nak fikir sangat lah benda-benda lepas atau benda yang tak pasti ni. BUANG MASA JEEE.. Korang boleh try achive daily goals korang! 

➽2) Menang dalam pertempuran mental!

Uishh cam dasyat kan, tapi benda ni betul! Kita sebenarnya tak sedar pun bila mental boleh ambil alih fikiran kita? Tahu-tahu kita rasa stress, takpun rasa nervous, atau pun perasaan paling hot iaitu cinta pandang pertama. Okey tu over. Tapi point kat sini nak bagitahu yang kadang-kadang kita tak sedar apa mentaliti kita boleh buat kepada diri kita. Tu yang ada sampai boleh jadi mental illness and depression tu.

Dekat sini aida bukan nak ajar jadi Professor Xavier (okey siapa tengok XMen tahu lah siapa pak cik ni). Aida pun bukanya nak ajar suruh kita control mind kita, mestilah mustahilkan sebab kita sebenarnya tak boleh nak kawal pun tapi apa yang kita boleh kawal ialah yang mana satu kita perlu AMBIL PERHATIAN. Kalau kita dok asyik bagi full attention kita dekat benda-benda negatif tu haa yang satu badan boleh jadi negatif tu, murung, bad mood sampai orang sekeliling tak bersalah pun jadi mangsa. Jadi kita perlulah fikir benda-benda yang baik sahaja. Fikir benda positif, kreatif dan jugak bercinta bercita-cita tinggi! Jangan pernah bagi peluang pun tenaga kepada ketakutan dan jugak perasaan bimbang. Buangkan semuaa tu! Tak salah tapi jangan sampai memakan diri sendiri

➽3) Tulis Impian Paling Tinggi dekat Whiteboard Besar!

Kita sebenarnya perlu tulis impian kita dekat tempat yang paling senang untuk kita tengok setiap hari. Lagi bagus, bangun tidur je dah nampak. Jadi better korang letak goals and dreams korang dekat tepi katil! Benda ni terbukti berkesan bila kita akan sentiasa "eye on the prize" , dapat maintain fokus kita, dan dapat jauhkan segala macam distraction yang boleh menggangu kita untuk mencapai impian kita setiap hari.

➽ 4) Biar Kecil, Tetapi Boleh Dicapai

Yup, kita ada big goals kita! Tapi kena pastikan korang kena bahagi big goals korang kepada goals yang lebih kecil dan boleh tercapai: contohnya mungkin boleh buat "to do list!" Bukan, apa.. kadang-kadang impian kita terlalu tinggi jadi expectation pun tinggi. Bila gagal je terus mengalah, Sebab tu fokus untuk satu hari, apa yang aku perlu buat SEKARANG untuk capai impian korang akan datang?

➽5) Senaraikan 3 perkara dalam to do list yang MESTI KENA BUAT DAN BERJAYA!

Jangan cuba penuhkan hari korang dengan nak capai banyak benda.Memang betul, kita manusia memang nak semua benda nak cepat selesai dengan jayanya, tapi sekurang-kurangnya 3 (hanya 3) task yang penting yang PERLU korang buat. Fokus yang ketiga-tiga, bila dah selesai (dah memang betul-betul selesai) baru pergi ke perkara yang lain.

Sekarang ramai yang jenis set buat benda banyak-banyak,lepastu penat campur dengan stress, kurang motivasi  dan akhirnya tak ada satu benda pun yang menjadi.Kalau korang fokus,sentiasa kekal bermotivasi, korang akan sampai ke tujuan korang dengan lebih cepat.



➽6) Tampal Qoutes dekat dengan katil dan juga meja.

Aida personally sangat suka qoutes! Tak kisah lah dalam notebook ke (satu atau dua buku), atau letak dekat cermin tandas, tak pun dekat sebelah katil akan sentiasa letak inspirational qoutes yang boleh buat aida fokus, semangat dan sentiasa sedar kejayaan bukan datang dengan cepat. Kejayaan tu perlu kesungguhan,konsisten dan jugak pengorbanan. Mungkin korang boleh try?

➽7) Praktis berdisiplin

Yup, aida tahu perkataan disiplin ni tak seksi langsung tapi sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita.. Melalui disiplin lah kita dapat kebebasan. Kebebasan untuk buat banyak benda sampai siap, untuk perbaiki diri dan tak nak ada penyesalan dalam hidup. Disiplin ni bukan sahaja kena fokus untuk hari ini tapi perlu dipraktikkan setiap hari.

➽ 8) Dikelilingi persekitaran yang memberikan motivasi.

Persekitaran kita MESTI memberi inspirasi kepada kita. Kelilingi dengan gambar yang boleh beri motivasi and at the same time dalam persekitaran yang bersih dan ruang yang selesa. Yup, kekusutan boleh menyerang minda bila-bila masa tetapi kekusutan tu boleh jadi lagi kusut kalau berada di tempat persekitaran yang bersepah kan?

Jadi hiasilah tempat kerja korang atau tempat study korang dengan benda yang korang suka.Keluarkanlah sedikit duit untuk beli meja yang cantik kalau benda tu boleh buat korang happy dan semangat. Yang paling penting tempat tu boleh inspire and motivate korang.Sebab apa ni penting? Sebab tempat ni adalah tempat miracle yang akan berlaku. Inilah tempat  yang akan menggunakan banyak masa korang. Jadi pastikan persekitaran dapat mempengaruhi korang dengan baik.

➽ 9) Work Out setiap hari

Ye! Aida tahu susah. aida pun susah bab ni. Tapi, menjadi fit bukan sahaja membantu kita dari segi penampilan dan tenaga tapi juga dapat stabilkan hormon kita. Bila menjadi fit dapat bantu kita meningkatkan natural level untuk testosterone yang boleh membuang depression. Jadi pergilah gym ke,sukan atau exercise ringan-ringan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Jadi mungkin kita boleh mula keluar dari dalam bangunan dan menjadi lebih aktif!!

➽ 10) Bekerja dalam 90-120 minit kemudian active break.

Kadang-kadang kerja yang kita buat ni perlulah ada tujuan dan perlu beri 100% perhatian. Tapi berdasarkan bacaan aida, kita manusia boleh fokus hanya 90 minit sahaja. Tapi aida kadang-kadang 5 minit je mampu bertahan. Okey, jangan follow aida yang tu. Jadi cara terbaik untuk dapat balik fokus kita ialah dengan membuat rehat yang aktif. Endorphin akan dibebabskan bila kita buat quick jog, atau renggang-rengangkan otot, takpunpergi jalan-jalan dekat luar rumah. Active break ni bukan sahaja dapat menambahkan tenaga tetapi juga dapat kekalkan fokus.

➽11) Membaca

Orang yang hebat ialah orang yang suka membaca. Kalau kita tengok semua orang hebat dekat dunia, dia orang mengamalkan 1 habit yang sama iaitu MEMBACA. Betul lah orang kata nak ada masa depan yang berjaya, bacalah pada waktu sekarang.

➽ 12) Kemas rumah atau tempat bekerja dan study

Ambil masa untuk kemas rumah korang, paling tak pun sekali seminggu. Buang segala benda yang boleh menambahkan kekusutan korang tu jauh-jauh! Baru lah fikiran kita pun bersih.

➽13) Pergilah melancong

Pergilah connectkan diri korang dengan nature, jauhkan diri sekejap dari benda-benda yang boleh serabutkan korang. Tak perlu melancong mahal-mahal, dekat-dekat je pun okey cukup untuk buat korang lebih tenang dan nak recharge balik motivation tu. Nak bawak kamera atau notebook pun lagi bagus.

BONUS!!!
Bacalah blog aida untuk mendapat lebih banyak tips atau cerita-cerita inspirasi dan motivasi! 😆

Haaaa dah cukup 13 cara + bonus lagi!!Yup mungkin ada banyak korang dah baca ataupun dah tahu, tapi aida sentiasa yakin yang motivasi ni perlu sentiasa diingatkan. 😊

Okey tunggu lagi post-post pasal motivasi dari aida ye! Until next post!









Share:

Review: I'm Not a Robot (Kdrama)


Mana peminat Kdrama ni?! I ada satu berita hot ni nak share.
Korang pun mesti tahu kan cerita tengah meletup sekarang ni.
Dan akhirnya... Yayyyyy!! Drama I'm Not a Robot dah habis!! 😍





Alright! macam mana aida boleh suka tengok cerita ni, of course sebab ada Yoo Seung-Ho. Hoho  Kan aida pernah bagi review The Emperor:Master of The Mask, macam mana superbnya dia ni berlakon, yang boleh buat aida sampai menangis. Dari situ aida start nak follow cerita-cerita yang dia  berlakon. Drama yang dia pernah berlakon sebelum ni pun more kepada cerita serius dan I'm not a Robot ni more kepada romatic comedy! Sebab tu masa mula-mula keluar aida teruja sangat nak tengok!

Alright, drama ni mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Min Kyu. Dia  ni ada trust issue, dan sebab masalah dia ni, dia ada satu penyakit misteri iaitu dia ada allergic dekat human contact. Dia tak pernah bercinta atau keluar rumah selama 15 tahun! Boleh jadi gila nokk. So nak pendekkan cerita Jo Ji A ni kenalah menyamar jadi robot atas sebab tertentu dan bermulalah cerita macam mana Kim Min Kyu boleh jatuh cinta pulak dekat robot ni. (Aku pun tak faham.. )Mungkin sebab robot ni macam manusia sangat kot?  Dan apa pulak reaksi Kim Min Kyu bila dapat tahu robot tu sebenarnya manusia? Haaaa so korang kenalah tengok! Tak best lah jadi spoiler.

Jadi overall, aida suka cerita ni. Tak heavy sangat . Chemistry antara hero dengan heroin pun awesome! SWEET SANGAT SAMPAI BOLEH DIEBETES!! Dah lah muka nak sama!Plot cerita pun tak slow. Just nice! Dan of course high rating punya drama, kalau tak takkan aida recoomemnd dekat korang  kan?

Don't worry cerita tu dah habis dah! Baru habis hari ni. Korang boleh tekan link ni untuk tengok drama tu! So enjoy!

Nah aida belanja trailer satu kali buat kasi gempak sikit! 😉










Share:

Thursday, 25 January 2018

Anak Kecil Kehilangan Ayahnya...

Assalamualaikum dan hi semua..

Pagi tadi, mama aida ada share satu cerita yang sangat sedih dekat aida dalam whatsapp. 😭 Aida tak dapat bayangkan kalau aida berada di situasi anak-anak kecil tersebut. Bila baca cerita ni, aida betul-betul yakin yang mati itu pasti. Dan aida teringin nak share cerita ini kepada semua:



......

Seorang Pelajar Darjah Dua SK Jalan 6 bandar baru bangi kehilangan bapanya awal pagi tadi. 

Bapanya meninggal selepas serangan jantung semasa memandu selepas menghantar anak ini ke sekolah. Bapanya meninggal di tempat kejadian pada usia 37 tahun.

Apa yang buat saya sebak ialah ibunya baru 5 hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di kelantan.

Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di jabatan kebajikan masyarakat. 

Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi.

Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.

Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di
SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi

Moga sumbangan Tuan-puan boleh meringankan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarga beliau.

Moga Anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang. 
Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.

.....

Pilu hati aida memikirkan, anak yang masih mentah sudah tak boleh merasa kasih ayahnya.

Anak sulung darjah 2..
Anak kedua darjah 1..
Dan ketiga baru lahir..








Tapi benarlah, Allah berfirman



Marilah kita angkat tangan bersama-sama mendoakan Allah permudahkan urusan isteri arwah dan jugak anak-anaknya. Mari juga kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.. in shaa Allah

Al-Fatihah

Aida tak dapat lagi maklumat lengkap keluarga tersebut buat masa sekarang, mungkin mereka sedang sibuk. Walaupun kita tak mampu untuk hulurkan dalam bentuk wang, ayuhlah kita bantu dalam bentuk doa. in shaa Allah.. Jom kita jadikan iktibar dari cerita ni supaya sentiasa sedia dengan bekalan akhirat kerana kita tak akan pernah tahu bila pengakhiran kita.. In shaa Allah..

p/s: gambar semua adalah hak milik pemilik yang sebenar

Share:

Segmen Blogwalking By CikYan


Hi, assalamualaikum semua! 😊

Jadi, aida terjumpa segmen ni!Aida berminat nak join. Jom eratkan silaturahim sesama kita! 💓




Jom kita join segmen ni! Senang je.. ikut sahaja syarat di atas! Selamat bersegmen!
Boleh klik sini untuk ke blog CikYan! 💕

Share:

Wednesday, 24 January 2018

Moment of life is like an ice-cream!




Moment of life is like an ice-cream! 🧚🏻‍♀✨🍦

Kenapa ice-cream?? Kita kenalah enjoy each moment kita bila kita makan ice-cream. 🍦Jangan fikir banyak sangat sampai tak makan-makan. Kalau tak nanti cairlah ice-cream tu. Mesti rasa pun dah tak sama, lagipun tak ada siapa yang sanggup makan ice-cream yang cair kan?

Bila dah makan.... suap dalam mulut.. MMMmmmmm sedapnyaa ice-cream ni! 😋 Kita pun tersenyum bersyukur, dan terus makan lagi, lagi dan lagi.. tetapi!  *lagu saspen~~ alamak brain freeze menyerang! Aduhh.. Sejuknyeeee.. 😨 kita stop jap makan, tapi kita tetap makan semula sebab kita yakin dengan izin Allah, brain freeze  tu akan hilang. Lama-lama dah hilang kita pun kembali tersenyum.

Sekarang ice-cream dah habis. Sedihh... 😢 tetapi bayangkan kita share ice-cream yang kita ada tu bersama family, saudara kita dan jugak kawan-kawan kita. Walaupun ice-cream dah habis dimakan, memory kita makan dan rasa tu tak akan pernah hilang, lagi-lagi the sweetness of the ice-cream! 😋

May your ice-cream have a really great flavor this 2018 and don’t forget to put some sprinkle on it. 💖✨

x^^
Share:

3 Tips Membuat Keputusan dan Pilihan Yang Tepat







Dalam dunia ni, tidak kira pasal kehidupan orang lain ke, atau kehidupan diri kita sendiri, kita tak akan pernah terlepas dalam membuat pilihan. Kadang-kadang dalam proses nak buat pilihan tu boleh buat kita jadi stress! 😟 Kadang-kadang jugak, keputusan kita tak suka tetapi kita terpaksa ambil jugak atas sebab ikut member? atau nak jaga hati family? Ada masa jugak kita boleh sampai  tersalah buat keputusan, lepastu kita menyesal sangat-sangat! Jadi lagi bertambah stress lah kita!😔


Jadi, hari ni aida nak kongsi 3 tips cara untuk kita buat keputusan yang terbaik dan juga tepat untuk diri kita sendiri. In shaa Allah. Tapi tips ni biasa-biasa je. Harap post ni dapat bantu sesiapa yang tengah dalam kekusutan tu. 😉💟

➥ 1) MINTAK PENDAPAT ORANG LAIN

Orang lain ni bermaksud orang yang paling kita percayai dan juga tak segan nak share ape pun. Haaa.. dalam kehidupan kita mesti akan ada seseorang yang sangat kita rapat untuk kita cerita masalah kekusutan kita tanpa kita rasa malu pun. Orang ni mungkin family korank, suami isteri, kekasih, atau mungkin kawan ngam korank yang ada bila masa susah senang. Jadi kat sini, tak perlulah kita nak simpan sensorang, ceritalah kat mereka. Mungkin cadangan dia orang dapat menyenangkan kita lagi untuk buat keputusan.🙆

Ada juga sumber yang aida baca, kita akan lebih kurang stress bila kita share masalah kekusutan kita dengan orang lain. Tapi, ada jugak kekurangan dia bila kita mintak pendapat orang lain ni. Contohnya, mungkin dia orang tak betul-betul faham apa yang kita rasa. Dan dia orang jugak mungkin akan bagi cadangan based on apa yang dia orang sendiri  rasa, tapi bukan diri kita yang rasa. Jadi dekat sini mungkin mintak pendapat orag lain boleh buat kita lagi stress sebab pendapat orang berbeza-beza. Ada jugak sesetengah dari kita yang prefer tak bagitahu siapa-siapa sebab kita jenis malu, takpun sebab kita jenis tak megharapkan orang lain.Haaa dekat sini lah yang isu ikut member tu menjadi.

Jangan risau kalau benda ni berlaku dekat korank, kita akan pergi pulak ke tips yang kedua!

➥ 2) TANYALAH KEPADA ALLAH

Kalau kita rasa kusut sangat, segeralah pergi kepadaNya. Mintak dekat Allah,tanya kepada Allah, mana jalan yang terbaik untuk diri kita. Kita boleh buat solat sunat istkhirah. Kita juga boleh buat solat sunat hajat. Takpun , yang paling mudah, berdoalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. In shaa Allah, Allah akan mendengar.💞

Lagi satu, aida rasa mungkin ramai yang dah tahu tetapi aida tetap nak share. Bila kita mintak kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, jangan kita harap jawapan akan terus sampai. Kadang-kadang kita tunggu jawapan tu datang dalam bentuk mimpi lah. Salah semua tu! Jawapan kadang-kadang boleh datang dalam bentuk 'ia dipermudahkan'! 

Dipermudahkan ni bermaksud, kalau kita pilih satu decision ni. Tengok-tengok banyak betul obstacle yang datang. Haaa ni adalah salah satu jawapan menunjukkan ia tak dipermudahkan. Jadi ambillah cara yang lebih dipermudahkan oleh Allah. In shaa Allah, kita pun akan rasa lebih tenang. Kita kena yakin semua ada hikmahNya. Kadang-kadang jugak jalan yang kita pilih tu terbaik dari pilihan yang lagi satu, tetapi banyak pulak halangan yang datang?Terus kita ambil jalan yang salah. Bukan! Itu jugak bermakna Allah nak uji hambaNya. Ini kita akan pergi ke tips yang ketiga.

➥ 3) AMBIL PILIHAN YANG MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH

Macam aida cakap tadi, bila kita diberi pilihan yang berbentuk good vs evil, confirmlah kita pilih good kan? Tapi tiba-tiba, banyak benda berlaku yang jadi penghalang. Terus kita cakap ni Allah tak permudahkan niieee, jadi jomlah pilih evil! Tak, jangan, aida tak ajar tu. Maksud dekat sini, Allah nak menguji hambaNya. Bukan ke, kehidupan ni satu ujian?

Jadi sebab tu bila kita didatangi 2 perkara yang mungkin satu baik, dan satu tak baik, pilihlan keputusan yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Atau mungkin pilihan tu dua-dua baik tapi yang mana lagi bagus? Kita check balik, mana pilihan yang lebih Allah suka? 😉

Okey tu saja aida nak kongsi hari ni. Aida terfikir nak cakap pasal ni sebab aida baru-baru ni kena buat keputusan dan Alhamdullilah, aida guna tips-tips ni, lagi senang aida nak buat pilihan.In shaa Allah. Mungkin korank boleh try nanti bila tiba-tiba kena buat keputusan! Okey tunggu next tips-tips dari aida lagi!

x^^


Share:

Sunday, 14 January 2018

Pulau Nami Malaysia!


📍Pulau Nami Malaysia



Photoshoot dekat Nami Island satt..

Assalamualaikum semua!

So hari ni aida nak tanya, siapa pernah pergi Nami Island?! Haaa Siapa peminat Kdrama kee Kpop keee mesti tahu tempat famous ni kann.?? Korang pun mesti ada angan-angan, teringin sangat nak pergi tempat shooting Winter Sonata tu tapi alangkah sedihnya tempat tu jauh nun di Korea sanaa, tengok  pulak akaun bank (duit pun macam semput serangan asthma)~ sedihh,  tapi sekarang korang tak perlu susah-susah dah!  Malaysia pun ada tau Nami Island ni!! ada dekat Kelantan jee..

Sign board dekat rumput! Ganas sangat siapa yang buat ni!

Nama sebenar tempat ni Pantai Senok atau Pantai Nami Senok, tapi sebab dia popular dan cantik macam Nami Island, tu haaaa orang dok panggil Pulau Nami Malaysia! Pantai Senok ni terletak dekat Bachok, Kelantan. Korang waze atau google map je Pantai Senok, sampai lah tempat tu!

So, jujur cakap kalau korang jenis suka tangkap gambar tempat cantik-cantik, nature lover so this is the place for you. Aida pun dapat tahu ramai jugak yang buat model or wedding photoshoot kat sini! Jadi kalau korang jalan-jalan Kelantan, singah kat sini jap tangkap gambar! Confirm meletup instagram korang! ;)


Ada bakat jadi model tak?? >.<

Model duduk pulakk...


Hmmmm, tapikan, ada 1 benda yang tak best nak bagitahulah, cuma bagi aida lah kan, luahan hati seorang aida, aida harap adalah pihak yang bertanggungjawap dapat buang sampah-sampah yang berkumpul kat sini, Ye lahh tempat pelancongan, orang luar datang tak sedap pulak mata memandang. Tapi korang jangan risau, korang pilih je spot baik punya, confirm dalam gambar tak nampak sampah. Tapi tu lah, kalau tak de sampah, tempat ni mesti lagi awesome! Kepada korang-korang yang datang melancong pun, jangan lah buang sampah merata-rata. Kita kena jugak jaga kebersihan, baru tunjuk contoh baik dekat orang luar atau pelancong asing yang datang sini, okey? Lagipun, kan kebersihan tu separuh daripada iman. In shaa Allah :)

Alright itu sahaja aida nak share! Ohh kepada yang baru kenal aida, aida sebenarnya pernah pergi Nami Island yang sebenar, memangg cantik! Tapi sebab blog aida dulu dah tak de (sob sob TT ) jadi hilang dah cerita aida ke Korea Selatan. Hmmm... mungkin lepasni aida leh wat entri baru nak share trip aida ke Korea dekat korank! Aha!!  Idea!!(^^)  Hahaha Okey till next post! 

x^^









Share:

Tuesday, 9 January 2018

Betul Ke Apa Logan Paul Buat di Suicide Forest?





Assalamualaikum, hi semua!

Okey aida nak tanya! Siapa kenal Logan Paul ??! Angkat tangan! "Siapa pulakk Logan Paul ni? " Alaaa yang Youtuber famous tu! Dia pun dah jadi pelakon dah sekarang. Sejujurnya aida tak follow pun dia ni sebab bagi aida video dia, aida tak berapa minat. Video dia bg aida macam rude sikit.. (sesetengahnya laa). Aida kenal pun sebab dia ni famous dan video dia selalu viral. 




Tapi bukan pasal dia yang aida nak cerita. Tapi more kepada apa yang dia dah buat. Baru-baru ni, dunia telah digemparkan dengan video dia yang dikatakan tak menjaga sensetiviti masyarakat dan diibaratkan "disgusting". Haaa video yang mana satu ni?? Sorryy aida tak dapat nak tunjuk sebab video tu Logan dah delete dah, yang ada pun video latest "I'm Sorry" dia.





Apa kes sebenarnya Logan ni? Okeylah aida nak cerita sikit apa yang dia dah buat. Logan dalam video tu dia sebenarnya tengah bercuti di Jepun dan hari tu dia decide nak pergi masuk Suicide Forest yang sangat terkenal dekat Jepun. Suicide Forest ni terkenal sebab terlalu ramai sangat dah bunuh diri dalam hutan tu,  Bagi aida video dia nak buat tu tak salah. Itu hak dia, kalau aida pun nak je record aida pergi suicide forest kann? Tapi yang menjadi masalah dia ialah ADAB dan RESPECT. So kali ni aida nak cerita pasal ADAB dan RESPECT untuk kita ambil iktibar. Haaa sampai capslock nak bgth pentingnya dua benda ni dalam apa benda kita buat tak kira dengan orang yang kita kenal atau tak kenal. Yang masih hidup ataupun dah mati.

Dalam kes Logan ni, dia terjumpa satu mayat yang tergantung dalam Suicide Forest atau dikenali jugak sebagai Oikigahara. Kalaulah aida terjumpa kan, confirm aida lari dulu! Tapi seperti kita semua tahu, logan ni memang seorang yang sangat berani (tengok video dia yang lain pun di Youtube: dia ni memang kadang-kadang jenis terlebih beraniii) Jadi memang semestinya dia ni akan pergilah  dekat mayat tu. Tapi dekat sini yang menjadi masalah dia. Logan telah buat dua kesalahan yang ramai netizen tak setuju!

1) Logan telah record mayat tersebut yang tengah tergantung. Logan siap datang dekat dengan mayat dan record mayat tersebut secara dekat.

Okey dekat sini, kita semua tahu sekarang isu bunuh diri sangat sensetif dikalangan masyarakat lagi-lagi bila artis-artis terkenal ramai yang bunuh diri sebab depression and so on. Jadi bila Logan buat macam tu, jadi ramailah yang bengang. Sebab benda tu macam mengaibkan orang yang bunuh diri tu dan jugak kepada keluarga si mati.

2) Logan bukan je record orang yang bunuh diri tu, tapi Logan siap buat silliy jokes lagi. Logan pun siap gelak dengan kawan-kawan dia berdekatan dengan si mati.

Jadi dekat sini, ramai netizen tak setuju dengan apa yang Logan buat. Logan macam biadap dan tak respect dengan si mati. Ramai yang kecam dalam twitter sampai boleh jadi trending nombor 1.

Ni antara kecaman netizen terhadap Logan Paul:



  




Sebenarnya banyak lagi lah komen-komen yang tak sedap dibaca tapi ini antaranya. Jadi persoalannya sekarang. Betul ke apa Logan Paul  telah buat di Suicide Forest ni? Aida tak nak tengok dari perspektif dia, mungkin dia hanya menjalankan 'tugas' dia sebagai vlogger untuk entertain orang ramai dan tak fikir consequenses yang akan berlaku apatah lagi dia bukan beragama Islam.

Jadi jom kita lihat dari perspektif agama kita sendiri iaitu agama Islam. Allah melarang kita untuk mengaibkan orang apatah lagi mengaibkan orang yang sudah meninggal dunia. 


Dari ‘Aisyah radhiyallaahu 'anha, dia berkata, Nabi shallallâhu 'alaihi wa sallam bersabda : "Janganlah kalian mencela orang-orang yang sudah mati, karena mereka itu sudah sampai kepada apa yang telah mereka lakukan.“

(HR. al-Bukhâriy)

Benda ni bukan terhad kepada orang yang yang sudah meninggal dunia je, tapi orang yang masih hidup pun kita kena jaga aib dan tidak sebarkanya apa lagi mengumpat.

Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud:

[49.12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Ada hadis daripada rasullah jugak yang bercakap pasal aib ni.
.
Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Bila baca, scary kan?? Haaa ini sedikit sebanyak hadis dan ayat dari Al Quran untuk iktibar kita semua. Lagipun ita tak perlu pergi jauh. Kita tengok dekat Malaysia pun banyak dah kes-kes viral yang boleh menjatuhkan dan memalukan orang lain. Semua jenis nak tangkap video dan sebarkan tanpa fikir perasaan orang tersebut. Disinilah ADAB dan RESPECT tak ada. Jadi kita sebagai manusia kena ada common sense apatah lagi sebagai orang Islam itu sendiri, kita perlu berhenti sebarkan atau viralkan perkara yang boleh jatuhkan orang lain.

Kes Logan ni aida kongsi bukan niat untuk jatuhkan dia tapi untuk jadi iktibar kepada kita semua supaya kita fikir dulu sebelum post apa sahaja di dalam internet tidak kira di media social, blog ataupun youtube. 

Kepada Logan pulak aida harap dia dapat reflect balik apa yang dia dah buat dan gunakan platform youtube dia yang ada banyak followers tu ke jalan yang lebih bermanfaat. Okey itu sahaja dari aida. Semoga mendapat iktibar! In shaa Allah..

x^^
Share:

Friday, 5 January 2018

Review: Naruto ( Manga/Anime)

Hi, assalamualaikum semua!

Tahun 2016, berakhirnya manga dan juga anime Naruto! Siapa tak kenal kan? Mungkin Naruto ni memang akan ada di setiap childhood memory kita yang minat cerita ni. Jadi aida pun memang follow cerita ni dari awal sampai habis, so aida nak share lah apa pendapat aida tentang cerita famous ni.




So aida basically layan anime dia, munkin satu dua season jee pastu aida stop dan aida continue dengan manga dia sampai tahun lepas. Jadi aida akan bagi review based from manga perspective.

Aida memang suka teruk Naruto! Cerita dia, plot dia, character pun memang awesome. Plot dia buat kita terus hooked bila baca dari chapter 1 sampai lah 714 chapters semuanya. Memang banyak kann, tapi dengan intresting character campur pulak dengan intresting development memang cerita ni terbaik! Seni lukis pun makin lama makin cantik and bila aida baca selalu buat aida happy! Hehe 😊

Naruto bermula dengan perkembangan naruto tu sendiri dari kecik sehingga besar dan dari dia lemah menjadi kuat. Cerita naruto pun developed menjadi cerita yang bukan sahaja fokus kepada action semata-mata, tapi boleh buat kita leleh jugak. 😭Aida takkan pernah lupa scene-scene yang buat aida menangis teruk.

Cerita Naruto ni bukan sahaja pasal Naruto dengan impian dia nak jadi Hokage of Kanoha..




Tapi jugak pasal usaha Sasuke nak membalas dendam untuk keluarga dia..

Semangat dan impian Sakura nak jadi kuat untuk cinta dia dan jugak kawan-kawan dia..

Konflik dan penebusan yang dialami Itachi..

Impian Kakashi untuk terima apa yang telah berlaku in the past

Cerita tragik Obito...

Dan juga konflik diantara destiny dan juga free will..

Naruto ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah sengsara- seorang anak yatim piatu tanpa mak ayah dan sentiasa seorang diri. Naruto telah dicerca dan dihina oleh penduduk Kanoha disebabkan Nine-Tails power yang ada dalam badan dia. Naruto jugak dilayan tak adil bila dia perlu bertanggunjawab terhadap tragedi yang bukan salah dia. Tapi disebabkan ni,  Naruto jadi kuat dan lebih faham perasaan yang ada dalam diri Sasuke dan juga Gaara.

Apa yang best pasal cerita Naruto ni, Naruto sendiri tak terperangkap dalam fikiran bahawa kehidupan ni akan lebih senang tanpa sengsara. Dia terima kelemahan terhadap society dan kelemahan diri dia jugak dan dia yakin, hanya manusia sendiri yang ada kuasa untuk berubah. Seperti hidup kita, kita manusia takkan pernah perfect dan juga ada banyak flaw. Naruto telah tunjukkan character tu dengan jelas bahawa kehidupan perfection tu mustahil,

Naruto telah buktikan yang kita perlu jadi kuat sepanjang hidup kita dan jangan mudah putus asa. Kalau korang peminat manga atau anime, bacalah cerita ni kalau korank tak layan lagi. Memang BEST, aida bagi 10 bintang dan cerita ni buat kita sedar banyak benda dan boleh buat kita lebih bersemangat nak teruskan kehidupan. 😊

x^^
Share:

Thursday, 4 January 2018

Review: Black (Kdrama)


Alright!! Review Time!! 😆😆 Assalamualaikum dan hi semua! 

Kali ni dalam section review suka suki aida, aida nak cakap  pasal satu drama korea yang baru je aida habis tengok. Nama dia Black! Kalau korank jenis suka drama yang mystery, fiction, ada sikit horror so this is for you!



Aida mula-mula tertarik nak tengok cerita ni bila ada someone share short cut video cerita tu dekat facebook! Aida pun start layan, dan Black berjaya menarik minat aida sejak hari tu! Drama ni sangat menarik mengisahkan elite grim reaper 444 yang masuk ke dalam badan manusia - Han Moo Gang supaya dia boleh jumpa mentee dia yang berpaling tadah dan merayau di dunia manusia.

Bila story dia tengah jalan, Black tunjuk connection pembunuhan dari masa lampau dan jugak zaman sekarang. Kejadian tu pulak berkaitt rapat dengan kehidupan Ha Ram yang boleh nampak bayang hitam dekat orang yang akan mati. Jujurnya bagi aida jalan cerita dia memang boleh buat kita tak senang sebab dengan jalan cerita dia yang mendebarkan, campur pulak dengan plot twist, memang haru jugaklah nak habiskan tu. Tapi sekarang semua episode dah ada, so korang tak perlu rasa haru cam aida.. 😆

Cerita ni memang ada banyak characters dan jugak adegan-adegan yang membuatkan kita tak boleh tinggal walau satu episode pun. (Amboi... hahaha) Tapi serius kalau korank tinggal memang boleh jadi tak faham.Drama ni jugak banyak scene yang tak terjangka sampai sepanjang drama ni kita akan asyik persoalkan siapa orang jahat yang sebenar-benar ni??

Tapi yang peliknya bila tengok cerita Black ni, memang kadang-kadang kita akan rasa letih nak tunggu jawapan tapi plot cerita remain steady jee bila dia solve the mystery puzzle. Jadi Black ni boleh kata heavy jugak cerita dia yang memerlukan kesabaran dan jugak kefahaman. Tapi jangan risau ada banyak humour jugak dalam drama ni! Drama ni mungkin tak sesuai untuk budak-budak sebab banyak adegan bunuh dan jugak crime scene.

Jadi itu saja sesi review dengan aida hari ni! Kalau korang suka Song Sung Heon berlakon, then pocket this drama! 😉

x^^




Share:

Review: The Emperor: Owner of The Mask (Kdrama)





Hi, assalamualaikum semua!

Review Time!!! Aida baru habis tengok satu cerita Korea ni dan aida rasa nak wat review pasal drama ni. Mula-mula aida tengok poster ni, aida terus tak berkenan sebab aida ni jenis tak suka sangat cerita lama-lama zaman dulu Korea ni. So masa mula-mula keluar terus aida tak tengok pun. Haaa ni kejadian sebelum kenal Yoo Seung Hoo tau. Dia ni aida suka bukan sebab rupa dia tapi sebab lakonan dia memang superb. Kalau dia menangis kita pun boleh berair mata!

Jadi, Aida balik Malaysia dan aida terkejut yang abah aida tengok cerita ni! Abah aida tengok kat tv masa tu keluar dekat One HD. Aida tanya abah aida, best ke? Abah aida cakap, mula-mula dia tengok episode 1 jee, pastu terus terlekat. Abah kata plot twist dia hebat jugak. Unpredictable!! Aida terkejut lah sebab abah aida ni memang jenis yang susah nak cakap makanan tu best ke, atau cerita tu best kee. Jadi kalau best tu memang best lah! Aida pun start lah tengok, sampai kakak aida pun sangkut. XD





Okey, cerita ni memang best! Drama ni mengisahkan, seorang putera raja ni kena pakai topeng sejak dia kecik lagi sebab dari kecik, ada yang dah nak racunkan putera raja tu. Jadi tak ada siapa pun tahu muka putera raja ni melainkan mak dia, ayah dia dan jugak orang kanan ayah dia. Jadi kisah dia adalah konflik pentadbiran antara royal family dengan 'Pyungsoo Group'. Konflik dia lagi hebat bila adanya 'fake king' iaitu kawan putera raja tu sendiri yang pakai mask ambil alih takhta putera raja tu. Of course fake king tu dipaksa oleh Pyungsoo Group! Tapi lagi menyedihkan kawan putera raja tu yang diminta tolong untuk ambil alih sekejap je tempat dia sebagai putera raja terus jadi gila kuasa kerana seorang perempuan (perempuan yang sama dicintai putera raja). Jadi macam mana putera raja tu nak ambil balik takhta dia? Haaa kenalah tengok!

Cerita dia memang superb, tak heavy sangat cuma kita memang takkan jangka jalan cerita dia akan jadi camtu. Pelakon-pelakon pun awesome. Hero dia memang terbaikk lah berlakon. Plot cerita pun tak bohsan, sebab mesti ada benda baru yang kita akan dapat tahu setiap episode. Percaya cakap aida, korang takkan rugi kalau tengok cerita ni.

Banyak benda kita boleh belajar dari drama ni jugak. Antaranya pentingnya sistem dari dalam untuk bentuk satu organisasi. Pentinganya persefahaman supaya tak timbul salah sangka atau peperangan. Lagi pentingnya jugak strategi, jangan buat sesuatu ikut perasaan jee. Kita juga boleh belajar mengenai hubungan kekeluargaan dan hubungan kawan yang sangat erat. Banyak lagi lah, So, aida recommend korang untuk tengok cerita ni!

Ni trailer kalau korank nak usya!

x^^
Share:

Wednesday, 3 January 2018

Bagaimana untuk mula tulis blog dan dibaca ramai!




Hi dan Assalamualaikum semua!

Hari ni aida nak kongsi, macam mana nak start tulis blog! Aida sebenarnya dapat banyak sangat soalan daripada kawan, juniors dan adik2 melalui facebook dan instagram tentang blog dan aida fikir, aida bolehlah nak kongsi sedikit sebanyak apa yang aida tahu.Jom!

>>> PLATFORM <<<

Okey benda pertama yang korang kena fikir bila nak tulis blog ialah platform apa yang nak guna? Kita semua tahu yang ada baaaaanyak platform blog dekat internet. So, kadang-kadang kita tak tahu nak pilih mana satu?? Tapi, tak apa.. aida akan cadangkan dua jemis platform yang selalu blogger guna termasuklah aida sendiri!Platform itu ialah:

1. Blogger.com (free)
2. Wordpress.com (free) / Wordpress.org(kena bayar)

Korang boleh guna mana-mana platform yang korang suka dan selesa. Macam aida, sebab aida dah selesa dengan blogger, so aida still guna platform yang sama. Kalau tanya aida, mana lagi better antara blogger dan wordpress. Dua-dua ada pros and cons dia yang tersendri.

Haaa.. Tengok gambar dekat bawah!



So sebenarnya tak kisah pun platform mana yang terbaik tapi yang lebih penting mana platform yang korang selesa! ;)


>>> BLOG DESIGN <<<

Bila cakap pasal blog, semestinya design pun teramatlah penting. Make sure design blog korang bersesuaian dengan objektif blog korang. Contoh kalau korang more kepada formality (macam business online kee), so carilah templete yang lebih bersesuaian. Kalau korang nak buat personal blog and suka aesthetic macam aida, so carilah templete yang aesthetic gituuu, or kalau korang more kepada gelap, funky, tak ada masalah. silakan! sebab ini adalah  blog anda! ;) Tapi apa pun,  sebenarnya apa yang paling penting pasal design ialah biar blog tu friendly dengan audience. Maksud "friendly" dekat sini ialah biar content tu senang dibaca dekat blog kita. Make sure take note pasal colour and font supaya audience yang datang dekat blog kita, takkan rasa susah nak baca apa yang kita nak cuba sampaikan dan of course tak boring!

Haaaa lagi satu paling penting aida nak ingatkan.. make sure blog kita tu pun friendly mobile (maksudnya macamana blog design kita nanti untuk mobile version pun penting! Sekarang kebanyakan audience kita akan access melalui phone dia orang, jadi teramatlah penting untuk jadi friendly mobile mode bila kita design blog.


>>> BLOG CONTENTS<<<   

Ramai jugak  yang tanya, "Nak tulis pasal apa kak aida?" Bila cakap pasal contents sebenarnya terserah dekat korang! Macam aida cakap mula-mula. Apa objektif blog korang? Kalau korang promote business korang, cakaplah pasal business korang tu! Tapi kalau korang nak buat personal blog macam aida, sebenarnya terserah kepada kita apa yang kita nak sampaikan. Mungkin kita nak kongsi tempat kita pernah travel, event, experience atau kita mungkin nak kongsi tips-tips yang kita tahu: tak ada masalah (semuaaaaaa boleh! asalkan jangan menjatuhkan orang lain dan tulis content yang tak sesuai untuk orang ramai  yang boleh melanggar undang-undang)

Salah satu tips nak senangkan korang nak tulis apa. Korang tulis apa yang korang minat dan speciality korang. Maksud disini mungkin korang lebih banyak tahu isu semasa, so teruskan kongsi pendapat korank! Ingat paling penting pasal blog contents ialah SEO! Jadi make sure contents korang ialah content yang senang untuk orang search.


>>> HOW TO GET NOTICED?!!<<<


Okey, this is the most important part! Jadi bila kita buat blog, memang tujuan kita, kita nak orang baca blog kita kan? Tapi jujur aida cakap awal-awal kita tak akan dapat ramai audience straight away. Lagi-lagi bila kita baru mula start tulis blog. Aida tahu mungkin benda ni menyedihkan tapi itulah realiti. Memang tak akan ada ramai yang akan baca blog kita. Benda ni memakan masa, jadi apa yang perlu kita buat ialah SABAR and KEEP ON WRITING! Tulis apa sahaja yang korang nak tulis.

Korang kena buang awal-awal kalau tujuan korang nak buat blog sebab:

1) nak jadi internet famous
2) nak dapat free products
3) nak ramai followers

So, buang 3 benda ni jauh-jauh! Jadi apa yang perlu korang buat, macam aida cakap put a lot of contents and effort dalam blog korang, SHARE contents korang dekat social media, blogwalking pun okey tapi ingat jangan SPAM! sebab apa yang aida perasan, ramai sangat akan spam "Please follow my blog, Tolong baca blog saya, and macam-macam. Trust me! Diaorang takkan pergi ke blog korang kalau korang spam banyak-banyak. Jadi take one step at a time. 

Korang juga boleh masuk group blogger atau mana2 group yang akan buat korang lebih sosialize dengan blogger lain. Dekat sini yang penting bila dia orang akan mula noticed korang, dia orang akan pergi dekat blog korang dan dia orang akan baca post korang jugak! 

Maybe bukan semua akan terus suka baca blog korang tapi eventually akan ada yang suka.

Jadi ini ialah sedikit sebanyak yang aida boleh tolong buat masa sekarang! Nanti if ada apa-apa lagi tips, aida akan update! So, selamat blogging! 

x^^







Share:

Wudhu: Cleansing while Talking to Allah

Assalamualaikum. Good day everyone, May all in good health, happy environment and bless by Allah S.W.T. Today I love to talk about wud...

Blogger Template Created by pipdig